TV ONLINE

Thursday, April 26, 2012

Gambar Bayern Munich Meraikan Kejayaan Ke Final UEFA Champions League



Setelah berjaya singkirkan Real Madrdi, mereka telah diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel mewah di bandar raya Madrid.

 Hero, Neuer

 Bastien ape ntah nama dia. Susah kot nk sebut

 Abang Botak

Muller yg x berapa nk menyerlah semalam

 Boateng [ tengah ]

 Badstuber dan Robben

Hero-hero Bayern


Peminat-peminat Real Madrid jangan nk jeles ok haha

Wednesday, April 25, 2012

Mourinho Rancang Mahu Kekal Di Real Madrid Empat Atau Lima Tahun Lagi



Jurulatih Real Madrid Jose Mourinho telah menepis segala cakap-cakap yang mengatakan bahawa dia akan kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menegaskan bahawa dia merancang untuk tetap di kelab ini pada musim depan.

Chelsea dan Manchester City kedua-duanya dilaporkan berminat untuk membawanya kembali ke Inggeris, namun untuk waktu ini Mourinho hanya ingin memikirkan kejayaan jangka panjangnya di Bernabeu.



“Masa depan saya tidaklah penting, namun saya fikir saya akan ada di sini pada musim depan,” ujarnya.

“Saya mendapatkan kontrak dan waktu kami di akhir musim, saya akan ada masa untuk berbincang dengan para pemain dan pengerusi dan kami akan menentukan apa yang terbaik untuk saya, kelab dan pasukan.”

“Akan lebih baik jika saya terus kekal di sini dalam empat atau lima tahun lagi.”


Rumours - Jersi Baru Real Madrid Dengan Penaja Baru Musim Depan

kredit to sundul.com

Kelab gergasi Liga Spanyol, Real Madrid dikhabarkan sedang mengusahakan satu kerjasama besar dengan perusahaan penerbangan asal Dubai, Emirates. Dikhabarkan bahawa Real Madrid sedang berbincang dengan pihak Emirates yang ingin menjadi penaja jersi mereka, sekaligus menggantikan penaja yang sekarang,iaitu bwin.

Real Madrid dijangka akan membuat kerjasama dengan Emirates dengan nilai kontrak sebesar 22 juta Euro untuk jangka masa selama 5 tahun. kerjasama ini masih boleh bertambah nilainya kerana nanti disetiap musim, Real Madrid dijanjikan akan menerima 3 juta Euro lagi sebagai pembahagian keuntungan.

Kerjasama ini memang belum diumumkan secara rasmi baik oleh pihak Real Madrid mahupun pihak Emirates, namun dijangka kerjasama ini akan segera terlaksana dan akan dimulakan pada bulan Julai 2013 nanti.

Kesimpulan yang dapat diambil adalah jika kontrak ini berjaya, maka Real Madrid akan menjadi antara 3  kelab besar yang memiliki kontrak jersi termahal di dunia. Mereka hanya berada dibawah Barcelona yang memiliki kontrak bernilai 30 juta Euro selama 5 tahun bersama Qatar Foundation serta Manchester United yang memiliki kerjasam dengan Aon yang dilaporkan memiliki nilai kontrak 24 juta Euro selama 4 tahun.


Tuesday, April 24, 2012

Preview Barcelona vs Chelsea Second Leg Semi Final UEFA Champions League 2011/2012


Seperti sedia maklum, Barcelona telah tewas 0-1 kepada Chelsea pada pertemuan pertama separuh akhir Champions League. Pada perlawanan malam ni, ramai yang meramalkan bahawa Barcelona akan bangkit, dan ada juga yang berpendapat bahawa Chelsea akan mempertahankan kelebihan gol mereka.


Sedikit fakta berkaitan perlawanan ini : 


Barcelona belum pernah kalah di  Nou Camp dalam perlawanan menentang Chelsea. Rekod Barcelona melawan Chelsea adalah menang dua kali dan seri tiga kali di Nou Camp


Rekod Chelsea menentang pasukan-pasukan Sepanyol adalah menang 14 kali, seri 10 kali, dan kalah enam kali. Di Sepanyol, Chelsea menang tiga kali, seri lima kali, dan kalah lima kali.


