TV ONLINE

Monday, April 2, 2012

Negeri Sembilan Jumpa Lions Tanpa Tonggak Utama

Effa Owona digantung perlawanan

'Bagaimana hendak berperang kalau tiada senjata dan peluru.

Itulah luahan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berhadapan masalah menyenaraikan kesebelasan utamanya ekoran kehilangan beberapa tonggak penyerang menjelang menentang Lions XII di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

''Saya dalam dilema buat masa ini kerana saya sudah tiada penyerang untuk diturunkan lagi, Owona telah digantung, Shakir dan Kunanlan pula mengalami kecederaan buku lali.

''Masalah ini amat memeningkan, malah saya mungkin terpaksa meminjam seorang penyerang daripada skuad Piala Presiden kami untuk diturunkan dalam perlawanan esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Malah, jelasnya, strategi serta formasi yang bakal diaplikasikan bagi mengekang pasukan dari Singapura itu juga masih belum dapat ditentukan berikutan masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...