TV ONLINE

Sunday, January 15, 2012

Joey Barton Akan Dijual




Joey Barton bakal menjadi salah seorang mangsa awal dalam revolusi QPR oleh Mark Hughes.
 
Hughes mengambil alih kelab pada minggu lalu, berikutan pemecatan Neil Warnock, dan berikrar untuk merebut peluang membina semula kelab. Warnock merupakan bos yang merekrut pemain kontroversi, Barton secara percuma Ogos lalu dan menjadikan dia kapten Rangers.
 
Seorang lagi pemain bintang berprofil tinggi yang berisiko adalah Shaun Wright-Phillips, yang telah gagal memberi impak sejak perpindahan musim panas dari Manchester City. Hughes mengakui dia memiliki tugasan utama membina semula kelab dan sedang berusaha mengetepikan beberapa pemain.
 
Hughes mensasarkan sekurang-kurangnya enam pemain baru.
 
Rangers mempersetujui bayaran untuk menandatangani bek tengah Chelsea, Alex. Kini pihak pengurusan Loftus Road perlu bersetuju dengan terma peribadi bek warga Brazil itu.

p/s : Ape dah jadi ni ngan QPR ni ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...