TV ONLINE

Wednesday, February 29, 2012

Cardiff City Sedia Hulur Bantuan Untuk Memajukan Bola Sepak Malaysia




CARDIFF, Wales – Program pembangunan bola sepak negara perlu diberi nafas baharu dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa depan.
Selain mendapat pendedahan yang secukupnya, barisan pemain muda perlu mempelajari aspek-aspek penting dalam bola sepak dengan mengikuti latihan yang berjadual, komprehensif dan sistematik.
Pengurus Akademi Kelab Bola Sepak Cardiff City, Neal Ardley yakin pemain-pemain Malaysia mampu bermain di peringkat yang lebih tinggi sekiranya aspek pembangunan akar umbi dipertingkatkan.
“Di sini (Akademi Cardiff City), terdapat seramai 127 pemain muda menjalani latihan dalam program elit kami,” kata Ardley kepada pemberita Malaysia di Universiti Glamorgan Sport Park di Treforest, selatan Wales semalam.
“Situasi tersebut tidak berlaku dalam tempoh sehari, tetapi kami mengambil masa lima tahun untuk mencapainya. Ia diperoleh menerusi program latihan remaja yang kami gunakan di akademi ini.

Pembangunan bola sepak haruslah bermula dari peringkat akar umbi
“Perkara yang paling penting adalah memberi peluang kepada golongan kanak-kanak bermain dan meluangkan waktu bermain secara berjadual.
“Setiap tahun, seramai 50,000 pemain akan mengikuti program latihan kami di beberapa buah sekolah di selatan dan tengah Wales. Setiap program dikendalikan oleh jurulatih dan skuad peninjau kami.
“Semakin ramai kanak-kanak bermain bola sepak, semakin ramai pemain berbakat yang akan kita peroleh.”
Ardley yang meluangkan masa selama 11 hari untuk mengendalikan klinik kejurulatihan di seluruh Malaysia tahun lalu berkata, tunjuk ajar jurulatih adalah aspek yang paling penting dalam meningkatkan pembangunan bola sepak negara.
“Menjadi seorang jurulatih yang baik adalah perkara yang sukar sangat sukar untuk dicapai. Ilmu ini akan diperoleh dalam satu tempoh yang panjang dan barisan jurulatih ini perlu dididik secara berterusan.
“Ketika saya berada di Malaysia, saya melihat bahawa jurulatih remaja yang ada sangat ghairah tentang permainan tetapi mereka tidak mempunyai teknik yang betul untuk mengajar pemain dalam kumpulan umur ini.”
Menurut Ardley, edisi kedua Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun 1Malaysia Cardiff City (1MCC) yang akan bermula di Sungai Buloh pada 3 Mac ini dianggap sebagai medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat pemain muda.
Menerusi kejohanan itu juga para pemain yang dikenal pasti akan diberi peluang untuk menjalani ujian percubaan di Akademi Cardiff.

Sebanyak 32 kelab bola sepak, termasuk dua pasukan dari Pulau Pinang dan satu dari Perak akan berentap pada kejohanan tersebut.
Dalam masa yang sama, Ardley berkata, peluang pemain Malaysia untuk beraksi bersama Cardiff agak sukar disebabkan beberapa faktor.
Jelasnya, dua faktor utama yang menghalang pemain tempatan untuk ‘melebarkan’ sayap ke Eropah adalah masalah permit kerja dan kedudukan skuad kebangsaan Malaysia dalam ranking dunia.
Meskipun memenuhi kriteria untuk beraksi dalam liga domestik di England, dua masalah itu akan menyekat hajat langkah mana-mana pemain negara.
Itulah yang berlaku kepada dua pemain negara - Mohd. Safee Sali dan Safiq Rahim yang pernah menjalani sesi ujian bersama kelab Liga Kejuaraan England itu.
Bagaimanapun, Ardley yakin impian para pemain negara akan menjadi kenyataan sekiranya aspek pembangunan di peringkat akar umbi dan ranking skuad Malaysia berjaya diperbaiki.
“Buat masa ini, peluang pemain Malaysia untuk bermain di kelab ini (Cardiff City) boleh dianggap sebagai sesuatu yang sukar. Banyak aspek perlu diambil kira termasuk masalah permit kerja dan ranking FIFA.
“Namun, kami mengalu-alukan kedatangan pemain dan jurulatih Malaysia di sini. Mereka boleh menjalani latihan di akademi kami, menggunakan segala kemudahan yang ada, berkongsi idea dan menyertai perlawanan yang kompetitif.
“Saya yakin, segala ilmu yang diperoleh di sini mampu membantu pembangunan skuad bola sepak Malaysia,” katanya.
p/s : sudah tiba masanya untuk bola sepak Malaysia maju ke hadapan. :)

