TV ONLINE

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Sasarkan Piala Asia 2015


Kejayaan skuad kebangsaan menjulang trofi Piala AFF Suzuki telah membuka mata semua pihak yang selama ini memandang enteng dengan kualiti sukan bola sepak di Malaysia. Jika selama ini kualiti bola sepak di negara ini sering dikritik serta dipersoalkan, skuad kebangsaan telah membuktikan kita juga mampu untuk bersaing dan berada sebaris dengan negara-negara lain dalam bola sepak.

Terbaru, pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal telah mensasarkan skuad Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun 2015 nanti. Beliau berkata,"Saya rasa inilah masanya untuk kita ke peringkat Asia". Pada awal tahun ini, Malaysia telah gagal untuk melepasi peringkat kumpulan setelah tewas 0-6 secar agregat kepada United Arab Emirates dan 2-6 kepada Uzbekistan.

Jurulatih, K Rajagobal telah bekerja keras untuk membentuk sebuah pasukan hebat seperti sekarang yang mana purata umur para pemain ialah 22 tahun. Bek tengah, Fadli Shas berumur 19 tahun manakala penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain pertahanan, Muslim Mohd, Mahali Jasuli dan Faizal Mohd, pemain tengah, Gurusamy dan penyerang, Izzaq Faris kesemuanya berumur 22 tahun. Ini bermakna, masa depan skuad negara masih cerah. Pada masa depan, Malaysia akan mempunyai para pemain yang sudah berpengalaman di pentas antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...