TV ONLINE

Friday, June 10, 2011

1001 Gelagat Penyokong Kelantan Sempena Final Piala FA 2011

 suasana di r&r Gua Musang

 ultras kelantan the red mania

banner untuk final piala fa 2011

 kehangatan perlawanan terasa di perkarangan
stadium bukit jalil

 sep penyokong Kelantan dari bachok

 banner gergasi untuk final piala fa

 persiapan banner gergasi

 banner gergasi kelantan

suasana pembelian tiket di stadium bukit jalil

Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh penyokong kelantan. Bagus betul orang kelantan ni. Patut dicontohi oleh penyokong-penyokong lain . hhaaha

gambar kredit : fb penyokong kelantan & ultras

Thursday, June 9, 2011

Khairul Fahmi Dalam Official Music Video - SOLO by Andi A.Merican

gambar kredit kepada elia : short & sweet

Haha. Khairul Fahmi atau Apex sekarang sudah mula terlibat dalam klip-klip video. Semakin bertambah rasenya rezeki Apex ni. Bukan setakat main bola, tapi dah mula berjinak-jinak dengan dunia berlakon dalam video plak. Apa-apapun,kena layan video die dulu kt bawah. 

Muzik video tersebut mengisahkan tentang dua pemuda iaitu Andi dan Altimet yang terlibat dengan penyeludupan sehingga ditahan di penjara. Bermula dari situ, Andi mengimbas kembali liku kehidupan yang dilaluinya bersama-sama dua sahabat iaitu Julia Ziegler dan Khairul Fahmi.

kredit kepada gf apex punye blog ; 

Arsenal Sah Dapatkan Bek Muda


Arsenal secara rasminya telah mengumumkan mereka telah mendapatkan satu pemain pertahanan muda dari League One. Pemain itu adalah Carl Jenkinson dari Charlton Athletic yang baru berusia 19 tahun. Pemain dengan ketinggian 1,85 meter ini sering bermain di posisi bek kanan, tetapi juga boleh bermain di posisi bek tengah. Kire fleksibel la dia ni.

Selain itu, Arsenal juga telah merekrut pemain muda lainnya, iaitu penyerang Benik Afobe [18 tahun ], midfielder Chuks Aneke [ 17 tahun ], dan midfielder Oguzhan Ozyakup [ 18 tahun ] .

Benik Afobe

 Chuks Aneke

Oguzhan Ozyakup
p/s : Arsene Wenger masih yakin dengan polisi pemain mudanya. Papepun, gud luck Arsenal.
sumber : Arsenal.com

Wednesday, June 8, 2011

Selamat Hari Jadi Mat Yo

Seperti kita tahu, 8 Jun merupakan hari jadi buat Norshahrul atau Mat Yo. Sambutan hari jadi untuk beliau telah diadakan secara kecil-kecilan di padang Stadium Sultan Muhammad 4 setelah tamat latihan. Majlis ini juga dibuat untuk kapten pasukan, Piya. Di bawah sedikit gambar dari majlis tersebut.


 Mat Yo dan Piya bersama 
beberapa penyokong

Isteri Mat Yo

Evolusi Bola Dalam World Cup

World Cup 1930, Uruguay

 
World Cup 1934, Itali 

 
World Cup 1938, France

 
World Cup 1950, Brazil

 
World Cup 1954, Switzeland

 
World Cup 1958, Sweden

 
World Cup 1962, Chile

 
World Cup 1966, England

 
World Cup 1970, Mexico 

 
World Cup 1974, West Germany

 
World Cup 1978, Argentina 

 
World Cup 1982, Spain 

 
World Cup 1986, Mexico 

 
World Cup 1990, Itali 

 
World Cup 1994, USA

 
World Cup 1998, France

 
World Cup 2002, Korea Selatan & Jepun 

 
World Cup 2006, Jerman

 
World Cup 2010, Afrika Selatan 

kredit : cisdel.com

Valentino Rossi Cium Kaki Xavi


 Pelumba MotoGP dari pasukan Ducati, Valentino Rossi telah dilaporkan mencium kaki pemain Barcelona, Xavi. Ini berlaku ketika Xavi mengadakan tinjauan di lokasi  MotoGP di Montmello. Xavi berkesempatan melihat paddock pasukan Ducati dan menemui Rossi.

