TV ONLINE

Wednesday, December 22, 2010

Alfred Riedl Mainkan Psikologi




Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl memuji skuad kebangsaan Malaysia yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan menentang Vietnam baru-baru ini. Alfred Riedl telah memulakan perang psikologi ke atas skuad Malaysia menjelang beberapa hari pertemuan perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini. Bagaimanapun, jurulatih K Rajagobal tidak makan pujian itu dan percaya jika pemain bermain seperti yang dirancang,kita boleh menjulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya.

K Rajagobal juga telah menerapkan elemen disiplin dan semangat yang tnggi dalam diri setiap pemainnya bagi mempastikan impian Malaysia tercapai. Malaysia, yang tewas 5-1 kepada Indonesia dalam perlawan peringkat kumpulan pastinya mahu menebus kekecewaan dan berhasrat membalas dendam.

"Tiga pemain ini (Khairul Fahmi Che Mat, Amar Rohidan dan Mahalli Jasuli) memang sukar ditembusi berdasarkan aksi mereka ketika menentang Vietnam pad kedua-dua aksi separuh akhir,"kata K Rajagobal .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...