Live Streaming Malaysia vs Philippines









kredit to birdy super star sport

Tuesday, February 28, 2012

Balotelli mesti disiplin jika mahu sarung jersi Itali


Jurulatih Itali, Cesare Prandelli memberi amaran kepada Mario Balotelli bahawa penyerang Manchester City itu berisiko tinggi disingkirkan daripada skuad Euro 2012 kecuali dia berhenti terbabit dengan masalah disiplin. 

Balotelli kembali daripada penggantungan dengan menjaringkan gol ketika membantu City menewaskan Blackburn 3-0 Sabtu lalu, namun ia belum cukup untuk mengubah fikiran Pradelli bagi menyenaraikannya biarpun dihimpit masalah kecederaan di posisi serangan.

“Pemain pasti tahu, dengan terus bersikap sebegini, mereka berisiko untuk terlepas aksi Euro 2012. Kamu tak boleh berada dalam skuad kebangsaan jika berisiko memaksa pasukan beraksi dengan 10 pemain di atas padang,” kata Prandelli.

Itali bakal menanti kunjungan Amerika Syarikat pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi esok. 





Balotelli digantung perlawanan selepas menampar pemain Tottenham, Scott Parker, bulan lalu manakala penyerang AS Roma, Pablo Osvaldo turut diketepikan Prandelli kerana insiden luar permainan ketika bertemu Atalanta, Ahad lalu. 

Prandelli berkata, dia turut kecewa apabila kedua-dua pemain itu langsung tidak menghubunginya untuk bertanya mengapa mereka tidak disenaraikan untuk perlawanan terbabit. 

Dengan dua penyerang, Antonio Cassano dan Giuseppe Rossi masih bergelut mendapatkan tahap kecergasan terbaik menjelang Euro 2012, pendirian Prandelli terhadap Balotelli itu membuka peluang buat penyerang muda AS Roma, Fabio Borini menerima panggilan sulung.



Monday, February 27, 2012

Ariff Zulkifly Terbang Ke Ole Academy Di New Zealand




MISI bekas kapten skuad Bawah 17 Tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly untuk mencuba nasib menjadi pemain profesional di luar negara bermula apabila berlepas ke New Zealand semalam bagi mengikuti ujian percubaan di Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.

Ariff yang mendapat tajaan RM15,000 dari Mister Potato selepas kisahnya mendapat liputan Arena Metro akan berada di sana selama tiga bulan bagi memikat pencari bakat di kelab itu. Dia yang terpaksa melupakan tugasnya selaku kapten skuad Piala Presiden Selangor mengaku sudah sedia menempuh cabaran baru demi mengembangkan karier selaku pemain bola sepak. 


“Saya membuat latihan lebih daripada biasa bagi persediaan ke New Zealand, walaupun sebelum ini saya mengalami sedikit kecederaan buku lali kanan tapi sekarang sudah kembali pulih. 


“Memang saya sudah cukup bersedia memberikan yang terbaik, saya harap dapat gunakan pengalaman yang ada,” katanya yang akan berlepas ke Wellington bersama pengurus peribadi, Zakaria Rahim. Ariff, 19, mendapat perhatian Pengarah Akademi Ole, Nate Winkel yang menawarkan tempat menjalani ujian selama tiga bulan dan jika berjaya berpeluang ditawarkan tempat beraksi di kelab Australia, Amerika Syarikat, New Zeland dan Jerman.

Pemain pertahanan kelahiran Ampang itu turut mendapat sokongan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dan kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang pernah menimba pengalaman berlatih di Cardiff City.

“Jurulatih Irfan ada memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada saya. Safiq juga turut berkongsi pengalamannya bersama Cardiff dan menasihatkan supaya bermain dengan cara permainan sendiri,” katanya.


p/s : Gud Luck dari kami buat Ariff Zulkifly

Sunday, February 26, 2012

Walcott : Kami Buatkan Spurs Untuk Kembali Pijak Di Bumi Yang Nyata


Sudah pasti orang yang paling gembira adalah pengurus mereka, Arsene Wenger. Mana tidaknya, kebelakangan ini pasukan mereka selalu dirundung masalah kahkah.


