TV ONLINE

Friday, May 18, 2012

Piala FA 2012 : Kelantan The Red Warriors Road To Final

Malam ini bakal terjawab milik siapa trofi ini


Kelantan TRW vs Sime Darby
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45
Live TV1 & Astro Arena

Ikuti perjalanan serta perlawanan pasukan Kelantan dalam saingan Piala FA 2012

Pusingan Pertama : Kelantan 2-1 Sarawak

# Norfarhan muncul penyelamat Kelantan apabila meledakkan 
gol kemenangan pada masa tambahan




Pusingan Kedua : Kelantan 3-2 Kuala Lumpur




Suku Akhir Pertama : Kelantan 3-0 KL SPA




Suku Akhir Kedua : Kelantan 2-0 KL SPA




Separuh Akhir Pertama : Kelantan 1-1 Kedah




Separuh Akhir Kedua : Kelantan 2-2 Kedah



Mungkin dari segi prestasi semasa, Kelantan dilihat sebagai calon untuk menjulang Piala FA 2012. Namun, ancaman Sime Darby juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran pemain import, Patrick Ronaldinho. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing2 dan pasukan yang beraksi lebih baik dan kurang melakukan kesilapan akan bergelar juara.

kredit to kelatebola

Saturday, May 12, 2012

Preview Manchester City vs QPR


Pada pertemuan pertama antara kedua pasukan pada musim ini, Manchester City berhasil memperoleh  kemenangan 3-2 atas QPR dari gol dari Dzeko, Silva, dan Toure, manakala gol QPR pula disumbang oleh Bothroyd dan Helguson.

Sedikit fakta mengenai kedua-dua pasukan ini:

* Kemenangan terakhir QPR atas Manchester City adalah pada tahun 2000 di Championship. Pada pertandingan tersebut, QPR menang 3-1.

* Pada pertandingan Liga Inggeris terakhir, Manchester City berhasil meraih kemenangan 2-0 atas Newcastle  denga dua gol dari Yaya Toure.

* Kemenangan tersebut membuat Manchester City tetap kukuh di puncak liga dengan 86 mata, hanya berbeza gol dari United yang berada di tempat kedua.

*Ini membuat Manchester City untuk wajib menang pada perlawanan ini untuk memastikan gelaran Liga Inggeris pada musim ini.


* Aguero berada di tempat ke 3 top scorer Liga Inggeris dengan 22 gol.

* Manchester City tidak pernah kalah di Etihad Stadium dengan 17 kemenangan dan 1 hasil seri dalam 18 perlawanan di tempat sendiri pada musim ini.

* Sementara itu, QPR juga berjaya meraih kemenangan 1-0 atas Stoke City. Gol QPR pada perlawanan tersebut jaringan oleh Djibril Cisse.

* Kemenangan tersebut membuat QPR kini menghuni tangga ke 17 liga dengan 37 mata dari  37 perlawanan yang telah mereka lalui.

* Dalam 8 pertandingan Liga Inggeris terakhir, QPR berjaya meraih 4 kemenangan dan 4 kekalahan.




5 Perlawanan Terakhir Manchester City

Newcastle 0-2 Manchester City
Manchester City 1-0 Manchester United 
Wolves 0-2 Manchester City 
 Norwich 1-6 Manchester City 
Manchester City 4-0 West Bromwich 

5 Perlawanan Terakhir QPR

 QPR 1-0 Stoke  
Chelsea 6-1 QPR 
 QPR 1-0 Tottenham 
 West Bromwich 1-0 QPR 
QPR 3-0 Swansea 

Monday, May 7, 2012

Jika Menang Champions League & UERO 2012, Arjen Robben Akan Bersara


Pemain sayap Bayern Munchen, Arjen Robben mengatakan bahawa dia berjanji akan menggantung but jika menang Liga Champions dan Euro 2012.

Dia mengatakan bahawa tujuan utama bersama kelabnya sekarang adalah untuk meraih trofi paling elit di Eropah itu.

Pemain Belanda itu berkata bahawa gelaran juara Eropah adalah hadiah terbesar bagi sebuah kelab, namun dia mengaku sedang fokus pada pertandingan melawan juara Bundesliga, Borussia Dortmund dalam pertandingan final DFB-Pokal.


“Apakah saya sedang fokus pada final Liga Champions? Tidak. Pertandingan itu adalah target terbesar kami, namun pertama kami akan menghadapi pertandingan final menghadapi Dortmund. Dan pada pertandingan itu, kami akan memberikan segalanya,” katanya.

