TV ONLINE

Saturday, April 30, 2011

Real Madrid & Barcelona Tewas


Haha . Malang betul nasib kedua-dua gergasi LA Liga ni. Masing-masing kalah tipis kepada lawan. Real Madrid pulak sekali lagi kalah di gelanggang sendiri. Gol saguhati Barcelona dijaringkan oleh Thiago Alcantara pada minit ke-29. Barcelona hanya menggunakan keeper kedua mereka iaitu Pinto. Real Madrid pulak tewas setelah jaringan dari Ramos dan Benzema belum cukup untuk memastikan kemenangan buat mereka.

Kelantan Kembali Menerajui Liga


Kelantan menang dua kosong semalam ke atas Kuala Lumpur. 2 gol itu dijaringkan oleh Piya serta Chanturu. Kelantan berkongsi kedudukan dengan Selangor dengan 33 mata. Namun Kelantan mempunyai kelebihan jaringan selepas 16 perlawanan.

p/s : tahniah buat The Red Warriors

Kelantan Buru Kemenangan Malam Ini


Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu awal-awal lagi tidak mahu mendabik dada sebaliknya mendedahkan betapa kehadiran skuad warga kota itu mampu mengundang masalah sekiranya anak buahnya tidak memberi sepenuh perhatian dalam perlawanan malam ini. Beliau tetap optimis dan yakin skuad Kuala Lumpur itu mampu untuk membuat kejutan malam ini.


Berikut adalah petikan kata-kata dari Datuk M Karathu.

Mourinho Mahu Kekal Di Madrid


Perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara baru-baru ini adalah pertemuan keempat bagi Real Madrid & Barcelona untuk musim ini. Sebelum ini, mereka bertemu dua kali di Liga BBVA dan sekali di final Copa del Rey. Pada tiga pertemuan itu, Mourinho melihat pasukannya berakhir dengan sepuluh orang. Hal serupa kembali terjadi pada pertemuan keempat,iaitu ketika Pepe dikenakan kad merah setelah melakukan terjahan terhadap Dani Alves pada minit ke-60.

Mungkin kerana perasaan tidak puas hati, Mourinho mengaku dia ingin bertahan lebih lama di Real Madrid.

p/s : Lebih lanjut mengenai Jose Mourinho

KAFA Sedia Lepaskan Norshahrul


Penghijrahan Safee ke Indonesia boleh dianggap satu kejayaan apabila pasukan yang sebelum ini berada di tangga tercorot, kini melonjak ke tangga ke-10 selepas lapan perlawanan dengan bekas penyerang Selangor itu sendiri meledak lima gol.

Norshahrul menjadi tonggak utama Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini dan juara Piala Malaysia itu dilihat keberatan untuk melepaskan penyerangnya yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Kota Bharu. Namun jika Norshahrul bersungguh-sungguh mahu menyarung jersi kelab Indonesia pada musim akan datang, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan menjadi batu penghalang. 

Friday, April 29, 2011

Berbatov Mungkin Kembali Ke Tottenham

 

Menurut sumber Sunday Mirror, peluang bagi Dimitar Berbatov kembali kepada Tottenham terbuka. Kontraknya bersam United masih berbaki sehingga tahun depan. Namun, tiada lagi tanda-tanda kontrak baru akan dipersetujui.


Dimaklumkan Tottenham tidak akan mengeluarkan bidaan melebihi £8 juta untuk mendapatkan penyerang Bulgaria ini. Selain Berbatov, Tottenham juga sedang menilai Didier Drogba serta penyerang Napoli, Edinsin Cavani.

p/s : Berbatov kini masih banyak menghabiskan masa di bangku simpan United.

Liverpool & Chelsea Bakal Ke Bukit Jalil Julai Ini


Chelsea dan Liverpool akan bertandang ke Bukit Jalil pada Julai nanti. Kedatangan mereka adalah untuk memenuhi jadual Siri Jelajah Asia 2011. Skuad negara dijadualkan akan menentang Chelsea dan Liverpool Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.

Katanya lagi, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja. Ini adalah kali pertama Liverpool datang ke Malaysia dan kali ke-3 untuk pasukan Chelsea. 

p/s : selamat berjaya buat skuad negara. Harimau Malaya

El Clasicco Sampah


Pengurus Totenham, Harry Redknapp mengecam perlawanan antara Barcelona dan Real Madrid dan menyatakan perlawanan itu seperti sampah.

"Perlawanan cantik tiba-tiba saja berubah menjadi perlawanan yang buruk dengan aksi yang kotor seperti yang kita saksikan di Madrid."

Perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara antara Barcelona dengan Real Madrid telah dikotori dengan beberapa insiden yang memalukan.Ramai pemain yang berpura-pura dan tidak dapat mengawal diri masing-masing.

p/s : Terkini dalam Liga Juara-juara .

