TV ONLINE

Monday, January 30, 2012

Gambar Fadhli Shas di Majlis Perasmian S-League

first of all, gambar kredit to Birdy Super Star Sport

S-LEAGUE 2012 TELAH DI RASMIKAN SECARA SAH PADA 26/1/2012 KELMARIN,TEMPAT PERASMIAN DI MARINA BAY SANDS,SINGAPORE












p/s : hensem lah mamat Fadhli Shas ni hehe :)


Menjelang Petemuan Harimau Malaya vs Kelantan



Seperti sedia maklum, Kelantan akan bertemu dengan Harimau Malaya pada 1 Februari ini. Ini sudah pasti akan menjadi satu pertemuan yang boleh dikatakan menarik dan hebat. Kelantan yang dibarisi ramai pemain-pemain berstatus bintang dan pasti mahu mempamerkan perwatakan juara dengan mengalahkan pasukan kebangsaan. Bagi pasukan negara pula, K Rajagopal sudah pasti mahu menguji tahap permainan pemain-pemain nya untuk dibawa ke perlawanan persahabatan antarabangsa tidak lama lagi.

KELANTAN vs MALAYSIA (Senior)
1 Februari 2012 | 8.45 Malam 
Stadium Nasional Bukit Jalil 




Bagi Noshahrul Idlan pula, dia terpaksa melupakan cintanya terhadap The Red Warriors bagi memberi sepenuh komitmennya kepada pasukan negara. Janji Mat Yo, dia mahu meledakkan gol dan bersedia untuk 'bermusuh' buat seketika dengan Kelantan.

“Tidak ada masalah bagi saya apabila menentang Kelantan, memang saya nak menang. Kalau boleh saya mahu menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan,'


Saturday, January 28, 2012

Barcelona Seri, Real Madrid Kekal Di Puncak Liga Dengan Kelebihan 7 Mata



Barcelona sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu pasukan Villareal. Ini menyebabkan Barcelona terus tercicir mata untuk mencabar Real Madrid di puncak LA Liga. Ape kena dengan team Barcelona yang penuh dengan pemain-pemain bintang gagal memperoleh. Ni lah agaknya sebab bola itu bulat.

Messi kecewa kahkah


Ni dia video Pep Guardilo nangis setelah pasukannya seri kahkah



Manakala Real Madrid gah menewaskan Zaragoza dengan kemenangan 3-1 setelah dikejutkan gol pendahuluan pasukan Zaragoza. Kaka, Mesut Ozil dan Cristiano Ronaldo masing-masing menyumbang satu gol untuk membolehkan Real Madrid mempunyai kelebihan 7 mata ke atas Barcelona.


Video highlights Real Madrid 3-1 Barcelona


p/s : tahniah Real Madrid. Kekalkan momentum kemenangan untuk meresahkan Barcelona. !

Wednesday, January 25, 2012

Apek Hilang, Tidak Lapor Diri Skuad OKS




KETIADAAN penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatih, Ong Kim Swee.Tanpa sebarang alasan, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama 5 Februari depan.

Kim Swee yang terkejut dengan ketiadaan Khairul Fahmi bagaimanapun enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi penjelasan.


' Ke mana perginya Apek ? ''

“Khairul Fahmi tidak melaporkan diri dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadir. Dia dan Kafa tidak memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.

“Saya pelik adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18 Januari lalu.

“Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil,” katanya yang ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan semalam.

sumber :  mymetro

Monday, January 23, 2012

Sebab Kenapa Arsenal Tewas 2-1 Kepada United



Terdapat beberapa sebab dikenal pasti yang menjadi punca kekalahan tipis Arsenal kepada United di Emirates. * ini hanya pandangan admin*


Aaron Ramsey. Dilihat banyak membuat kesilapan-kesilapan mudah. Control ball yang kadang-kadang tidak menjadi. Ramsey juga gagal menyempurnakan peluang apabila rembatannya deras melepasi gol. Ramsey juga tidak berfungsi seperti biasa. Tiada hantaran-hantaran 'bola chip' yang boleh memperdayakan pertahanan lawan. Tapi dengan usia semuda Ramsey, banyak yang boleh dibaiki dari pengalamannya.



Johan Djourou. Tidak defend dengan konsisten. Djourou kerap kali meninggalkan posisinya. Ini dibuktikan bila Djourou lambat mengasak Giggs yang akhirnya melakukan hantaran lintang yang membuahkan gol.



Kesilapan yang dilakukan Wenger mengundang rasa marah penyokong Arsenal. Tindakannya mengeluarkan Oxlade adalah tidak patut kerana Oxlade bermain dengan cukup cemerlang. Ramai yang terkejut dengan Oxlade yang muda mampu menyerap tekanan dan beraksi dengan baik apabila menentang kelab besar seperti United. Persie pon tak puas hati bila Oxlade dikeluarkan.


Mamat legend ni sekadar jadi penonton sahaja. Mungkin bila Henry masuk mampu memberi elemen pengalaman ke dalam pasukan Arsenal yang kebanyakannya terdiri daripada pemain-pemain muda.


