TV ONLINE

Friday, May 18, 2012

Piala FA 2012 : Kelantan The Red Warriors Road To Final

Malam ini bakal terjawab milik siapa trofi ini


Kelantan TRW vs Sime Darby
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45
Live TV1 & Astro Arena

Ikuti perjalanan serta perlawanan pasukan Kelantan dalam saingan Piala FA 2012

Pusingan Pertama : Kelantan 2-1 Sarawak

# Norfarhan muncul penyelamat Kelantan apabila meledakkan 
gol kemenangan pada masa tambahan




Pusingan Kedua : Kelantan 3-2 Kuala Lumpur




Suku Akhir Pertama : Kelantan 3-0 KL SPA




Suku Akhir Kedua : Kelantan 2-0 KL SPA




Separuh Akhir Pertama : Kelantan 1-1 Kedah




Separuh Akhir Kedua : Kelantan 2-2 Kedah



Mungkin dari segi prestasi semasa, Kelantan dilihat sebagai calon untuk menjulang Piala FA 2012. Namun, ancaman Sime Darby juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran pemain import, Patrick Ronaldinho. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing2 dan pasukan yang beraksi lebih baik dan kurang melakukan kesilapan akan bergelar juara.

kredit to kelatebola

Saturday, May 12, 2012

Preview Manchester City vs QPR


Pada pertemuan pertama antara kedua pasukan pada musim ini, Manchester City berhasil memperoleh  kemenangan 3-2 atas QPR dari gol dari Dzeko, Silva, dan Toure, manakala gol QPR pula disumbang oleh Bothroyd dan Helguson.

Sedikit fakta mengenai kedua-dua pasukan ini:

* Kemenangan terakhir QPR atas Manchester City adalah pada tahun 2000 di Championship. Pada pertandingan tersebut, QPR menang 3-1.

* Pada pertandingan Liga Inggeris terakhir, Manchester City berhasil meraih kemenangan 2-0 atas Newcastle  denga dua gol dari Yaya Toure.

* Kemenangan tersebut membuat Manchester City tetap kukuh di puncak liga dengan 86 mata, hanya berbeza gol dari United yang berada di tempat kedua.

*Ini membuat Manchester City untuk wajib menang pada perlawanan ini untuk memastikan gelaran Liga Inggeris pada musim ini.


* Aguero berada di tempat ke 3 top scorer Liga Inggeris dengan 22 gol.

* Manchester City tidak pernah kalah di Etihad Stadium dengan 17 kemenangan dan 1 hasil seri dalam 18 perlawanan di tempat sendiri pada musim ini.

* Sementara itu, QPR juga berjaya meraih kemenangan 1-0 atas Stoke City. Gol QPR pada perlawanan tersebut jaringan oleh Djibril Cisse.

* Kemenangan tersebut membuat QPR kini menghuni tangga ke 17 liga dengan 37 mata dari  37 perlawanan yang telah mereka lalui.

* Dalam 8 pertandingan Liga Inggeris terakhir, QPR berjaya meraih 4 kemenangan dan 4 kekalahan.




5 Perlawanan Terakhir Manchester City

Newcastle 0-2 Manchester City
Manchester City 1-0 Manchester United 
Wolves 0-2 Manchester City 
 Norwich 1-6 Manchester City 
Manchester City 4-0 West Bromwich 

5 Perlawanan Terakhir QPR

 QPR 1-0 Stoke  
Chelsea 6-1 QPR 
 QPR 1-0 Tottenham 
 West Bromwich 1-0 QPR 
QPR 3-0 Swansea 

Monday, May 7, 2012

Jika Menang Champions League & UERO 2012, Arjen Robben Akan Bersara


Pemain sayap Bayern Munchen, Arjen Robben mengatakan bahawa dia berjanji akan menggantung but jika menang Liga Champions dan Euro 2012.

Dia mengatakan bahawa tujuan utama bersama kelabnya sekarang adalah untuk meraih trofi paling elit di Eropah itu.

Pemain Belanda itu berkata bahawa gelaran juara Eropah adalah hadiah terbesar bagi sebuah kelab, namun dia mengaku sedang fokus pada pertandingan melawan juara Bundesliga, Borussia Dortmund dalam pertandingan final DFB-Pokal.


“Apakah saya sedang fokus pada final Liga Champions? Tidak. Pertandingan itu adalah target terbesar kami, namun pertama kami akan menghadapi pertandingan final menghadapi Dortmund. Dan pada pertandingan itu, kami akan memberikan segalanya,” katanya.