“Namun sejujurnya, gelaran juara Champions League adalah tujuan terbesar bagi pasukan kami, untuk saya, kelab dan semuanya. Jika seseorang menawarkan kami untuk memenangkan Liga Champions, tapi tidak final Pokal, saya akan segera mengambilnya.”

“Dua tahun yang lalu saya berjanji pada isteri dan ibu saya bahawa jika saya menang Champions League dan Euro 2012, saya akan berhenti bermain bola sepak.”

[ Video ] Penyokong FC Koln Baling Bom Asap, Bakar Stadium


Kecewa, marah. Mungkin ini sebab dan punca mereka melakukan ini. Setelah kalah 1-4 di tempat sendiri, FC Koln rasminya akan turun dari liga utama Jerman ke liga kedua negara itu, iaitu Bunderliga 2.

Dan, mungkin ini hadiah perpisahan Lukas Podolski dari peminat nya . :D







Lukas Podolski, FC Koln -----> Arsenal

Saturday, May 5, 2012

Van Persie : Selamanya Saya Tetap ' The Gunners '


Striker Arsenal, Robin Van Persie menyatakan bahawa dirinya adalah seorang ‘The Gunner’ sejati walaupun isu mengenai kontraknya dengan Arsenal masih belum jelas sedangkan musim ini sudah mahu berakhir.

Pemain Belanda ini mengutarakan hal tersebut setelah dirinya menerima penghargaan ‘Player Of The Year’. Van Persie mendapatkan gelaran tersebut setelah penampilan gemilangnya musim ini bersama Arsenal,dia berhasil menjaringkan 27 gol untuk Arsenal musim ini dalam saingan Liga Inggris. Van Persie juga menceritakan bagaimana awalnya ia berpindah ke Arsenal, dia mengatakan jika dirinya pertama kali menandatangani kontrak bersama Arsenal 8 tahun lalu.

“Hati saya selalu milik Arsenal. Apapun yang terjadi dengan saya di akhir musim nanti, saya tetaplah seorang ‘The Gunner’.” , bicara pemain yang memiliki tendangan kaki kiri yang menakjubkan ini.



Dalam kesempatan ini juga Persie tidak lupa untuk memberikan pujian bagi bekas kapten Arsenal seperti Vieira, Henry, Tony Adams dan yang terakhir adalah Cecs Fabregas. Persie menyebutkan bahawa mereka semua merupakan kapten yang sangat luar biasa.

Persie juga mengungkapkan kegembiraannya kerana berhasil memenangkan penghargaan “Player of the Year”.

“Sangat membanggakan untuk saya berada di sini sekarang, saya berada di kelompok para pemenang dan saya sama sekali tidak pernah berfikir untuk berada di sini dan memenangkan trofi ini.” ujar Persie mengenai penghargaan yang telah dia dapatkan (Player of the Year).

“Saya sedikit terkejut ketika nama saya disebut dan akhirnya memenangkan trofi ini. Saya sangat gembira menjadi sebagian dari sejarah Liga Inggris.” ujar Van Persie.

Friday, May 4, 2012

Tamat Dengan Umbro, City Jalinkan Kerjasama Dengan Nike



Setelah bekerjasama dengan Umbro pada tahun 2009 dan berakhir pada tahun 2012/13, Manchester City mengadakan pula kerjasama dengan salah satu perusahaan alat olahraga terbesar di dunia, iaitu Nike . Oleh kerana itu semua produk yang ada di Manchester City termasuklah baju training, jersi dan peralatan lain akan diganti oleh produk dari Nike. Kontrak ini akan berakhir pada tahun 2019.

“Kami sangat gembira mendapatkan kesempatan menjalin kerjasama dengan Manchester City, yang sudah sebelumnya menjalin kerjasama dengan Umbro. Manchester City melakukan keputusan tepat yang sesuai dengan moto dari brand kami iaitu “The World of Football”, kata President Nike, Charlie Denson.

Nike memiliki reputasi yang baik di dunia dan memiliki jaringan kerja global yang baik serta mendapatkan banyak penghargaan dalam kemampuannya memasaran produk-produknya. Langkah ini sangat penting untuk evolusi kem Manchester City untuk lebih kukuh dalam faktor pemasaran dan kewangan.

Thursday, May 3, 2012

Keeper Harimau Muda, Izham Tarmizi Akui Sokong, Undi Adira di Mania

gambar dan artikel kredit to murai.com

Sungguhpun sebelum ini penjaga gol pasukan Harimau Muda A, Izham Tarmizi pernah menafikan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Adira, namun ia tidak menghalang bagi jejaka manis ini untuk menyokong pelantun lagu Illusi di galaksi Mania. Malah, Izham yang senang disapa dengan panggilan Miji tidak berselindung masih lagi berkawan baik dengan Adira.