Gol dari Sagna mencetuskan kebangkitan pasukan Arsenal.


"Kami memperlihatkan karakter yang hebat di babak pertama, tertinggal 2 gol dan kami memainkan serangan balik kami yang mematikan dua gol awal mereka," kata Theo kepada The Sun.


"Namun kami terus menjaringkan gol, kami membuat mereka (Spurs) kembali berpijak ke bumi yang nyata. Jaringan akhir itu seperti hal yang tidak disangka,"

"Ini satu game yang ingin dimainkan setiap orang. Satu kerja keras tanpa kenal menyerah pastinya akan membuahkan hasil, dan itu bekerja bagi perjuangan kami di perlawanan ini," ujarsang winger bernombor 14 itu.


Saturday, February 25, 2012

Live Streaming Arsenal vs Tottenham

Gambar kredit to facebook Arsenal FC News Malaysia


Live streaming buat penyokong-penyokong Arsenal dan Tottenham



Link Live Streaming kredit to ubola network :)

Alasan Kenapa Fakri Tidak Puas Hati Dengan Pemain Jepun



“DIA (Higa Yusuke) yang siku saya terlebih dahulu, tambahan pula ketika itu wisel penamat sudah pun ditiupkan.
“Justeru, spekulasi yang mengatakan saya sengaja membuat provokasi kepada pemain Jepun semata-mata mahu mempengaruhi pengadil melayangkan kad merah kepada mereka sememangnya tidak benar sama sekali."
Demikian penjelasan pemain skuad Olimpik negara, Ahmad Fakri Saarani yang dilihat ‘bertikam lidah’ dengan beberapa pemain Jepun termasuk Yusuke sebaik pasukannya tewas 0-4 dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam Rabu lepas.Ekoran tindakannya itu, Fakri, 22, kini teruk dikecam peminat bola sepak tempatan terutamanya di blog dan Facebook yang menyifatkannya tidak mempunyai semangat kesukanan.
Sebelum ini, penyerang Felda United itu juga sering menjadi sasaran cemuhan peminat gara-gara gagal mempamerkan aksi memberangsangkan setiap kali mewakili pasukan kebangsaan.Mengulas lanjut, Fakri yang mengakui lebih selesa beraksi di bahagian tengah memberitahu, dia bukannya sengaja menyerbu Yusuke selepas itu.

“Saya hanya mahukan penjelasan pemain itu berhubung tindakannya mengasari saya walaupun perlawanan sudah tamat.
“Begitupun, dia sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya sehingga menyebabkan saya kurang sabar,” jelasnya kepada Kosmo!.
Menurut Fakri, dia meminta maaf kepada peminat jika ada yang berasakan tindakannya itu tidak wajar.
“Mereka (peminat) di luar padang mungkin tidak tahu cerita sebenar, jadi saya harap penjelasan saya dapat menjernihkan semula keadaan,” katanya.
Pada perlawanan itu, Hiroki Sakai, Yuya Osako, Genki Haraguchi dan Manabu Saito masing-masing meledak satu gol buat Jepun yang kini kembali menerajui Kumpulan C dengan 12 mata selepas pencabar terdekat, Syria dikejutkan Bahrain dengan keputusan 1-2.

Andrey Arshavin Sah Dipinjamkan ke Zenit St Petersburg



Buat peminat-peminat Arsenal, anda tidak akan lagi dapat melihat aksi pemain Rusia ini. Arshavin telah sah dipinjamkan ke bekas kelabnya, Zenit St Petersburg.


Arshavin joins Zenit St Petersburg on loan

Live Streaming AC Milan vs Juventus


 SERIE-A

 SAN SIRO MILANO STADIUM

3:45am (GMT +8, Malaysia Time)


Nah, live streaming buat korang :D




Tuesday, February 21, 2012

Rafael Benitez Bakal Gantikan AVB Jika Chelsea Terus 'Hancur'


Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez adalah calon tertinggi dalam senarai Chelsea bagi menggantikan Andre Villas-Boas sehingga akhir musim ini jika Roman Abramovich hilang kesabaran dengan jurulatihnya.