Welbeck dan Rooney. Welbeck nyata masih berbisa apabila menjaringkan gol kemenangan United. Rooney pula rajin. Sentiasa berlari, turun naik untuk mengejar bola. Kelebihan yang ada pada Rooney. Sebab rambut dia dah panjang kot kahkah .

__________________________________________________________________________



Oxlade Chamberlain bermain dengan baik dalam game ni. Wenger patut masukkan dia dalam kesebelasan utama.


Sunday, January 22, 2012

'Why Always Me? ' Penyelamat Maruah City


Mario Balotelli. Super-sub. Jaringkan gol kemenangan menerusi penalti pada lewat permainan. City berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.



Balotelli dikatakan dengan sengaja memijak kepala Scott Parker. Nasib baik reff xkata pape. Kalau x, dah 
kena red card mamat ni.

' tq bro ' - Aguero-


Gol jarak jauh cantik dari Bale




Gareth Bale meraikan gol cantiknya. Terbaik dari Bale.

Balotelli


Friday, January 20, 2012

Menang 3-0, Kelantan Akhiri Badi Di Stadium Darul Aman

-gambar hiasan-

3 mata penuh menjadi milik pelawat, Kelantan setelah berjaya menundukkan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3-0. 


Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol setelah Ghaddar berjaya menyempurnakan sepakan penalti. Penalti itu berpunca dari gerakan berbahaya Noshahrul yang ditackle oleh pemain pertahanan lawan. Ini merupakan penalti kedua buat Muhamad Ghaddar




Norshahrul sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Penyerang berbisa negara. Berpunca dari hantaran cantik  Antwi, Matyo bijak merembat deras ke arah bucu tiang gol. Sememangnya gol yang cantik. Kelantan bertuah mempunyai pemain seperti Matyo.





Rajin dan bagus. Tu yang membuat Antwi ni special. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Antwi sememangnya layak dipuji. Dengan mencabar goalkeeper Kedah, Antwi berjaya merampas bola dan seterusnya menjaringkan gol. Cukup mudah. Hanya dia kesungguhan Antwi membuktikan nilainya.




Percaturan Peter James Butler kali ini sememangnya menjadi. Syabas !


Gandingan 3 penyerang ini mampu membawa Kelantan ke arah kejuaraan !



Wednesday, January 18, 2012

Gambar Kembar Pepe Reina

Tahukah anda, Keeper Liverpool, Pepe Reina mempunyai seorang adik kembar. Tak caye ?
Jom tgok gambar kat bawah .

Serupa tapi tak sama 

Kahkah. Bukan adik kembar dia pom. Admin pom tak tahu saper dia ni. Admin jumpa gamba ni kat laman web rasmi Liverpool .

sumber :   liverpoolfc.tv

Tuesday, January 17, 2012

Menang 2-1, Kelantan Kekal Rekod Tanpa Kalah

Suasana bola sepak di Kelantan

Turun dengan jersi serba merah hitam, Kelantan lebih dahulu membuka jaringan melalui Indra Putra hasil kesilapan Zamir Selamat gagal menangkap kemas bola kerana keadaan kelam kabut dalam kotak penalti.

Walaubagaimanapun Johor FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 62" hasil jaringan ketua pasukan Johor FC Khairul Ismail berpunca dari sepakan sudut.

Penyerang negara, Norshahrul sekali lagi menemui jaringan setelah bijak menyempurnakan peluang hasil hantaran Indra Putra.

Dengan itu, Kelantan kekal dengan rekod tanpa kalah setelah mengharungi tiga perlawanan.

Berikut adalah carta Liga Super. Kelantan di tangga ke-2.



-kredit to duniawarriors-

-kredit to duniasukanonline-

Monday, January 16, 2012

Diintai 3 Kelab Eropah, Tidak Dinafikan Safee Sali Pemain Terbaik Malaysia




Safee Sali mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya. Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.


“Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana.



Safee yang kini menggalas tugas sebagai kapten Pelita Jaya berkata, apa yang baik untuk kerjaya bola sepaknya diterima beliau dengan lapang dada. Kalau tidak ada rezekinya dengan kelab Eropah, Safee masih bersyukur dengan kedudukan sekarang.

“Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab Eropah? Tentunya itulah impian setiap pemain. Kalau sudah tertulis rezeki saya, pasti saya bersedia untuk berhijrah. Kalau tidak sekalipun, saya akan terus bermain di sini (Pelita Jaya),” ujar Safee yang mengakui masih terkejut dengan tawaran itu.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.
Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.

“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.

Jom tgok kehebatan Safee yang membuka mata ramai pemerhati-pemerhati Eropah !


p/s : sama-sama doakan kejayaan terbaikk buat Safee

Video Edin Dzeko Perli Mario Balotelli

Kahkah.. Lawak tol Edin Dzeko ni. Tau la si Balotelli ni x pandai pakai bib. Dia selambe je pegi perli time training.. lawak tol lah.. Jom layan video kat bawah ni nk tgok aksi diarong.


Balotelli xpandai pakai bib !