Lebih berani lagi, Izham mengakui sering menyokong Adira dengan menghantar undian.Pun begitu, Izham merahsiakan jumlah wang yang digunakan untuk mengundi Adira, sebaliknya, menyifatkan pelaburan itu berbaloi dengan perhubungan kawan baik.

"Apa guna berkawan kalau saya tidak menyokong rakan sendiri. Saya dengan Adira masih lagi berkawan, sebab itulah saya sering menyokong dia dari belakang walaupun kami tidak berkesempatan untuk berjumpa.

"Adira sibuk dengan Mania manakala saya sibuk berulang alik ke Singapura untuk menempuh perlawanan yang telah ditetapkan.

"Apapun, setiap minggu, saya akan mengundi Adira," katanya.

Dalam pada itu, Izham mengakui kagum dengan pencapaian Adira yang semakin bagus dalam Mania.

"Saya jarang sekali untuk melihat Mania secara langsung.

"Walaupun saya selalu melihat siaran ulangan saja, saya bangga dengan Adira yang semakin matang dalam membuat persembahan.

"Jadi, tidak hairanlah Adira layak kekal di pentas Mania. InsyaAllah, jika ada masa dan tidak bertindan jadual perlawanan nanti, saya akan datang untuk melihat persembahannya secara langsung.

"Corak nyanyian Adira sejak dari awal saya mengenalinya dengan sekarang jauh sudah berbeza.

"Mungkin, inilah kesan yang diperoleh Adira selepas mendapat didikan dari produser Audi Mok," jelasnya yang bakal berangkat ke Slovakia selama sebulan pada 17 Mei depan.

Ditanya sama ada dia mahu beraksi di pentas sebagai model udangan sewaktu persembahan Adira, Izham hanya mampu tersenyum tanpa sebarang jawapan.

Wonderkid Jerman, Mario Gotze Mahu Balas Kepercayaan Joachim Leow


Mario Gotze mahu membalas kembali kepercayaan jurulatih Jerman, Joachim Low dengan memainkan peranan besar untuk skuad kebangsaan pada Euro 2012.
 
Jurulatih itu baru-baru ini menyatakan dia percaya pemain Dortmund tersebut boleh menjadi lebih daripada sekadar pengganti pada aksi musim panas ini, dan striker itu juga telah menyatakan hasrat mahubangkit dan membuat perbezaan.
 
"Sudah tentu, ia mendorong saya menjadi hebat apabila jurulatih itu meluahkannya. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membayar balik kepercayaan dengan prestasi," Gotze memberitahu Bild.
 
Gotze, 19, menghabiskan masa selama empat bulan diketepikan akibatdua kecederaan musim ini, namun kembali ke kesebelasan utama BVB pada hujung minggu, menyumbang satu gol dalam kemenangan 5-2 ke atas Kaiserslautern. Matlamatnya kini adalah untuk kembali cergas sepenuhnya dan bersaing di Poland dan Ukraine musim panas ini.
 
"Hal yang paling penting adalah kembali mendapat rentak. Oleh itu, perkara yang paling penting adalah bekerja keras dari segi penyudah dan kawalan bola," kata Gotze.

Shinji Kagawa Kini Boleh Dijual, Menarik Minat Manchester United


Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke telah mendedahkan Shinji Kagawa mungkin dijual jika harganya sesuai, selepas mengakui yang midfielder itu 'kini boleh dijual'.

Pemain berusia 23 tahun itu membantu pasukannya ke satu lagi kejayaan Bundesliga untuk kempen 2011-12, namun dilihat waktunya di Jerman bakal berakhir dengan dia dilaporkan mensasarkan perpindahan ke Manchester United, sementara Michael Zorc berkata Ahad lalu yang Kagawa enggan manandatangani lanjutan kontrak.

Kini, Watzke mendakwa yang pasukannya bersedia untuk menjual pemain itu, sekiranya syarat penjualan sesuai dengan kelab.

"Dia kini boleh dijual," kata Watzke.

"Jika sesiapa berminat, mereka boleh beritahu pemain itu atau kami."

Agen Kagawa, Thomas Kroth menambah: "Ia bukan tentang wang. Pemain itu ada pelan dalam kariernya dan beberapa sasaran. Itulah hal yang sebenarnya."

p/s : apa lagi Frerguson,? Sambar terus :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...