“Namun sejujurnya, gelaran juara Champions League adalah tujuan terbesar bagi pasukan kami, untuk saya, kelab dan semuanya. Jika seseorang menawarkan kami untuk memenangkan Liga Champions, tapi tidak final Pokal, saya akan segera mengambilnya.”

“Dua tahun yang lalu saya berjanji pada isteri dan ibu saya bahawa jika saya menang Champions League dan Euro 2012, saya akan berhenti bermain bola sepak.”

[ Video ] Penyokong FC Koln Baling Bom Asap, Bakar Stadium


Kecewa, marah. Mungkin ini sebab dan punca mereka melakukan ini. Setelah kalah 1-4 di tempat sendiri, FC Koln rasminya akan turun dari liga utama Jerman ke liga kedua negara itu, iaitu Bunderliga 2.

Dan, mungkin ini hadiah perpisahan Lukas Podolski dari peminat nya . :D







Lukas Podolski, FC Koln -----> Arsenal

Saturday, May 5, 2012

Van Persie : Selamanya Saya Tetap ' The Gunners '


Striker Arsenal, Robin Van Persie menyatakan bahawa dirinya adalah seorang ‘The Gunner’ sejati walaupun isu mengenai kontraknya dengan Arsenal masih belum jelas sedangkan musim ini sudah mahu berakhir.

Pemain Belanda ini mengutarakan hal tersebut setelah dirinya menerima penghargaan ‘Player Of The Year’. Van Persie mendapatkan gelaran tersebut setelah penampilan gemilangnya musim ini bersama Arsenal,dia berhasil menjaringkan 27 gol untuk Arsenal musim ini dalam saingan Liga Inggris. Van Persie juga menceritakan bagaimana awalnya ia berpindah ke Arsenal, dia mengatakan jika dirinya pertama kali menandatangani kontrak bersama Arsenal 8 tahun lalu.

“Hati saya selalu milik Arsenal. Apapun yang terjadi dengan saya di akhir musim nanti, saya tetaplah seorang ‘The Gunner’.” , bicara pemain yang memiliki tendangan kaki kiri yang menakjubkan ini.



Dalam kesempatan ini juga Persie tidak lupa untuk memberikan pujian bagi bekas kapten Arsenal seperti Vieira, Henry, Tony Adams dan yang terakhir adalah Cecs Fabregas. Persie menyebutkan bahawa mereka semua merupakan kapten yang sangat luar biasa.

Persie juga mengungkapkan kegembiraannya kerana berhasil memenangkan penghargaan “Player of the Year”.

“Sangat membanggakan untuk saya berada di sini sekarang, saya berada di kelompok para pemenang dan saya sama sekali tidak pernah berfikir untuk berada di sini dan memenangkan trofi ini.” ujar Persie mengenai penghargaan yang telah dia dapatkan (Player of the Year).

“Saya sedikit terkejut ketika nama saya disebut dan akhirnya memenangkan trofi ini. Saya sangat gembira menjadi sebagian dari sejarah Liga Inggris.” ujar Van Persie.

Friday, May 4, 2012

Tamat Dengan Umbro, City Jalinkan Kerjasama Dengan Nike



Setelah bekerjasama dengan Umbro pada tahun 2009 dan berakhir pada tahun 2012/13, Manchester City mengadakan pula kerjasama dengan salah satu perusahaan alat olahraga terbesar di dunia, iaitu Nike . Oleh kerana itu semua produk yang ada di Manchester City termasuklah baju training, jersi dan peralatan lain akan diganti oleh produk dari Nike. Kontrak ini akan berakhir pada tahun 2019.

“Kami sangat gembira mendapatkan kesempatan menjalin kerjasama dengan Manchester City, yang sudah sebelumnya menjalin kerjasama dengan Umbro. Manchester City melakukan keputusan tepat yang sesuai dengan moto dari brand kami iaitu “The World of Football”, kata President Nike, Charlie Denson.

Nike memiliki reputasi yang baik di dunia dan memiliki jaringan kerja global yang baik serta mendapatkan banyak penghargaan dalam kemampuannya memasaran produk-produknya. Langkah ini sangat penting untuk evolusi kem Manchester City untuk lebih kukuh dalam faktor pemasaran dan kewangan.

