TV ONLINE

Thursday, February 9, 2012

Arsenal Mahukan Daniel Sturridge



Chelsea ada tugas untuk mengekalkan Daniel Sturridge selepas Arsenal mengorak langkah signifikan dengan kejutan pembelian di musim panas.
 
Sturridge, 22, merupakan penjaring terbanyak the Blues musim ini dengan 10 gol namun sumber rapat degan pemain ini mendakwa beliau tidak gembira dengan peranannya sebagai pemain sayap kanan di bawah  Andre Villas-Boas. Ketua peninjau bakat Arsenal yang berpengaruh, Steve Rowley telah memberikan bayangan untuk melakukan satu pembelian mengejut.
 
Sturridge mahu berunding kontrak yang dipertingkatkan namun Chelsea enggan jadi beliau masih ada dua tahun setengah dalam kontrak semasanya.
 
Dan dengan pemain seperti Hulk dan Edinson Cavani dalam senarai pembelian Villas-Boas, peranan , Sturridge di bahagian sayap hampir pasti akan berterusan.

p/s : Mamat ni power jugak. Laju kowt :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...