Dzeko perli Balotelli !

p/s : korang tahu x Edin Dzeko ni seorang penganut agama Islam ?!

Gary Cahill Sah Milik Chelsea

Gary Cahill

Gary Cahill sah menjadi milik Chelsea setelah mempersetujui terma-terma peribadi. Pemain berusia 26 tahun ini akan memakai jersi no 24 dan akan memperkuatkan lagi barisan pertahanan kelab itu. Cahill akan bergandingan dengan Terry, iaitu gandingannya di pentas antarabangsa. 

Sunday, January 15, 2012

Joey Barton Akan Dijual




Joey Barton bakal menjadi salah seorang mangsa awal dalam revolusi QPR oleh Mark Hughes.
 
Hughes mengambil alih kelab pada minggu lalu, berikutan pemecatan Neil Warnock, dan berikrar untuk merebut peluang membina semula kelab. Warnock merupakan bos yang merekrut pemain kontroversi, Barton secara percuma Ogos lalu dan menjadikan dia kapten Rangers.
 
Seorang lagi pemain bintang berprofil tinggi yang berisiko adalah Shaun Wright-Phillips, yang telah gagal memberi impak sejak perpindahan musim panas dari Manchester City. Hughes mengakui dia memiliki tugasan utama membina semula kelab dan sedang berusaha mengetepikan beberapa pemain.
 
Hughes mensasarkan sekurang-kurangnya enam pemain baru.
 
Rangers mempersetujui bayaran untuk menandatangani bek tengah Chelsea, Alex. Kini pihak pengurusan Loftus Road perlu bersetuju dengan terma peribadi bek warga Brazil itu.

p/s : Ape dah jadi ni ngan QPR ni ?

Saturday, January 14, 2012

Henry Dalam Skuad Utama

Thierry Henry


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan bahawa Thierry Henry sudah bersedia diturunkan dalam skuad utama menentang Swansea dalam aksi Liga Perdana England malam ini.
Wenger berkata pemain berusia 34 tahun itu telah cergas daripada apa yang disangkanya dan akan diturunkan bergandingan dengan kapten Robin van Persie.
"Dia sudah sedia untuk beraksi dalam skuad utama," kata Wenger.
"Dengan cara dia melakukannya, saya tidak boleh jamin apa yang akan berlaku Ahad ini (malam ini), tetapi dia boleh membantu kami mencipta kemenangan tidak kira di bangku simpanan atau dalam skuad utama."
Wenger membayangkan bahawa Henry mungkin akan bermain di posisi penyerang kiri dengan Van Persie kekal sebagai penyerang tengah.
"Mereka boleh bermain bersama, selagi pemain dalam skuad ini seimbang. Mereka boleh bermain secara bertahan atau pun menyerang.
"Henry masih lincah dan dia boleh bermain di bahagian kiri dan memberi kesukaran kepada pertahanan lawan," tambahnya. 
sumber : kosmoonline

Video Gol Negeri Sembilan 2-0 Johor FC


Buat penyokong Nogori Sembilan, Effa Owona xscore malam ni. Dia bagi peluang kat Shakir Ali plak. Bguihh Effa Owona nihh .

Gol Pertama

Gol Kedua

video kredit to sokernet

Thursday, January 12, 2012

Real Madrid Mahu Beli Suarez £30 juta

Luis Suarez

Menurut laporan di Sepanyol, bos Real Madrid iaitu Jose Mourinho bersedia menawarkan Luis Suarez jalan keluar daripada mimpi ngeri Liverpool dengan tawaran £30 juta untuk striker itu. Gergasi Sepanyol berharap dapat mengambil kesempatan daripada isu kemarahan sekitar pemain antarabangsa Uruguay  itu dengan sambaran sensasi dalam jendela perpindahan Januari.
 
Suarez kini menghadapi penggantungan lapan perlawanan berikutan isu perkauman dengan bek Man United, Patrice Evra. Dia juga digantung satu perlawanan oleh Football Association dan didenda £20000 bagi isyarat yang dibuat ke arah peminat Fulham.
 
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish teguh mempertahankan Suarez dan menegaskan pasukan menunjukkan sokongan, yang telah 'disalah tafsir' kerana dia mempertahankan rekod kelab tentang isu tersebut.

Sumber : wiselonline

Wednesday, January 11, 2012

Suprise Birthday Party Apek by Dahlia

Seperti sedia maklum, birthday Khairul Fahmi jatuh pada hari perlawanan sumbangsih tempoh hari, iaitu pada 07 Januari. Satu suprise birthday party telah diadakan buat Apek dan ini dirancang oleh Dahlia.

Dahlia 

Ni dia perancang suprise ni, Dahlia. Hoho semangat gitu..

Nurul Azwan Roya pom ada.

Happy Birthday Apek 


Makan suap-menyuap kowt. haha Memang sweet ah. Tahniah Apek. Keep it up !

Apek & Dahlia

Korang bleh layan full video suprise birthday Apek. Kredit buat iMoments Videography



p/s : buat Apek, semoga berjaya dalam karier. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...