Sejak kalah kepada Rubin Kazan bulan Oktober 2009 lalu, Barcelona belum pernah lagi kalah di tempat sendiri dalam Liga Champions sehingga kini. Barcelona bahkan mampu mengumpul 18 gol dari lima perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam Champions League musim ini.


Drogba masih dalam keadaan ragu-ragu untuk tampil dalam perlawanan ini. Bahkan Roberto Di Matteo pun ragu adakah akan tetap memaksakan Drogba. Jika Drogba tidak dapat bermain, penggantinya kemungkinan besar Fernando Torres, yang menjaringkan tujuh gol ke gawang Barcelona dari 10 penampilannya bersama Atletico Madrid.

Demi Kebaikan Bola Sepak, Barcelona Wajib Kalahkan Chelsea


Bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar mengharapkan Chelsea kalah kepada Barcelona di Nou Camp selepas taktik negatif mereka di perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-juara
.
Ketika the Blues dipuji kerana permainan bertahan oleh penyokong mereka – reaksi di sekitar Eropah agak berbeza.

Dan pemenang dua kejuaraan Liga Juara-juara, Van der Sar berharap Barca dapat mengatasi Chelsea dengan stail permainan serangan mereka malam ini.

Beliau memberitahu: ‘Demi kebaikan sukan dan bola sepak secara umum, saya harap Barcelona  menang di Nou Camp.

"Saya suka pasukan yang menyerang. Chelsea tidak melakukan apa-apa selain bertahan dengan sembilan pemain dan meletakkan ramai pemain bertahan. Namun perlawanan ini mungkin berakhir sekarang."

"Saya mengharapkan Chelsea tewas dengan jaringan yang besar. Dan ia mungkin akan berkeputusan  5-1 untuk Barca pada akhirnya."

"Chelsea hanya ada satu percubaan gol – dan mereka menjaringkannya.


sumber : wisel

Senarai Live Streaming Kelantan vs Navibank Saigon 24/04/2012

Gambar kredit to Super Warriors


Link 2


Link 3


Link 4


Link 5


Link 6


Link 7


Link 8

p/s : selamat mencuba. kalau xdapat, jgn marah. kami dah usaha kan yg terbaik :D

Monday, April 23, 2012

Gambar-gambar Borussia Dortmund Meraikan Kejayaan Menjuarai Bundesliga 2011/2012


Musim lepas Dortmund melakukan kejutan menjuarai liga dengan tiada bintang, majoriti pemain muda. Musim ini yang tiada bintang itu menjadi bintang, mereka hampir melakukannya sekali lagi. Dua kali juara liga bukanlah nasib. Dortmund menunjukkan dunia satu kebangkitan dengan cara mereka tersendiri. Low cost.

Sedikit gambar yang menyaksikan mereka  meraikan kejayaan menumpaskan Moncheglabach 2-0. dan seterusnya menjuarai Bundes Liga musim ini biarpun berbaki dua perlawanan lagi.






Demba Ba Sasaran Utama Tottenham





Harry Redknapp sedang mengintai langkah musim panas untuk striker Newcastle United, Demba Ba walaupun dia mungkin sudah keluar dari kelab menjelang masa perpindahan selesai.

Redknapp secara meluas dijangka mengambil alih peranan selaku pengurus England pada akhir musim ini jika tawaran itu tiba, dengan bos yang berusia 65 tahun itu dinilai sebagai kegemaran utama untuk jawatan tersebut.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy tidak mungkin menghalangnya, tetapi berharap dia boleh menggoda Redknapp kekal di White Hart Lane dengan menawarkan sejumlah dana perpindahan bagi membantu mengukuhkan kedudukan kelab dalam empat teratas untuk tahun-tahun akan datang.



Redknapp telahpun memberitahu pegawai Tottenham bahawa mereka perlukan striker yang berkualiti untuk bersaing dengan golongan elit Eropah, dan mengesyorkan pemain Newcastle, Ba sebagai pilihan yang ideal.

Tonggak Senegal itu menikmati kempen debut hebat di Timur Utara, yang mana dia menjaringkan 16 gol dalam 29 perlawanan, berikutan perpindahan percuma dari West Ham.

Tottenham berharap mereka boleh mendapatkan Ba ​​dengan harga yang murah, dengan khabar angin klausa keluar bernilai £7 juta, namun turut bersedia menawarkan pemain dalam perjanjian, termasuk bekas bek Magpies, Sebastien Bassong, atau playmaker Croatia, Niko Kranjcar.

