TV ONLINE

Monday, April 23, 2012

Real Madrid Mahukan Micah Richards



Manchester City telah terbiasa membelanjakan wang di jendela perpindahan, namun kelihatan mereka mungkin bakal memulakan musim panas bersaing untuk mengekalkan salah seorang pemain bintang mereka berbanding menambah pemain ke dalam skuad.
 
Pemain kebangsaan England itu diketahui diminati oleh bos warga Portugal, Jose Mourinho, yang sebelum ini cuba untuk menandatangani pemain tersebut sewaktu dia mengendalikan Chelsea.
 
Walaupun beberapa kelab besar Eropah lain – seperti Juventus, AC Milan, Chelsea dan Arsenal – diketahui sedang memantau Richards, kelihatan Real akan menjadi yang pertama mengorak langkah.
 
Bintang City itu mungkin sukar untuk menolak perpindahan ke Bernabeu, dengan Real masih dalam persaingan untuk menang La Liga dan Liga Juara-juara musim ini, manakala City bakal menamatkan musim tanpa trofi.
 
Richards, 23, hanya menandatangani kontrak baru empat tahun di Etihad Stadium tahun lalu, namun Mourinho akan melihat kebarangkalian yang pemain itu semakin kecewa dengan polisi pertukaran pemain bos City, Roberto Mancini di timur laut England.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...