Villas-Boas akan berada dalam kedudukan yang tidak menentu jika berlaku kerosakan di Napoli dalam Liga Juara-JuaraDengan pasukannya berada di tangga kelima dalam Barclays Premier League dan menghadapi perlawanan ulangan Piala FA di Birminghammusim debut Villas-Boas di Chelsea akan terus buruk.



Abramovich juga mempertimbangkan Fabio Capello tetapi dia diberitahu bahawa bekas pengurus England itu tidak akan berminat dalam kontrak jangka masa pendek.


Villas-Boas masih yakin bahawa tugas beliau adalah selamat, dan mendakwa Chelsea telah menukar dasar mereka dengan menyaksikan tujuh pengurus berbeza dalam kurang daripada sembilan tahun di bawah Abramovich.

Sunday, February 19, 2012

Pep Guardiola Sedia Gantikan Wenger


Seperti yang sedia tahu, masa depan Wenger di Arsenal telah pun tergugat. Persembahan Arsenal yang tidak seimbang memberi bayangan bahawa mereka perlukan jurulatih yang baru untuk membawa mereka menjulang sekurang-kurangnya satu trofi.




Terlalu banyak kekecewaan yang dialami oleh Arsenal dan juga Wenger



Sumber dalaman di Arsenal telah membayangkan perancangan sedang dibincangkan untuk membawa pengurus Perancis itu ke dalam lembaga pengarah kelab selepas satu lagi musim mengecewakan dengan kelab hampir pasti akan gagal memenangi sebarang trofi untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Sejak warga Amerika, Stan Kroenke menjadi pemegang saham utama, Arsenal berusaha untuk meningkatkan populariti mereka di serata dunia dan pendapatan yang boleh diperoleh darinya. Kejayaan akan menjadi kuncinya dan Wenger nampak kehabisan idea bagaimana untuk menghalang pasukannya dari terus merosot.
Arsenal juga sedar bahawa akan ada batasan perbelanjaan semasa jendela perpindahan dibuka dan ia membolehkan mereka membawa Guardiola dari Barcelona, di mana situasi kontraknya masih belum diselesaikan.

Pengurus disanjung tinggi berusia 41 tahun itu akan menjadi ejen bebas di penghujung musim ini dan enggan menolak kemungkinan berpindah walaupun dengan tekanan dari kelab juara Eropah itu untuk memperbaharui kontrak baru.

Iklan 100 Plus Safee Sali

gambar dan video kredit to birdy super star sport


Seperti sedia maklum, Safee Sali telah muncul dalam iklan terbaru 100 Plus. Di sini, kami sediakan beberapa gambar serta video di sebalik takbir iklan ini.



Ni video belakang takbir :D


Ni plak video yang dah complete


Thursday, February 16, 2012

[ Baru ] Gambar Jersi Ketiga Brazil


Kebiasaannya, pasukan Brazil tampil dengan jersi kuning biru, tetapi kali mereka tampil dengan sedikit kelainan. Dengan warna hitam sebagai warna dominan, jersi ini tampak menarik dengan sedikit sentuhan warna kuning yang menyerlah.







Wednesday, February 15, 2012

Live Streaming Arsenal vs AC Milan



Kat sini, admin berikan satu link live streaming buat korang-korang sume. Tapi satu ni je yang dapat admin jumpa. Korang bleh la try link kt bawah ni.

Ni betul punye :

MSL 2012 Gol Terbaik Matchday 7

Berikut adalah senarai nama penjaring gol terbaik pada matchday 7 kali ini. :


1.Faizal Abu Bakar (Kedah) 
2.Ashaari Shamsudin (Terengganu)
3.Shahdan Sulaiman (Lions XII)
4.Mohd Firdaus Faudzi (Felda United)
5.Shahrudin Yakup (Sabah)



nah ! Layan video gol-gol tersebut :


Eden Hazard Mungkin Ke Tottenham




Spurs kini satu langkah lebih hampir dalam menandatangani sensasi Lille, Eden Hazard.Midfielder serangan itu mendedahkan dia mungkin sertai Tottenham.
 
Arsenal merupakan sisi kegemaran untuk mendaratkan Hazard, 21, yang mempunyai klausa pelepasan £33 juta.Chelsea, Manchester United dan Manchester City juga telah mengekori bakat hebat Belgium itu.
 