Real Madrid Mahukan Micah Richards



Manchester City telah terbiasa membelanjakan wang di jendela perpindahan, namun kelihatan mereka mungkin bakal memulakan musim panas bersaing untuk mengekalkan salah seorang pemain bintang mereka berbanding menambah pemain ke dalam skuad.
 
Pemain kebangsaan England itu diketahui diminati oleh bos warga Portugal, Jose Mourinho, yang sebelum ini cuba untuk menandatangani pemain tersebut sewaktu dia mengendalikan Chelsea.
 
Walaupun beberapa kelab besar Eropah lain – seperti Juventus, AC Milan, Chelsea dan Arsenal – diketahui sedang memantau Richards, kelihatan Real akan menjadi yang pertama mengorak langkah.
 
Bintang City itu mungkin sukar untuk menolak perpindahan ke Bernabeu, dengan Real masih dalam persaingan untuk menang La Liga dan Liga Juara-juara musim ini, manakala City bakal menamatkan musim tanpa trofi.
 
Richards, 23, hanya menandatangani kontrak baru empat tahun di Etihad Stadium tahun lalu, namun Mourinho akan melihat kebarangkalian yang pemain itu semakin kecewa dengan polisi pertukaran pemain bos City, Roberto Mancini di timur laut England.

Sunday, April 22, 2012

Walcott Cedera, Terlepas Baki Musim Ini



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah mengatakan bahawa pemain sayapnya, Theo Walcott tampak mengalami cedera serius setelah ia digantikan pada perlawanan menentang Chelsea. Pemain Endland itu kelihatan memegang kakinya saat sedang mengawasi bek kiri The Blues, Ryan Bertrand, namun setelah lima minit kemudian ia dipaksa diusung keluar padang..

Wenger memberitahu kecederaannya akan membuatnya terlepas dalam baki tiga perlawanan terakhir di musim ini, iaitu  menentangStoke, Norwich dan West Brom.

“Theo nampaknya mengalami cedera serius. Ia ingin tetap bermain. Ini akan sukar untuk membuatnya kembali musim ini,” ujar Wenger.

Arsenal menamatkan perlawanan dengan 0-0 kepada Chelsea ketika bermain di Stadium Emirates, Sabtu, 21 April 2012 baru ini.

Komen Pep Guardiola Mengenai El- Clasico Semalam



Pengurus Barcelona, ​​Pep Guardiola,memberi sedikit komen mengenai perlawanan antara Barcelona dan Real Madrid kemarin yang berakhir dengan kekalahan Barcelona 2-1 kepada Real Madrid. Pep Guardiola merasa bangga dengan pasukannya dan tidak akan mengkritik banyak tentang persembahan mereka. 

Kekalahan Barcelona ini memperbesarkan lagi jurang mata dengan Real Madrid. Real Madrid berada pada puncak liga dengan 88 mata, sedangkan Barcelona dengan perbezaan 7 mata di bawahnya. Kekalahan tersebut menamatkan harapan Barcelona untuk mempertahankan gelaran juara La Liga telah diraih selama 3 tahun berturut-turut.


Guardiola cukup puas dengan penampilan pasukannya dalam perlawanan kemarin mahupun di semua perlawanan musim ini.Barcelona mendominasi 75% penguasaan bola pada El-Clasico kemarin. Mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Dia rasa senang dengan dedikasi dan komitmen pasukannya walau akhirnya dikecewakan kerana tidak mampu menahan Christiano Roanldo yang menjaringkan gol kemenangan bagi Real Madrid. 






"Sangat sukar untuk menganalisa perlawanan dengan begitu banyak emosi, tetapi saya kagum dengan penampilan ketika mereka melawan pasukan yang sangat kuat." 


"Kami boleh mengatasi serangan balik mereka dengan cukup baik dan mengurangkan peluang mereka untuk mencetak gol." 






Barcelona mempunyai kesempatan untuk membalas dendam kepada Real Madrid, jika mereka bertemu di final Champions Leagur nanti. Tetapi langkah kedua-dua pasukan tersebut akan menjadi sukar setelah kedua-duanya mengalami kekalahan pada perlawanan pertama semi final Champions League. Real Madrid mengalami kekalahan 2-1 kepada Bayern Munich, sedangkan Barcelona sendiri dikalahkan Chelsea 1-0. 