Thursday, May 3, 2012

Keeper Harimau Muda, Izham Tarmizi Akui Sokong, Undi Adira di Mania

gambar dan artikel kredit to murai.com

Sungguhpun sebelum ini penjaga gol pasukan Harimau Muda A, Izham Tarmizi pernah menafikan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Adira, namun ia tidak menghalang bagi jejaka manis ini untuk menyokong pelantun lagu Illusi di galaksi Mania. Malah, Izham yang senang disapa dengan panggilan Miji tidak berselindung masih lagi berkawan baik dengan Adira.

Lebih berani lagi, Izham mengakui sering menyokong Adira dengan menghantar undian.Pun begitu, Izham merahsiakan jumlah wang yang digunakan untuk mengundi Adira, sebaliknya, menyifatkan pelaburan itu berbaloi dengan perhubungan kawan baik.

"Apa guna berkawan kalau saya tidak menyokong rakan sendiri. Saya dengan Adira masih lagi berkawan, sebab itulah saya sering menyokong dia dari belakang walaupun kami tidak berkesempatan untuk berjumpa.

"Adira sibuk dengan Mania manakala saya sibuk berulang alik ke Singapura untuk menempuh perlawanan yang telah ditetapkan.

"Apapun, setiap minggu, saya akan mengundi Adira," katanya.

Dalam pada itu, Izham mengakui kagum dengan pencapaian Adira yang semakin bagus dalam Mania.

"Saya jarang sekali untuk melihat Mania secara langsung.

"Walaupun saya selalu melihat siaran ulangan saja, saya bangga dengan Adira yang semakin matang dalam membuat persembahan.

"Jadi, tidak hairanlah Adira layak kekal di pentas Mania. InsyaAllah, jika ada masa dan tidak bertindan jadual perlawanan nanti, saya akan datang untuk melihat persembahannya secara langsung.

"Corak nyanyian Adira sejak dari awal saya mengenalinya dengan sekarang jauh sudah berbeza.

"Mungkin, inilah kesan yang diperoleh Adira selepas mendapat didikan dari produser Audi Mok," jelasnya yang bakal berangkat ke Slovakia selama sebulan pada 17 Mei depan.

Ditanya sama ada dia mahu beraksi di pentas sebagai model udangan sewaktu persembahan Adira, Izham hanya mampu tersenyum tanpa sebarang jawapan.

Wonderkid Jerman, Mario Gotze Mahu Balas Kepercayaan Joachim Leow


Mario Gotze mahu membalas kembali kepercayaan jurulatih Jerman, Joachim Low dengan memainkan peranan besar untuk skuad kebangsaan pada Euro 2012.
 
Jurulatih itu baru-baru ini menyatakan dia percaya pemain Dortmund tersebut boleh menjadi lebih daripada sekadar pengganti pada aksi musim panas ini, dan striker itu juga telah menyatakan hasrat mahubangkit dan membuat perbezaan.
 
"Sudah tentu, ia mendorong saya menjadi hebat apabila jurulatih itu meluahkannya. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membayar balik kepercayaan dengan prestasi," Gotze memberitahu Bild.
 
Gotze, 19, menghabiskan masa selama empat bulan diketepikan akibatdua kecederaan musim ini, namun kembali ke kesebelasan utama BVB pada hujung minggu, menyumbang satu gol dalam kemenangan 5-2 ke atas Kaiserslautern. Matlamatnya kini adalah untuk kembali cergas sepenuhnya dan bersaing di Poland dan Ukraine musim panas ini.
 
"Hal yang paling penting adalah kembali mendapat rentak. Oleh itu, perkara yang paling penting adalah bekerja keras dari segi penyudah dan kawalan bola," kata Gotze.

Shinji Kagawa Kini Boleh Dijual, Menarik Minat Manchester United


Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke telah mendedahkan Shinji Kagawa mungkin dijual jika harganya sesuai, selepas mengakui yang midfielder itu 'kini boleh dijual'.

Pemain berusia 23 tahun itu membantu pasukannya ke satu lagi kejayaan Bundesliga untuk kempen 2011-12, namun dilihat waktunya di Jerman bakal berakhir dengan dia dilaporkan mensasarkan perpindahan ke Manchester United, sementara Michael Zorc berkata Ahad lalu yang Kagawa enggan manandatangani lanjutan kontrak.

Kini, Watzke mendakwa yang pasukannya bersedia untuk menjual pemain itu, sekiranya syarat penjualan sesuai dengan kelab.

"Dia kini boleh dijual," kata Watzke.

"Jika sesiapa berminat, mereka boleh beritahu pemain itu atau kami."

