TV ONLINE

Tuesday, December 27, 2011

Arsenal 1 - 1 Wolves

Gervinho score

Gol Steven Fletcher

Nenad Milijas kena red card

Hari ni bukan hari Van Persie. 
Ceh, baru nk pecahkn rekod

Papepun, keeper dia, Hennessey power malam ni.
Banyak saves .

p/s : Rugi lah Arsenal seri. Kalau x, boleh dah potong Chelsea dalam league table

Thursday, December 22, 2011

Fakta Menarik EPL 2011/2012


Jaringan hatrik Lampard menentang Bolton baru-baru ni menjadikan Lampark pemain tengah
 yang paling banyak mnjaringkan gol. Lampark juga satu-satunya pemain tengah yang 
telah mghasilkan hatrik sebanyak 3 kali .


Javier Hernandez merupakan pemain yang paling banyak melakukan offside 
di mana beliau telah offside sebanyak 14 kali dalam musim ini.


Lucas Leiva adalah pemain yang paling banyak melakukan 
terjahan musim ini iaitu sebanyak 48 kali


QPR adalah pasukan yang paling banyak dikasari dan mereka
 telah mendapat 100 kali sepakan percuma musim ini.


Pendatang baru EPL, Swansea merupakan pasukan paling sukar ditembusi di tempat sendiri di mana 
mereka hanya bolos sekali sahaja setakat ini. Keeper dia, Vorm , mantapp woohh !


Arsenal telah menjaringkan gol sendiri lebih dari mana-mana pasukan dalam musim ni. 
Song, Koscielny dan Ramsey adalah antara penyumbangnya.


Kapten Norwich, Holt adalah pemain yang paling banyak 
melakukan kekasaran setakat ini


Arsenal merupakan pasukan yang paling ramai pemainnya dibuang padang setakat 
ini iaitu Gervinho, Frimpong dan Jenkinson.


Wednesday, December 21, 2011

Wenger Nak Beli Wayne Bridge

Wayne Bridge


Mamat ni jadi sasaran utama Wenger untuk mengatasi masalah pada posisi bek kiri. Ye lah kan. Sebab Gibbs injured.

Bridge telah diberitahu beliau boleh meninggalkan  Manchester City bila-bila masa saja beliau mahu dan mungkin akan kembali ke London secara pinjaman selepas tujuh bulan menyempurnakan pinjaman enam bulan bersama West Ham. Musim ini, Bridge hanya sekali turun bermain, untuk perlawanan Piala Carling menentang  Birmingham pada September lalu.

p/s : Setuju x ?

Tuesday, December 20, 2011

Bukti City Hanya Menang Nasib

Mamat dua orang memang power. Xleh dinafikan

Persie, sorang lagi mamat yg ada powerful finishing. Terbaekk


Jaringan cantik Persie dinafikan pengadil kerana offside. Ape cerr ? haha. Tapi nk buat camne kan. Barang yang dah lepas, lepas lah.. Mungkin xde luck je. Kalau x, seri je ngan City.

Buktinya : -

Sah-sah Persie x offside

Kalu tgok lebih lanjut, klik sini untuk video.


Monday, December 19, 2011

Fakta Menarik Mengenai Harimau Malaya



Jom layan beberapa fakta menarik mengenai pasukan Malaysia. :)

Gelaran – Harimau Malaya
Penampilan terbanyak – Soh Chin Aun (252)
Gol terbanyak – Mokhtar Dahari (152)
Stadium asal – Stadium Merdeka
Stadium sekarang – Stadium Nasional Bukit Jalil
Ranking terbaik – 75 (Ogos 1993)
Ranking terburuk – 170 (April 2008)
Kemenangan terbesar – Malaysia vs Filipina (15-1) 1962
Kekalahan terbesar – Malaysia vs New Zealand (2-8) 1967
Keputusan terbaik perlawana persahabatan:
Malaysia 1 – 1 England (1970)
Malaysia 2 – 0 Arsenal (1970)
Malaysia 2 – 3 Manchester United (2009)
Malaysia 1 – 0 Korea Selatan (2010)
Kejayaan paling manis pasukan Malaysia ialah ketika layak untuk beraksi di sukan olimpik (1980) di Munich tetapi memboikot atas tindakan pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan
ps/ : dulu, Malaysia power tau :)

Sunday, December 18, 2011

Manchester United Mungkin Dapat Main Kembali Liga Juara-juara

'Ferguson setelah dikecewakan Basel'

Manchester United MUNGKIN dapat kembali ke aksi Liga Juara-juara Eropah !!.

FIFA akan menggantung FA Switzerland — dan kesemua kelabnya  — melainkan persatuan tersebut menghukum FC Sion kerana menurunkan pemain yang tidak layak. Jika FA Swiss tidak melakukannya, Basel yang menjinakkan United, akan disingkirkan dari Liga Juara-juara.

Dan ia akan membuka jalan kemungkinan kejutan untuk anak buah Alex Ferguson kembali bersaing di kejohanan.

p/s : Suka lah Alex Ferguson. haha.  Lagi berita di sini

Saturday, December 17, 2011

Arsenal Dapat Bayangan Dari Podolski

Lukas Podolski

Penyerang Jerman Lukas Podolski telah memberikan petunjuk besar bahawa beliau telah bersedia untuk menyertai Arsenal selepas mengakui  perpindahan ke luar negara satu kemungkinan apabila meninggalkan Cologne kelak.

