TV ONLINE

Wednesday, April 25, 2012

Rumours - Jersi Baru Real Madrid Dengan Penaja Baru Musim Depan

kredit to sundul.com

Kelab gergasi Liga Spanyol, Real Madrid dikhabarkan sedang mengusahakan satu kerjasama besar dengan perusahaan penerbangan asal Dubai, Emirates. Dikhabarkan bahawa Real Madrid sedang berbincang dengan pihak Emirates yang ingin menjadi penaja jersi mereka, sekaligus menggantikan penaja yang sekarang,iaitu bwin.

Real Madrid dijangka akan membuat kerjasama dengan Emirates dengan nilai kontrak sebesar 22 juta Euro untuk jangka masa selama 5 tahun. kerjasama ini masih boleh bertambah nilainya kerana nanti disetiap musim, Real Madrid dijanjikan akan menerima 3 juta Euro lagi sebagai pembahagian keuntungan.

Kerjasama ini memang belum diumumkan secara rasmi baik oleh pihak Real Madrid mahupun pihak Emirates, namun dijangka kerjasama ini akan segera terlaksana dan akan dimulakan pada bulan Julai 2013 nanti.

Kesimpulan yang dapat diambil adalah jika kontrak ini berjaya, maka Real Madrid akan menjadi antara 3  kelab besar yang memiliki kontrak jersi termahal di dunia. Mereka hanya berada dibawah Barcelona yang memiliki kontrak bernilai 30 juta Euro selama 5 tahun bersama Qatar Foundation serta Manchester United yang memiliki kerjasam dengan Aon yang dilaporkan memiliki nilai kontrak 24 juta Euro selama 4 tahun.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...