Agen Kagawa, Thomas Kroth menambah: "Ia bukan tentang wang. Pemain itu ada pelan dalam kariernya dan beberapa sasaran. Itulah hal yang sebenarnya."

p/s : apa lagi Frerguson,? Sambar terus :D

Thursday, April 26, 2012

Gambar Bayern Munich Meraikan Kejayaan Ke Final UEFA Champions League



Setelah berjaya singkirkan Real Madrdi, mereka telah diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel mewah di bandar raya Madrid.

 Hero, Neuer

 Bastien ape ntah nama dia. Susah kot nk sebut

 Abang Botak

Muller yg x berapa nk menyerlah semalam

 Boateng [ tengah ]

 Badstuber dan Robben

Hero-hero Bayern


Peminat-peminat Real Madrid jangan nk jeles ok haha

Wednesday, April 25, 2012

Mourinho Rancang Mahu Kekal Di Real Madrid Empat Atau Lima Tahun Lagi



Jurulatih Real Madrid Jose Mourinho telah menepis segala cakap-cakap yang mengatakan bahawa dia akan kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menegaskan bahawa dia merancang untuk tetap di kelab ini pada musim depan.

Chelsea dan Manchester City kedua-duanya dilaporkan berminat untuk membawanya kembali ke Inggeris, namun untuk waktu ini Mourinho hanya ingin memikirkan kejayaan jangka panjangnya di Bernabeu.



“Masa depan saya tidaklah penting, namun saya fikir saya akan ada di sini pada musim depan,” ujarnya.

“Saya mendapatkan kontrak dan waktu kami di akhir musim, saya akan ada masa untuk berbincang dengan para pemain dan pengerusi dan kami akan menentukan apa yang terbaik untuk saya, kelab dan pasukan.”

“Akan lebih baik jika saya terus kekal di sini dalam empat atau lima tahun lagi.”


Rumours - Jersi Baru Real Madrid Dengan Penaja Baru Musim Depan

kredit to sundul.com

Kelab gergasi Liga Spanyol, Real Madrid dikhabarkan sedang mengusahakan satu kerjasama besar dengan perusahaan penerbangan asal Dubai, Emirates. Dikhabarkan bahawa Real Madrid sedang berbincang dengan pihak Emirates yang ingin menjadi penaja jersi mereka, sekaligus menggantikan penaja yang sekarang,iaitu bwin.

Real Madrid dijangka akan membuat kerjasama dengan Emirates dengan nilai kontrak sebesar 22 juta Euro untuk jangka masa selama 5 tahun. kerjasama ini masih boleh bertambah nilainya kerana nanti disetiap musim, Real Madrid dijanjikan akan menerima 3 juta Euro lagi sebagai pembahagian keuntungan.

Kerjasama ini memang belum diumumkan secara rasmi baik oleh pihak Real Madrid mahupun pihak Emirates, namun dijangka kerjasama ini akan segera terlaksana dan akan dimulakan pada bulan Julai 2013 nanti.

Kesimpulan yang dapat diambil adalah jika kontrak ini berjaya, maka Real Madrid akan menjadi antara 3  kelab besar yang memiliki kontrak jersi termahal di dunia. Mereka hanya berada dibawah Barcelona yang memiliki kontrak bernilai 30 juta Euro selama 5 tahun bersama Qatar Foundation serta Manchester United yang memiliki kerjasam dengan Aon yang dilaporkan memiliki nilai kontrak 24 juta Euro selama 4 tahun.


Tuesday, April 24, 2012

Preview Barcelona vs Chelsea Second Leg Semi Final UEFA Champions League 2011/2012


Seperti sedia maklum, Barcelona telah tewas 0-1 kepada Chelsea pada pertemuan pertama separuh akhir Champions League. Pada perlawanan malam ni, ramai yang meramalkan bahawa Barcelona akan bangkit, dan ada juga yang berpendapat bahawa Chelsea akan mempertahankan kelebihan gol mereka.


Sedikit fakta berkaitan perlawanan ini : 


Barcelona belum pernah kalah di  Nou Camp dalam perlawanan menentang Chelsea. Rekod Barcelona melawan Chelsea adalah menang dua kali dan seri tiga kali di Nou Camp


Rekod Chelsea menentang pasukan-pasukan Sepanyol adalah menang 14 kali, seri 10 kali, dan kalah enam kali. Di Sepanyol, Chelsea menang tiga kali, seri lima kali, dan kalah lima kali.