Bos Gunners Arsene Wenger telah pun mendedahkan beliau mencari penyerang baru dan Podolski semakin memarakkan spekulasi denagn mengatakan kesediaannya menyertai kelab utara London tersebut seperti komen terbarunya.

‘Kalau saya tinggalkan Cologne, menyertai kelab luar menarik perhatian saya. Apabila saya melihat pertanyaan yang ada mengenai saya, saya mencari jika ada kelab yang bermain di tahap antarabangsa atau di Liga Juara-juara.’

Schalke 04 baru-baru ini memberitahu cukup berminat dengan Podolski, tapi Arsenal kini di kedudukan selesa untuk memiliki pemain berusia 26 tahun itu yang telah pun menjaringkan 14 gol musim ini.

Sumber : Wisel

Friday, December 16, 2011

Chelsea Mahu Dapatkan Higuain




Chelsea menyediakan tawaran £30 juta untuk penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain, menurut satu laporan.
Walaupun masih belum membuat sebarang pertanyaan rasmi dengan kelab gergasi Sepanyol itu, laporan itu mendakwa the Blues telah memastikan hasrat mereka diketahui dan akan mengorak langkah seterusnya semasa jendela perpindahan Januari.Pengurus baru Andre Villas-Boas tidak melihat pulangan yang berbaloi dari Fernando Torres, penyerang yang dibeli dengan harga £50 juta untuk pengurus terdahulu, Carlo Ancelotti, dan membenarkan Nicolas Anelka meninggalkan Chelsea bulan hadapan.

Higuain dikatakan tidak berapa gembira di the Bernabeu, di mana beliau bermain sebagai pilihan kedua di belakang Karim Benzema di bawah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

p/s : Torres dah nk kena jual dah..hehe .


Sumber : Wisel

[Video] David Villa Patah Kaki Slow Motion Version

' Sakit doe '

David Villa

Kaki David Villa patah setelah diasak oleh dua orang pemain Al-Sadd. Jika serius, agak-gak dalam 6 bulan untuk Villa pulih sepenuh nya.


p/s : 6 bulan ? Lame tue 

Thursday, December 15, 2011

Inter Mahukan Pemain Muda United



Paul Pogba. Umur baru 18 tahun. Satu lagi produk muda dari Manchester United. Beliau  bersedia menolak Sir Alex Ferguson dan membuka rundingan kontrak dengan gergasi Itali, Inter Milan. 


Pemain remaja Perancis, yang dilihat sebagai antara bakat menyinar di bawah Fergie, tamat kontrak pada musim panas, bermakna dia boleh mempersetujui terma dengan kelab di luar England seawal Hari Tahun Baru.  Fergie berharap Pogba akan kekal di Old Trafford, yang mana dia telah beberapa kali meraih peluang skuad utama dan mengambil kesempatan bagi ketiadaan Darren Fletcher dan Anderson pada babak kedua kempen.



Wenger Sedia Dapatkan Benzema



Arsene Wenger meletakkan Benzema pada kududukan tertinggi di sebalik kebimbangan tentang masa depan Robin van Persie. Real Madrid telah dikaitkan dengan sambaran musim panas untuk Van Persie dan pemain Belanda itu boleh digunakan dalam urus niaga pertukaran.


Karim Benzema telah menjaringkan 14 gol dalam 23 penampilan musim ini.


p/s : Berbaloi ke mamat ni untuk Arsenal ?

Tuesday, December 13, 2011

Mancini Terpaksa Keluarkan 20 Pemain

' kau, keluar! '

City merancang perjualan besar pemain ketika kelab itu mahu mengurangkan kos gaji bagi mematuhi peraturan kewangan baru UEFA. City mempunyai sejumlah 63 pemain dalam kelab mereka buat masa ini dan berharap untuk mengurangkan jumlah itu ke sekitar 40 orang sewaktu dua jendela perpindahan akan datang. 


Keutamaan buat Roberto Mancini dan pasukannya ialah untuk mengeluarkan pemain bergaji besar yang tidak lagi bermain secara kerap untuk pasukan utama selain pemain muda yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.


p/s : xlama lgi, miskin la City. hoho

Senarai Pasukan Piala FA 2012

(Bahagian A)

Terengganu vs PDRM
Perak vs ATM
UiTM vs Lions XII
Betaria FC vs Melaka
Pos Msia vs USM
Sime Darby vs Sabah
NS vs Johor FC
Shahzan Muda vs Selangor

(Bahagian B)


Kelantan vs Sarawak
KL vs MP Muar
Harimau Muda B vs P.Pinang
KL SPA vs MBJB
Kedah vs Selangor PKNS
Perlis vs PPSDM
Johor vs T-Team
Felda United vs Pahang

Juara daripada bahagian A akan bertemu dengan juara bahagian B 
bagi penentuan perlawanan akhir Piala FA 2012
sumber : kelate fc

Manchester City Tidak Lagi Kebal

Super Frank, Penalti

Jaringan Frank Lampard menerusi sepakan penalti memberi kemenangan kepada Chelsea 2-1,sekaligus memadamkan rekod tanpa kalah Manchester City. Chelsea dihadiahkan penalti setelah Lescott tertampan bola rembatan Sturridge.

Nasib City bertambah malang setelah Clichy dihalau keluar setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-58.


semangat nie..

p/s : igtkan kebal sangat City nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...