"Saya tidak boleh menyalahkan kekalahan ini kepada pasukan.Kami mempunyai banyak tekanan, "kata Guardiola. 


"Kami sudah melakukan yang terbaik yang dapat kami lakukan." 

Saturday, April 21, 2012

Piala FA 2012 : Dua Finalis Tahun Lalu Ditentang Sengit Lawan



Kejutan pasti lebih terarah kepada perlawanan di Kuala Terengganu apabila juara tahun lalu, Terengganu dikejutkan pasukan pelawat dengan kekalahan 2-1. Sime Darby mencipta kejutan dengan menewaskan Sang Penyu 2-1 hasil jaringan Patrick Ronaldinho dan Syukor Saidin sementara Francis Doe menyumbang gol untuk Terengganu.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 1hb Mei di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Terengganu sudah pasti perlu bermain habis-habisan di tempat lawan nanti jika mahu peluang mereka ke final lebih cerah



Naib juara tahun lalu pula, Kelantan diikat seri 1-1 di Kota Bharu. Gol Kelantan hasil jaringan pemain kebangsaan, Mat Yo.  Keadaan ini lebih memihak kepada Kedah kerana mereka mempunyai kelebihan satu gol tempat lawan. Kelantan seharusnya bermain dengan lebih bagus di Alor Star jika mahu ke final.

ketiaddan kapten pasukan Kelantan pula, Piya pada separuh masa kedua nyat memberi kesan besar kepada jentera  tengah pasukan Kelantan. Tiada lagi idea-idea kreatif dan lorongan baik untuk penyerang. Diharakan kecederaan Piya tidak serius dan mampu untuk kembali beraksi pada perlawanan timbal balik nanti. 

Newcastle Ada Momentum Dalam Perebutan Slot Liga Juara-juara


Pengurus Newcastle, Alan Pardew yakin pasukannya memiliki momentum yang diperlukan yang boleh melihat mereka selesai dalam kedudukan kelayakan Liga Juara-juara musim ini.

The Magpies merupakan antara pakej kejutan musim ini ketika mereka terus menekan untuk kedudukan empat teratas dalam hanya musim kedua mereka kembali dalam Liga Perdana.

Skuad pardew kini mendapati diri mereka sama mata dengan Tottenham di tempat keempat, dan dua mata di atas Chelsea, dengan hanya lima baki perlawanan dan bos berusia 50 tahun itu yakin prestasi semasa mereka boleh menjadi kunci.

"Kami berjuang di atas tahap kami dari segi gaji dan yuran pindah kelab-kelab lain ini," Pardew memberitahu Sky Sports.

"Kami patutnya tak dekati mereka, tapi kami dapat dan meneruskan prestasi baik kami. Kami dalam prestasi hebat ketika ini, kami ada momentum, dan kami akan mengunakannya menentang Stoke (pada hari Sabtu)."


Wednesday, April 18, 2012

Pep Guardiola : Chelsea Pilihan Utama Ke Final



Jurulatih BarcelonaPep Guardiola mengakui bahawa sekarang Chelsea lebih menjadi pilihan untuk ke final Champions League di Munich pada  19 Mei ini. Hal ini diakuinya setelah pusingan pertama semi final antara Chelsea dengan Barcelona di Stamford Bridge yang berkesudahan Chelsea menang 1-0.


"1-0 adalah keputusan yang sangat baik bagi Chelsea," kata Pep Guardiola. 


"Ini adalah bola sepak,tambahnya"Bukan masalah adil atau tidak adil."


"Perkara yang terpenting adalah menjaringkan bola ke gawangdan itu yang tidak dapat kami lakukan pada perlawanan tersebut."



"Kami perlu fokus kepada perlawanan selanjutnya dan memenangi perlawanan tersebut."


Masalah bagi Barcelona adalah mereka perlu menyimpan tenaga untuk perlawanan menentang Real Madrid akhir minggu ini yang penting dalam mempertahankan gelaran juara La Liga yang sudah diraih selama 3 musim berturut-turut.

"Hanya juara yang akan diingati," kata Pep Guardiola.