Sejak kalah kepada Rubin Kazan bulan Oktober 2009 lalu, Barcelona belum pernah lagi kalah di tempat sendiri dalam Liga Champions sehingga kini. Barcelona bahkan mampu mengumpul 18 gol dari lima perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam Champions League musim ini.


Drogba masih dalam keadaan ragu-ragu untuk tampil dalam perlawanan ini. Bahkan Roberto Di Matteo pun ragu adakah akan tetap memaksakan Drogba. Jika Drogba tidak dapat bermain, penggantinya kemungkinan besar Fernando Torres, yang menjaringkan tujuh gol ke gawang Barcelona dari 10 penampilannya bersama Atletico Madrid.

Demi Kebaikan Bola Sepak, Barcelona Wajib Kalahkan Chelsea


Bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar mengharapkan Chelsea kalah kepada Barcelona di Nou Camp selepas taktik negatif mereka di perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-juara
.
Ketika the Blues dipuji kerana permainan bertahan oleh penyokong mereka – reaksi di sekitar Eropah agak berbeza.

Dan pemenang dua kejuaraan Liga Juara-juara, Van der Sar berharap Barca dapat mengatasi Chelsea dengan stail permainan serangan mereka malam ini.

Beliau memberitahu: ‘Demi kebaikan sukan dan bola sepak secara umum, saya harap Barcelona  menang di Nou Camp.

"Saya suka pasukan yang menyerang. Chelsea tidak melakukan apa-apa selain bertahan dengan sembilan pemain dan meletakkan ramai pemain bertahan. Namun perlawanan ini mungkin berakhir sekarang."

"Saya mengharapkan Chelsea tewas dengan jaringan yang besar. Dan ia mungkin akan berkeputusan  5-1 untuk Barca pada akhirnya."

"Chelsea hanya ada satu percubaan gol – dan mereka menjaringkannya.


sumber : wisel

Senarai Live Streaming Kelantan vs Navibank Saigon 24/04/2012

Gambar kredit to Super Warriors


Link 2


Link 3


Link 4


Link 5


Link 6


Link 7


Link 8

p/s : selamat mencuba. kalau xdapat, jgn marah. kami dah usaha kan yg terbaik :D

Monday, April 23, 2012

Gambar-gambar Borussia Dortmund Meraikan Kejayaan Menjuarai Bundesliga 2011/2012


Musim lepas Dortmund melakukan kejutan menjuarai liga dengan tiada bintang, majoriti pemain muda. Musim ini yang tiada bintang itu menjadi bintang, mereka hampir melakukannya sekali lagi. Dua kali juara liga bukanlah nasib. Dortmund menunjukkan dunia satu kebangkitan dengan cara mereka tersendiri. Low cost.

Sedikit gambar yang menyaksikan mereka  meraikan kejayaan menumpaskan Moncheglabach 2-0. dan seterusnya menjuarai Bundes Liga musim ini biarpun berbaki dua perlawanan lagi.






Demba Ba Sasaran Utama Tottenham





Harry Redknapp sedang mengintai langkah musim panas untuk striker Newcastle United, Demba Ba walaupun dia mungkin sudah keluar dari kelab menjelang masa perpindahan selesai.

Redknapp secara meluas dijangka mengambil alih peranan selaku pengurus England pada akhir musim ini jika tawaran itu tiba, dengan bos yang berusia 65 tahun itu dinilai sebagai kegemaran utama untuk jawatan tersebut.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy tidak mungkin menghalangnya, tetapi berharap dia boleh menggoda Redknapp kekal di White Hart Lane dengan menawarkan sejumlah dana perpindahan bagi membantu mengukuhkan kedudukan kelab dalam empat teratas untuk tahun-tahun akan datang.



Redknapp telahpun memberitahu pegawai Tottenham bahawa mereka perlukan striker yang berkualiti untuk bersaing dengan golongan elit Eropah, dan mengesyorkan pemain Newcastle, Ba sebagai pilihan yang ideal.

Tonggak Senegal itu menikmati kempen debut hebat di Timur Utara, yang mana dia menjaringkan 16 gol dalam 29 perlawanan, berikutan perpindahan percuma dari West Ham.

Tottenham berharap mereka boleh mendapatkan Ba ​​dengan harga yang murah, dengan khabar angin klausa keluar bernilai £7 juta, namun turut bersedia menawarkan pemain dalam perjanjian, termasuk bekas bek Magpies, Sebastien Bassong, atau playmaker Croatia, Niko Kranjcar.

