TV ONLINE

Monday, February 13, 2012

Berikan Izham Tarmizi Waktu Untuk Buktikan Kemampuan




Walaupun goyah pada separuh masa pertama, Izham Tarmizi tampil bangkit dengan aksi yang lebih kemas pada separuh masa kedua. Kematangan beliau terserlah dengan tangkapan-tangkapan lebih kemas dan berani. Siapa sangka, penjaga gol kecil molek ini mampu mengawal gawang tanpa dibolosi ketika menentang Gombak United tempoh hari.







Walaupun Izham dilihat agak gugup dalam perlawanan itu, Kim Swee sebaliknya yakin pemain kelahiran Terengganu itu akan mempamerkan aksi yang lebih matang sejajar dengan peningkatan usianya selepas ini.

Malah tanpa berselindung, Kim Swee juga yakin Izham bakal menjadi penjaga gol No. 1 negara menggantikan Khairul Fahmi Che Mat satu hari nanti jika kekal berdisiplin serta mempamerkan persembahan konsisten setiap kali ditugaskan menjaga gawang negara.

Lagi pula, usia Izham Tarmizi masih muda, iaitu 21 tahun. Banyak lagi yang boleh ditimba oleh penjaga gol muda ini. Lebih-lebih pula dalam Liga S yang sememangnya mampu memberi cabaran dan pengalaman baru buat dirinya. Izham Tarmizi akan lebih matang dan mampu mengubah corak persembahannya dalam misi menjadi penjaga gol terkenal.

Gambar dan berita kredit to  birdy Super Star Sport

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...