"Tetapi menurut sayaboleh berada di semi final tahun ini sudah cukup baik."




"Champions League tahun ini cukup beratKami mengalami beberapa kemerosotanTetapi kami telah menghadapinya dengan penuh kehormatan dan sokongan"

"Kami sudah meraih banyak gelaran, dan kita lihat saja apakah Champions League tahun ini dapat kami raih."


Chelsea Berdepan Masalah Pertahanan Menjelang Pertemuan Dengan Barcelona


Bos sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berdepan dengan masalah pertahanan menjelang pertembungan dengan Barcelona selepas David Luiz mengalami kecederaan – walaupun John Terry dijangka bermain dalam separuh akhir Liga Juara-juara di Stamford Bridge hari ini.

Luiz dikeluarkan sewaktu Cheslea menang 5-1 aksi separuh akhir Piala FA ke atas Tottenham Ahad lalu, setelah mengalami masalah hamstring sewaktu cuba untuk mengejar Emmanuel Adebayor dalam pergerakan yang menyaksikan Gareth Bale merapatkan jaringan ke 2-1.

Terdapat juga keraguan tentang kecergasan Gary Cahill, yang mengalami kecederaan kaki lewat permainan. Sekurang-kurangnya Chelsea akan mempunyai Branislav Ivanovic kerana penggantungannya hanya melibatkan perlawanan peringkat domestik.


Chelsea berdepan jadual padat di antara sekarang dan penghujung musim, namun Di Matteo berasa pemainnya cukup cergas untuk menghadapi cabaran ini.

"Kami alami beberapa kecederaan, jadi ia tentang pantau pasukan esok," kata Di Matteo. "David Luiz alami kecederaan hamstring jadi kami akan pantaunya esok namun dia dilihat dalam keraguan."

"Terry harus mampu beraksi semula Rabu ini. Pemain lain kelihatan agak cergas buat masa ini. Ia sentiasa tentang untuk lihat bagaimana keadaan mereka selepas perlawanan dan pantau setiap pemain untuk perlawanan ini. Saya cuma mahu fokus terhadap perlawanan ini untuk mara ke final."

Tuesday, April 17, 2012

Bayern Mahu Dapatkan Edin Dzeko


Bayern Munich sedang bersedia untuk menawarkan striker hambar Manchester City, Edin Dzeko jalan pulang ke Jerman.
 
Striker Bosnia itu telah bergelut untuk menemui semula prestasi konsistennya yang memikat City untuk membayar Wolfsburg £27 juta hanya 15 bulan lalu.
 
Dan keputusan Roberto Mancini memberi Carlos Tevez tempat dalam kesebelasan utamanya, dan mengenepikan Dzeko, 26, hujung minggu lalu merupakan pengesahan yang dia kini tidak diperlukan di Etihad. Laporan akhbar mendedahkan awal tahun ini yang Dzeko sedang menuju jalan keluar dari City.
 
Bayern telah memantau situasi Dzeko dan sedang berada dalam pasaran untuk pemain sasaran baru selepas menyedari yang penjaring terbanyak mereka, Mario Gomez berada dalam radar Real Madrid. Mancini telah memberitahu stafnya dia tidak percaya Dzeko sesuai dengan corak permainan hantaran pendek yang diterapkan oleh City.
 
City pasti mahu mendapatkan semula sebahagian besar dari yuran asal yang dibayar mereka untuk khidmatnya.

Thursday, April 12, 2012

Mancini : United Tetap Akan Menjuarai Liga


Roberto Mancini mengatakan dirinya yakin bahawa City ammapu mengejar MU dalam merebut gelaran juara Liga Inggeris. Kejayaan City mendekatkan jarak point dengan MU disebabkan oleh kekalahan United 1 – 0 oleh Wigan dan sedangkan City berhasil meraih 3 point penuh setelah menumbangkan West Brom 4 – 0. 

“Pemburuan gelaran juara ini saya fikir telah berakhir, United merupakan pasukan yang hebat dan saya tidak berfikir mereka akan kehilangan lebih dari 5 point dibaki musim ini.”

“Saya tetap akan berjuang hingga akhir sama juga dengan pasukan saya, tapi untuk memburu gelaran juara saya fikir sudah terlambat. MU memiliki semangat yang sangat besar, dan kami tidak memiliki itu sekarang.” ungkap Mancini.

