TV ONLINE

Monday, May 7, 2012

Jika Menang Champions League & UERO 2012, Arjen Robben Akan Bersara


Pemain sayap Bayern Munchen, Arjen Robben mengatakan bahawa dia berjanji akan menggantung but jika menang Liga Champions dan Euro 2012.

Dia mengatakan bahawa tujuan utama bersama kelabnya sekarang adalah untuk meraih trofi paling elit di Eropah itu.

Pemain Belanda itu berkata bahawa gelaran juara Eropah adalah hadiah terbesar bagi sebuah kelab, namun dia mengaku sedang fokus pada pertandingan melawan juara Bundesliga, Borussia Dortmund dalam pertandingan final DFB-Pokal.


“Apakah saya sedang fokus pada final Liga Champions? Tidak. Pertandingan itu adalah target terbesar kami, namun pertama kami akan menghadapi pertandingan final menghadapi Dortmund. Dan pada pertandingan itu, kami akan memberikan segalanya,” katanya.

“Namun sejujurnya, gelaran juara Champions League adalah tujuan terbesar bagi pasukan kami, untuk saya, kelab dan semuanya. Jika seseorang menawarkan kami untuk memenangkan Liga Champions, tapi tidak final Pokal, saya akan segera mengambilnya.”

“Dua tahun yang lalu saya berjanji pada isteri dan ibu saya bahawa jika saya menang Champions League dan Euro 2012, saya akan berhenti bermain bola sepak.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...