TV ONLINE

Wednesday, February 9, 2011

Chelsea Makin Tertekan Untuk Bersaing- Katanya Drogba


Didier Drogba berkata pasukan kesayangannya ini agak tertekan dengan situasi sekarang ini. Masalah utama pasukan Chelsea ini adalah untuk menjaringkan gol. Strikers Chelsea agak buntu untuk jika didepan gawang tidak seperti musim lalu.

Chelsea gagal untuk menang dalam beberapa perlawanan sebelum ini menyebabkan peluang untuk mengejar Manchester United menjadi semakin sukar. Ya! Drogba sedang tertekan.

P/S: Diharapkan selepas ini Fernando Torres dapat melakukan sesuatu untuk membantu Chelsea.

Friday, February 4, 2011

Keputusan Final AFF Suzuki 2010 Telah Diatur?



Keputusan AFF Suzuki telah ditentukan ? Mungkin ada yang terkejut dengan berita ini. Tapi aku pun x pasti sama ada berita ini sahih atau tidak. Nak tahu lebih lanjut, tgok kat sini

Harimau Malaya Bakal Dapat Khidmat Brendan Gan

Brendan Gan [ baju biru ]

Bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tetapi dia dilahirkan dan dibesarkan di Sdyney, Australia. Berdasarkan peraturan FIFA, Brendan layak untuk mewakili Malaysia. Semasa AFF Suzuki berlangsung, Brendan sempat untuk menonton beberapa perlawanan Malaysia. Katanya, beliau tertarik dan kagum dengan corak dan taktikal permainan skuad Malaysia. 

Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, beliau amat teruja sekiranya FAM atau Rajagopal sudi untuk memanggil beliau mewakili negara ini kerana menurutnya lagi, beliau tidak sabar untuk mencurahkan bakti kepada negara tempat tanah tumpah darahnya ini.

Mungkin FAM  boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.

p/s : Harap-harap skuad Malaysia akan lebih mantap .

Thursday, February 3, 2011

Fakta Mengenai LA Liga 2010/2011

1. Penonton paling ramai: 98,000 – Barcelona vs Real Madrid.
2. Penonton paling sedikit: 6,000 – Getafe v Real Zaragoza
3. Purata setiap perlawanan: 28,876.
4. Jumlah keseluruhan penonton: 5,746,395
5. Kemenangan besar tuan rumah: Barcelona 5-0 Real Madrid, Real Madrid 6-1 Deportivo La Coruña, Barcelona 5-0 Sevilla FC, Barcelona 5-0 Real Sociedad, Real Madrid 6-1 Racing Santander.
6. Kekalah besar tuan rumah: Almeria 0-8 Barcelona
7. Kemenangan berturut-turut: Barcelona 14 perlawanan
8. Kekalahan berturut-turut: Sevilla FC, 11 perlawanan
9. Kemenangan dengan 1- 0: 73 perlawanan.
10. Kemenangan terbanyak: Barcelona 18 perlawanan
11. Kekalahan paling sikit: Barcelona, Real Madrid 1 perlawanan
12. Pasukan paling banyak kalah: Málaga 13 perlawanan
13. Pasukan paling sedikit seri: Barcelona , Espanyol, Real Sociedad
14. Jaringan paling banyak: Barcelona 64 gol
15. Jaringan paling sedikit: Deportivo La Coruña, Racing Santander 15 gol
16. Penjaring terbanyak: Ronaldo, Real Madrid 22 gol
17. Pemain paling banyak dikenakan kad: Alberto Botía , Sporting Gijon – 9 kad kuning 1 merah

Safee Sali Sah Ke Persib Bandung



Safee Sali sah ke Persib Bandung. Dia akan bertolak ke Persib Bandung pada 14/02/2011 nanti.. Betul ke Safee Sali nie ? Safee ditawarkan RM45000.00 sebulan serta elaun dan beberapa kemudahan di sana . Gile ah .

Barca vs Real Di Final Copa Del Rey


Kedua-dua gergasi Sepanyol ini berjaya melangkah ke final Copa Del Rey. Barca berjaya menundukkan Almeria 3-0 pada perlawanan timbal balik kedua dan mara ke final dengan bergaya agregat 8-0. Real Madrid menyusul dengan kemenangan agregat 3-0 ke atas Sevilla.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pastinya menjadi perhatian dalam perlawanan final nanti. Kedua-dua pemain terbaik dunia ini pastinya akan memberikan persembahan yang berkualiti bagi memastikan pasukan masing-masing menang. Nantikan final Copa Del Rey pada 24/04/2011 ini di Estadio Mestalla, Valencia.

Wednesday, February 2, 2011

Khairul Fahmi & Norshahrul Bakal Ke Liga-J


Khairul Fahmi

Norshahrul Idlan

Dua tonggak utama Malaysia dan Kelantan ini sedang dalam perancangan FAM untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab Jepun. Jika benar, skuad Kelantan akan kehilangan dua wiranya yang kini menjadi nadi untuk memburu kejuaraan seterusnya. Apa-apapun, tunggu kata-kata FAM nanti. 

p/s : sumber dari berita awani

Messi Didenda Gara-gara Ucap Selamat Ulang Tahun Ibunya

Lionel Messi

Gara-gara mengangkat jersinya untuk mendedahkan kata-kata selamat ulang tahun buat ibunya setelah menjaringkan gol, Lionel Messi telah dikenakan denda oleh jawatankuasa disiplin pertubuhan.

Messi didenda di bawah artikel 91.1 untuk sambutan gol, yang membawa denda sebanyak antara 2000 hingga 3000 euro dan memberinya kad kuning.

Nasri Berehat 3 Minggu



Samir Nasri telah dipapah meninggalkan padang hanya setelah bermain selama 31 minit. Nasri telah mengalami kecederaan hamstring. Ini menyebabkannya hampir pasti tidak diturunkan untuk perlawanan pusingan pertama kalah mati menentang Barcalona pada pertengahan Februari nanti.

Pengurusnya Wenger memberitahu: "Nampak seperti kecederaan hamstring yang serius dan biasanya ia memakan masa tiga minggu. Kami akan melihat keputusan imbasan dan jika ia tahap satu, ia boleh jadi dua minggu".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...