“Bagi kami sangatlah penting jika mengakhiri musim di kelompok empat teratas, ini merupakan hasil terbaik yang dapat kami raih semenjak tahun 1968, ditahun itu City berhasil menjuarai gelaran liga.” 

City sebenarnya memiliki kesempatan untuk memendekkan lagi jarak point dengan MU menjadi tinggal 2 point andai saja mereka berhasil memanfaatkan kesempatan saat bertemu MU dalam perlawanan derby pada 1 Mei depan.


Tuesday, April 10, 2012

Senarai 20 Pemain Dipanggil Menentang Sri Lanka 28/04/2012


Senarai nama 20 pemain yang dipanggil menentang Sri Lanka :


1. Farizal Marlias (NS)
2. Syed Adney Syed Hussin (SAB)
3. Aidil Zafuan (NS)
4.G.Mahathevan (NS)
5.Azmi Muslim (ATM)
6.Asrarudin Putra Omar (SEL)
7.Zulharis Mohd Noor (PKNS)
8.Dzulazlan Ibrahim (SAR)
9.Amirizwan Taj (ATM)
10.Helmi Rameli (PKNS)
11.S.Kunanlan (NS)
12 Safiq Rahim (SEL)
13 Venice Elphi (ATM)
14 Bunyamin Omar (SEL)
15.K.Gurusamy (SEL)
16.Christie Jayaseelan (ATM)
17.Ashri Chuchu (SAR)
18.Zaquan Adha (ATM)
19.Khairul Izuan Abdullah (PDRM)
20. Shakir Ali (NS)


kredit to facebook Bolasepak Malaysia

City Nafi Pemain Bergaduh di Bilik Persalinan

- gambar hiasan -

Manchester City menafikan khabar angin pergaduhan selepas perlawanan di bilik persalinan mereka setelah tewas kepada Arsenal dalam aksi Liga perdana Barclays Ahad lalu. Selepas kekalahan itu, City yang mengakhiri harapan kejuaraan mereka, dikatakan berlaku konfrontasi fizikal antara ahli-ahli skuad di Stadium Emirates.
 
Namun jurucakap kelab menolak perkara tersebut petang ini, berkata, "Itu berita sampah (rekaan)."
 
Keputusan Ahad lepas menyaksikan City lapan mata di belakang Manchester United, mendorong pengurus, Roberto Mancini mengakui harapan kejuaraan mereka 'mungkin' sudah tamat.
 
Perlawanan juga menyaksikan satu lagi krisis oleh Mario Balotelli, yang dibuang padang dalam masa kecederaan akibat kad kuning kedua selepas mengasari Alex Song dengan begitug ganas.

Senarai Link Live Streaming Kelantan vs Arema FC








Sumber : facebook-facebook fans page pasukan Kelantan

Monday, April 9, 2012

Manchester United Bida Julio Cesar, Inter Milan Cemas



Manchester United ternyata masih berminat dengan penjaga gol Inter Milan, Julio Cesar. Menurut berita di Inggris, Sir Alex Ferguson mula membida pemain kebangsaan Brasil tersebut untuk berada disisi keeper  muda U-21 Sepanyol, David De Gea. 

Khabar tersebut telah membuat Inter cemas kerana mereka tidak memiliki penjaga gol yang muda. Pemain pelapis Julio Cesar rata-rata berumur 35 tahun. Sebut saja nama seperti Luca Castellazzi yang sudah berumur 36 tahun dan keeper ketiga Paolo Orlandoni yang akan berusia 40 tahun pada Ogos datang.



Beberapa nama sudah disediakan oleh Inter untuk menghadapi kemungkinan buruk tersebut, antaranya Samir Handanovic dari Udinese, Emiliano Viviano dari Palermo, dan Francesco Bardi dariLivorno. Sasaran utama Inter ialah pada Handanovic dari Udinese, kerana kualiti keeper tersebut jauh lebih baik dibandingkan dua keeper lainnya.


Mesin Gol Newcastle, Papiss Demba Cisse Seperti Andrew Cole


Danny Simpson memuji mesin gol, Papiss Cisse sebagai jelmaan hero Newcastle United, Andrew Cole.