Namun Hazard mengakui, "Mungkin Tottenham, mereka kelab Inggeris yang besar, saya kata saya akan ke England dan mereka ada beberapa pemain yang sangat baik di sana."


“Mengenai berita tentang Tottenham, saya rasa itu masih sebuah rumour. Spurs memang tertarik kepada saya, saya pun tidak keberatan bermain disana suatu hari nanti, mereka memiliki pemain dan pelatih yang hebat.”
“Sejauh ini belum ada kesepakatan apapun dengan pihak Spurs, masih terlalu cepat untuk memutuskan kelab mana yang akan menjadi destinasi saya berikutnya. Saat ini fokus utama saya hanyalah untuk Lille,” kata pemain berusia 21 tahun tersebut.

Vermaelen - Saya Tahu Semuanya Mengenai Ibrahimovic





Pemain Belgium ini membuat debutnya untuk kelab gergasi Belanda pada awal tahun 2004 dan pada masa yang sama, penyerang Sweden, Ibrahimovic meninggalkan Juventus pada akhir tahun itu.Vermaelen dan Ibrahimovic akan berkongsi padang sekali lagi apabila AC Milan menjadi tuan rumah kepada Arsenal dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu dan pemain pertahanan ini tahu apa yang boleh dijangkakan.



"Saya bermain dengan dia banyak kali apabila saya berada di Ajax," kata Vermaelen. 

"Saya tahu sifat-sifat beliau, yang mana semua orang tidak tahu. Saya bermain terhadapnya beberapa kali, seperti ketika beliau berada di Barcelona, jadi saya tahu dia adalah seorang pemain yang kuat dan teknikal, salah satu pemain utama mereka."



"Beliau adalah seorang pemain yang hebat kerana dua sebab -dia boleh menjaringkan gol dan memberi bantuan," kata Wenger. 

"Beliau adalah seorang lelaki yang mempunyai kekuatan badan yang hebat yang dia menggunakan dengan baik dan boleh menggunakan pemain di sekeliling beliau untuk menyokong beliau.

Tuesday, February 14, 2012

Kapten Kelantan, Piya Dituntut Kekal Konsisten


Penyokong Kelantan mengharapkan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dapat mengekalkan konsistensi dalam perlawanan getir menentang Selangor di Bukit Jalil, malam ini.

Badri merupakan pemain tonggak utama ketika mencatatkan beberapa kemenangan keatas pihak lawan sejak 2010. Justeru itu, dia diminta terus bermain dengan cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Mahu atau tidak, Badri wajar memberikan persembahan terbaik setelah berjaya bangkit dari beberapa kritikan peminat ekoran prestasi merudum pada musim lepas.Tiada yang diharapkan kepada ketua pasukan Kelantan ini selain mengawal kawasan tengah dengan berkesan serta dapat melakar jaringan saat diperlukan pasukan. -RedsfcNews-

Monday, February 13, 2012

Berikan Izham Tarmizi Waktu Untuk Buktikan Kemampuan




Walaupun goyah pada separuh masa pertama, Izham Tarmizi tampil bangkit dengan aksi yang lebih kemas pada separuh masa kedua. Kematangan beliau terserlah dengan tangkapan-tangkapan lebih kemas dan berani. Siapa sangka, penjaga gol kecil molek ini mampu mengawal gawang tanpa dibolosi ketika menentang Gombak United tempoh hari.







Walaupun Izham dilihat agak gugup dalam perlawanan itu, Kim Swee sebaliknya yakin pemain kelahiran Terengganu itu akan mempamerkan aksi yang lebih matang sejajar dengan peningkatan usianya selepas ini.

Malah tanpa berselindung, Kim Swee juga yakin Izham bakal menjadi penjaga gol No. 1 negara menggantikan Khairul Fahmi Che Mat satu hari nanti jika kekal berdisiplin serta mempamerkan persembahan konsisten setiap kali ditugaskan menjaga gawang negara.

Lagi pula, usia Izham Tarmizi masih muda, iaitu 21 tahun. Banyak lagi yang boleh ditimba oleh penjaga gol muda ini. Lebih-lebih pula dalam Liga S yang sememangnya mampu memberi cabaran dan pengalaman baru buat dirinya. Izham Tarmizi akan lebih matang dan mampu mengubah corak persembahannya dalam misi menjadi penjaga gol terkenal.

Gambar dan berita kredit to  birdy Super Star Sport
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...