Rossi, yang meminati pemain Barcelona itu terus saja menghampiri Xavi dan mencium kakinya sebagai satu bentuk kekaguman dan penghormatannya kepada Xavi.

p/s : Hebat btul Xavi ni smpai org cium kaki die .

Tuesday, June 7, 2011

Safee Sali Bakal Tinggalkan Pelita Jaya?


Kedudukan Pelita Jaya dalam liga Indonesia masih lagi belum dibaiki. Kehadiran  Safee Sali tidak mampu melonjakkan kelab itu ke atas liga. Dan pengurusan kelab itu harus memberi perhatian yang seharusnya.

Tambahan pula, Safee Sali dalam dilema. Dia mengaku bimbang dengan kariernya di Indonesia. Sebabnya, krisis di dalam PSSI masih tidak selesai. Ini menyebabkan Indonesia bakal dikenakan hukuman oleh FIFA.

“Sejujurnya, saya berasa bimbang dengan masa depan saya di Indonesia di tengah masalah yang dihadapi PSSI. Tapi saya masih menunggu keputusan FIFA terhadap Indonesia sebelum membuat keputusan,” kata Safee. 

Safee bercadang akan meninggalkan Indonesia dan mencari kelab lain sekiranya Indonesia berdepan hukuman FIFA.

Friendly l Malaysia 0-1 Kemboja


Malaysia 0-1 Kemboja

Malaysia bermain agak buruk pada aksi persahabatan ini. Keadaan padang yang becak setelah hujan turun mencacatkan permainan sehingga menjadi agak buruk. Khairul Fahmi bolos seawal minit ke-9 setelah pemain Kemboja melepaskan rembatan leret. Diharapkan Ong Kim Swe dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Izuan Salahudin l Star In The Making l

Gambar Kredit - Shamil

Izuan Salahudin mungkin nama baru dalam bola sepak Kelantan. Tetapi kehadirannya dalam skuad senior Kelantan mampu memberi impak yang agak besar. Mana tidaknya, Izuan Salahudin telah menjaringkan gol pembukaan ketika Kelantan menewaskan Terengganu semalam.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra yang mesra di panggil “iwe solah” ini adalah pemain yang beraksi di posisi sayap kiri dan kanan berjersi 26 bersama skuad senior kelantan. Pertama kali di turunkan dalam skuad senior kelantan ialah ketika Kelantan membelasah Felda United 6 – 0 dan beliau juga menyumbangkan satu gol dalam perlawanan tersebut.Dato’ M Karathu sendiri menghamburkan pujian kepada pemain muda berusia 20 tahun ini dan menyifatkan Izuan Salahudin telah menunjukkan kematangan dalam permainan beliau.

Jika dua tahun dahulu, Wan Zaharul Nizam atau dikenali sebagai Kechik mencatat sejarah terus dipanggil menyertai skuad muda Kebangsaan selepas beraksi dengan pasukan senior, mungkin giliran Izuan pula menjadi pemain seterusnya. Izuan Salahudin merupakan nadi pasukan piala Presiden Kelantan sejak tahun 2010 setelah menampilkan aksi konsisten selain dapat melakukan jaringan ketika pasukan memerlukan.

Ketika ini, Izuan dan Mohd Farhan Yaacob telah diberi peluang oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu untuk berlatih serta beraksi didalam pasukan utama.
 
p/s : Kelate mempunyai ramai pemain-pemain berbakat

Monday, June 6, 2011

l Video l Gol Selangor 7-1 Perlis


Asrarudin Putra 4 gol
Rudie Ramli 1 gol
Fitri Shazwan Raduwan 1 gol
Amirulhadi Zainal 1 gol

l Video l Gol Kelantan 3-0 Terengganu


Gol oleh Izuan Salahudin


Gol oleh Norshahrul


Gol oleh Norshahrul




Wednesday, June 1, 2011

Alex Ferguson Mahukan Samir Nasri


Alex Ferguson sedang memerhati pemain perancang Arsenal ini dan berhasrat untuk membelinya pada musim panas ini. Hingga sekarang, Nasri belum memanjangkan kontraknya di Arsenal. Ini kerana Arsenal menolak keinginan Nasri untuk mendapatkan gajinya setaraf Fabregas. 

Ferguson mempunyai rancangan untuk menjadikan Nasri sebagai pengganti Paul Scholes yang telah bersara setelah tamat final Liga Champions baru-baru ini. Macam-macam Ferguson ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...