Thursday, February 3, 2011

Barca vs Real Di Final Copa Del Rey


Kedua-dua gergasi Sepanyol ini berjaya melangkah ke final Copa Del Rey. Barca berjaya menundukkan Almeria 3-0 pada perlawanan timbal balik kedua dan mara ke final dengan bergaya agregat 8-0. Real Madrid menyusul dengan kemenangan agregat 3-0 ke atas Sevilla.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pastinya menjadi perhatian dalam perlawanan final nanti. Kedua-dua pemain terbaik dunia ini pastinya akan memberikan persembahan yang berkualiti bagi memastikan pasukan masing-masing menang. Nantikan final Copa Del Rey pada 24/04/2011 ini di Estadio Mestalla, Valencia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...