TV ONLINE

Tuesday, February 28, 2012

Balotelli mesti disiplin jika mahu sarung jersi Itali


Jurulatih Itali, Cesare Prandelli memberi amaran kepada Mario Balotelli bahawa penyerang Manchester City itu berisiko tinggi disingkirkan daripada skuad Euro 2012 kecuali dia berhenti terbabit dengan masalah disiplin. 

Balotelli kembali daripada penggantungan dengan menjaringkan gol ketika membantu City menewaskan Blackburn 3-0 Sabtu lalu, namun ia belum cukup untuk mengubah fikiran Pradelli bagi menyenaraikannya biarpun dihimpit masalah kecederaan di posisi serangan.

“Pemain pasti tahu, dengan terus bersikap sebegini, mereka berisiko untuk terlepas aksi Euro 2012. Kamu tak boleh berada dalam skuad kebangsaan jika berisiko memaksa pasukan beraksi dengan 10 pemain di atas padang,” kata Prandelli.

Itali bakal menanti kunjungan Amerika Syarikat pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi esok. 





Balotelli digantung perlawanan selepas menampar pemain Tottenham, Scott Parker, bulan lalu manakala penyerang AS Roma, Pablo Osvaldo turut diketepikan Prandelli kerana insiden luar permainan ketika bertemu Atalanta, Ahad lalu. 

Prandelli berkata, dia turut kecewa apabila kedua-dua pemain itu langsung tidak menghubunginya untuk bertanya mengapa mereka tidak disenaraikan untuk perlawanan terbabit. 

Dengan dua penyerang, Antonio Cassano dan Giuseppe Rossi masih bergelut mendapatkan tahap kecergasan terbaik menjelang Euro 2012, pendirian Prandelli terhadap Balotelli itu membuka peluang buat penyerang muda AS Roma, Fabio Borini menerima panggilan sulung.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...