Thursday, April 28, 2011

Zenit St Petersburg Ambil Arshavin


Kelab terdahulu Arshavin, Zenit St Petersburg berminat bagi menandatangani kembali Andrey Arshavin sekiranya striker itu mahu meninggalkan Arsenal. Pemain Rusia ini bergelut dengan prestasi musim ini, selepas sebelumnya berkesan sejak tiba di kelab pada 2009 dengan harga £15 juta. 

Pengarah sukan Zenit, Igor Korneev berkata, "pintu kami sentiasa terbuka untuk Andrey." Itu memberi gambaran bahawa mereka gembira jika Arshavin kembali ke Rusia.

Sumber : bharian

Wednesday, April 27, 2011

Manuel Neuer Terbaik


"Dia luar biasa. Itu adalah salah satu penampilan terbaik yang pernah saya saksikan dalam perlawanan menentang Manchester United," kata Sir Alex menyanjung penampilan Neuer. 

Itulah kata-kata pujian dari Alex Ferguson kepada penjaga gol Schalke, Manuel Neuer. Dalam perlawanan di Gelsenkirchen itu, Neuer telah berjaya menyelamatkan beberapa cubaan dari pemain United. Schalke pasti kalah lebih teruk lagi jika Neuer tiada. Manuel Neuer telah mempamerkan aksi menyelamat menarik dan dinobatkan pemain terbaik perlawanan.

p/s: untuk kenal Manuel Neuer lebih lanjut, klik sini

Review Barcelona vs Real Madrid








 




Barcelona menang 2-0 ke atas Real Madrid. 2 gol dijaringkan oleh Messi pad minit ke-76 & minit ke-87. Perlawanan timbal balik kedua pada minggu hadapan di Nou Camp. tekan sini untuk lebih lanjut

Liga juara-juara : Barcelona vs Real Madrid

Mourinho bersama anak didiknya

Gerard Pique telah memberitahu Real Madrid bahawa kemenangan Copa Del Rey mereka tidak mengisyaratkan peralihan kuasa di Sepanyol. Kedua-dua gergasi La Liga itu bertemu buat kali ketiga dalam tempoh 11 hari di leg pertama semi final Liga Juara-juara di The Bernabeu. 
Pertemuan pertama mereka di liga berakhir dengan 1-1 tetapi Real menewaskan Barcelona 1-0 dalam final piala pada Rabu lalu. Barca kini lapan mata mendahului Madrid di puncak La Liga dan di laluan untuk memenangi gelaran kali ketiga berturut-turut. 
Bekas bek Manchester United berusia 24 tahun, Pique, berasa bahawa gergasi Catalan masih kuasa dominan Sepanyol. Dia berkata, "Tewas di final sememangnya sukar kerana anda tahu ramai yang akan bersedih dengannya." 

Messi semestinya menjadi harapan Barca 
untuk merobek gawang Madrid


p/s : perlawanan tumpuan dan dijangka menarik. Tgok live kt sini

£40 Juta Untuk Bale


Chelsea bersedia untuk menyediakan sebanyak £40 juta untuk membawa Gareth Bale keluar dari Totenham. Chelsea juga semakin yakin untuk membawa keluar pemain ini seandainya mereka menewaskan Totenham Sabtu ini. Kekalahan untuk Tottenham akan menjejaskan sama sekali peluang tipis mereka untuk layak ke Liga Juara-juara musim hadapan.

Namun pemain berusia 21 tahun itu yang telah dipilih sebagai PFA Pemain Terbaik Tahun Ini, tidak menyembunyikan hasratnya untuk terus bermain di kejohanan elit kelab Eropah selepas menyerlah di Liga Juara-juara musim ini.

p/s : x abih2 lagi Chelsea. Ari tu Torres, ni Bale plak . terkini

Friday, April 1, 2011

Kelantan Benam Harimau



Perlawanan semalam antara Kelantan dan Harimau Muda A- merupakan antara perlawanan berkualiti pernah disaksikan dalam sejarah bolasepak negara. Kepantasan pemain-pemain Kelantan seperti Azwan Roya yang seperti lipas kudung begitu juga dengan Chanturu nyata memukau. Kepantasan ini juga tampak berjaya disaingi Harimau Muda yang membuat persiapan ke Olimpik sebelum menentang pasukan penuh misteri Lubnan.

Walaupun kejayaan memihak kepada kelantan 2-1, kekalahan ini menunjukkan Harimau Muda belum cukup bertaring untuk bertemu Lubnan. Pemain muda sepatutnya lebih laju dan bertenaga. Sebaliknya Kelantan seperti meguasai perlawanan. Namun pada separuh masa kedua Harimau muda tampak sedikit bertenaga dan menguasai bola. Pemain Harimau muda yang tegap lagi kacak iaitu Mahali harus diberi pujian dengan gaya permainan World Class nya mungkin hasil didikan di Slovakiaa.

Well done.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...