TV ONLINE

Tuesday, February 14, 2012

Kapten Kelantan, Piya Dituntut Kekal Konsisten


Penyokong Kelantan mengharapkan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dapat mengekalkan konsistensi dalam perlawanan getir menentang Selangor di Bukit Jalil, malam ini.

Badri merupakan pemain tonggak utama ketika mencatatkan beberapa kemenangan keatas pihak lawan sejak 2010. Justeru itu, dia diminta terus bermain dengan cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Mahu atau tidak, Badri wajar memberikan persembahan terbaik setelah berjaya bangkit dari beberapa kritikan peminat ekoran prestasi merudum pada musim lepas.Tiada yang diharapkan kepada ketua pasukan Kelantan ini selain mengawal kawasan tengah dengan berkesan serta dapat melakar jaringan saat diperlukan pasukan. -RedsfcNews-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...