Cisse membantu Tentera Toon dalam kemenangan 2-0 di Swansea pada hari Jumaat dan melanjutkan rekod gol menakjubkan kepada sembilan jaringan dalam lapan penampilan. Bek kanan Newcastle, Simpson memberikan penghormatan kepada striker Senegal dengan membandingkan dia kepada bekas tonggak, Cole yang menjaringkan 68 gol dalam 84 perlawanan untuk The Magpies.

Simpson berkata, "Saya dapat lihat persamaannya dengan Andy Cole, Papiss malah berlari seperti dia."

"Coley menjaringkan gol dengan peluang sukar, begitu juga Papiss. Saya pasti dia bangga mendengar orang mengatakan dia seperti Andy Cole."

"Dia diberi jersi No 9 baju dan bagai terus melekat dengannya."

Shinji Kagawa Tak Sabar Untuk Bertemu Bayern Munich


Selepas berusaha ketika Borussia Dortmund menang 3-1 di Wolfsburg Sabtu lalu, Shinji Kagawa telahpun bersemangat menghadapi dua perlawanan penting akan datang yang akan menentukan harapan pasukan menjulang kejuaraan liga kedua berturut-turut.
 
Dortmund melayan kunjungan pasukan tempat kedua, Bayern Munich malam Rabu ini dalam satu perlawanan yang amat dinanti-nantikan, sebelum berkunjung ke kelab pesaing di tempat ketiga, Schalke untuk aksi tengahari Sabtu ini yang akan mempunyai signifikan besar terhadap kedudukan liga.
 
"Jika kami mampu tewaskan Bayern dan Schalke ia akan jadi sesuatu yang besar buat kami," kata Kagawa selepas perlawanan. "Perlawanan seterusnya [lawan Bayern] akan beri pengaruh besar terhadap pemburuan kejuaraan jadi saya mahu kami nikmati tekanan ini."
 
"Satu keputusan baik adalah bagus. Saya tak sabar nak nikmati perlawanan itu."

p/s : Pheewitt Kagawa. Pemain Asia terbaikk !

Park Ji Sung Yakin Pasukan Asia Akan Menjuarai Piala Dunia Suatu Hari Nanti



Pemain tengah Manchester United Park Ji-Sung yakin bahawa suatu hari nanti salah satu negara dari Asia akan menjuari Piala Dunia. Park Ji-Sung berani menilai demikian, ia sendiri juga  mengakui bahawa saat ini masih ada jarak yang cukup jauh bagi kualiti pasukan-pasukan di Asia dengan di Eropah.

“Ketika ini, masih cukup sukar (untuk pasukan-pasukan Asia menjuarai Piala Dunia),” ujar Park Ji-Sung 

“Masih ada jarak cukup jauh antara kami dengan pasukan-pasukan kelas dunia lain, jadi kami harus lebih berusaha.”

“Tapi dalam beberapa tahun hadapan, kualiti pasukan-pasukan Asia sudah menjadi lebih baik dan kami akan menunjukan bahawa kami akan bersaing dengan mereka ”

“Jadi jika pasukan-pasukan  Asia terus berjuang keras dan terus mengembangkan bola sepak masing-masing, suatu hari nanti mereka juga akan berjaya di Piala Dunia.”


Park Ji-Sung menyertai Manchester United pada tahun 2005 dari PSV Eindhoven. Ia memulakan kariernya di Eropah pada tahun 2002 setelah meninggalkan Kyoto Sanga untuk menyertai ke kelab asal Belanda tersebut.

“Beberapa pemain gagal menunjukan kualiti terbaiknya di Eropah, namun beberapa pemain masih mampu. Saya rasa kunci terpenting bagi pemain yang berjaya adalah mental mereka yang kuat.”

“Tapi faktor nasib juga termasuk didalamnya. Kadang-kadang pemain boleh menyesuaikan diri dengan pasukan, kadang-kadang tidak. Jika kamu beruntung dan memiliki mental yang kuat, anda pasti mampu berjaya di Eropah.”

“Hal yang terpenting yang harus dilakukan agar berjaya adalah kerja keras, tapi setiap pemain juga perlukan kemampuan yang memadai untuk bermain di peringkat Eropah.

Setakat ini, pasukan Asia yang memiliki peringkat tertinggi di ranking dunia FIFA adalah Korea Selatan, iaitu di ranking ke-30.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...