TV ONLINE

Friday, December 31, 2010

Kualiti Bola Sepak Malaysia Semakin Laku ?

Malaysia. Dulu, dengar je nama Malaysia, mungkin ramai yang memperlekehkan kualiti dan prestasi bola sepak negara ini. Namun, kini semakin ramai yang mengagumi kualitinya. Dengan berbekalkan status juara baru Piala AFF Suzuki, nama-nama pemain seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha serta Safee Sali telah melonjak naik dan hangat diperkatakan malah dijadikan sebagai idola bagi sesetengah orang.





Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pom sekarang dah sokong jurulatih Malaysia, K Rajagobal. Siap tabik lagi dengan Rajagobal. Bukan selalu, jarang-jarang dapat dengar berita camni. Ronney plak sudah setuju dengan tawaran Rajagobal untuk bermain di Liga Malaysia. Nampaknya, Ronney dah yakin dengan kualiti bola sepak Malaysia. Van de Sar pom dah nak bersara hujung musim ni. Khairul Fahmi Che Mat je yang bleh ganti dia. Iye la. Benteng terakhir negara ni semakin mantap dan prestasinya semakin cemerlang. Peledak gol terbanyak di Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali pom ape kurangnya. Mourinho dan Alex Ferguson berebut-rebut nak ambil Safee jadi penyerang mereka. Ternyata sepakan mantap dan kencang Safee menarik minat mereka berdua. Penjaga gol Indonesia,Markus plak cemburu dengan kehenseman En. Apex kita. Fernando Torres pula telah menyatakan persetujuan untuk bermain bersama Kelantan. Prestasi cemerlang Kelantan kebelakangan ini membuatkannya teringin untuk beraksi di Kelantan.

p/s : Sekadar gurauan tahun baru semata-mata. Tapi, ada benarnya kualiti bola sepak di negara kita memang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Diharapkan FAM dapat melancarkan strategi demi meningkatkan lagi mutu bola sepak di negara kita .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...