Real Madrid Mahukan Micah Richards



Manchester City telah terbiasa membelanjakan wang di jendela perpindahan, namun kelihatan mereka mungkin bakal memulakan musim panas bersaing untuk mengekalkan salah seorang pemain bintang mereka berbanding menambah pemain ke dalam skuad.
 
Pemain kebangsaan England itu diketahui diminati oleh bos warga Portugal, Jose Mourinho, yang sebelum ini cuba untuk menandatangani pemain tersebut sewaktu dia mengendalikan Chelsea.
 
Walaupun beberapa kelab besar Eropah lain – seperti Juventus, AC Milan, Chelsea dan Arsenal – diketahui sedang memantau Richards, kelihatan Real akan menjadi yang pertama mengorak langkah.
 
Bintang City itu mungkin sukar untuk menolak perpindahan ke Bernabeu, dengan Real masih dalam persaingan untuk menang La Liga dan Liga Juara-juara musim ini, manakala City bakal menamatkan musim tanpa trofi.
 
Richards, 23, hanya menandatangani kontrak baru empat tahun di Etihad Stadium tahun lalu, namun Mourinho akan melihat kebarangkalian yang pemain itu semakin kecewa dengan polisi pertukaran pemain bos City, Roberto Mancini di timur laut England.

Sunday, April 22, 2012

Walcott Cedera, Terlepas Baki Musim Ini



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah mengatakan bahawa pemain sayapnya, Theo Walcott tampak mengalami cedera serius setelah ia digantikan pada perlawanan menentang Chelsea. Pemain Endland itu kelihatan memegang kakinya saat sedang mengawasi bek kiri The Blues, Ryan Bertrand, namun setelah lima minit kemudian ia dipaksa diusung keluar padang..

Wenger memberitahu kecederaannya akan membuatnya terlepas dalam baki tiga perlawanan terakhir di musim ini, iaitu  menentangStoke, Norwich dan West Brom.

“Theo nampaknya mengalami cedera serius. Ia ingin tetap bermain. Ini akan sukar untuk membuatnya kembali musim ini,” ujar Wenger.

Arsenal menamatkan perlawanan dengan 0-0 kepada Chelsea ketika bermain di Stadium Emirates, Sabtu, 21 April 2012 baru ini.

Komen Pep Guardiola Mengenai El- Clasico Semalam



Pengurus Barcelona, ​​Pep Guardiola,memberi sedikit komen mengenai perlawanan antara Barcelona dan Real Madrid kemarin yang berakhir dengan kekalahan Barcelona 2-1 kepada Real Madrid. Pep Guardiola merasa bangga dengan pasukannya dan tidak akan mengkritik banyak tentang persembahan mereka. 

Kekalahan Barcelona ini memperbesarkan lagi jurang mata dengan Real Madrid. Real Madrid berada pada puncak liga dengan 88 mata, sedangkan Barcelona dengan perbezaan 7 mata di bawahnya. Kekalahan tersebut menamatkan harapan Barcelona untuk mempertahankan gelaran juara La Liga telah diraih selama 3 tahun berturut-turut.


Guardiola cukup puas dengan penampilan pasukannya dalam perlawanan kemarin mahupun di semua perlawanan musim ini.Barcelona mendominasi 75% penguasaan bola pada El-Clasico kemarin. Mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Dia rasa senang dengan dedikasi dan komitmen pasukannya walau akhirnya dikecewakan kerana tidak mampu menahan Christiano Roanldo yang menjaringkan gol kemenangan bagi Real Madrid. 






"Sangat sukar untuk menganalisa perlawanan dengan begitu banyak emosi, tetapi saya kagum dengan penampilan ketika mereka melawan pasukan yang sangat kuat." 


"Kami boleh mengatasi serangan balik mereka dengan cukup baik dan mengurangkan peluang mereka untuk mencetak gol." 






Barcelona mempunyai kesempatan untuk membalas dendam kepada Real Madrid, jika mereka bertemu di final Champions Leagur nanti. Tetapi langkah kedua-dua pasukan tersebut akan menjadi sukar setelah kedua-duanya mengalami kekalahan pada perlawanan pertama semi final Champions League. Real Madrid mengalami kekalahan 2-1 kepada Bayern Munich, sedangkan Barcelona sendiri dikalahkan Chelsea 1-0. 


"Saya tidak boleh menyalahkan kekalahan ini kepada pasukan.Kami mempunyai banyak tekanan, "kata Guardiola. 


"Kami sudah melakukan yang terbaik yang dapat kami lakukan." 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...