Tuesday, April 3, 2012

Akhirnya, Mancini Mengaku Kalah


Roberto Mancini mengakui peluang gelaran Manchester City akan mati jika Manchester United memenangi dua aksi seterusnya untuk bergerak lapan mata di puncak Liga Perdana.

Skuad Sir Alex Ferguson akan melayan kunjungan QPR pada Ahad depan, manakala City akan ke Arsenal kemudian pada hari yang sama.

Jika United menang perlawanan itu, mereka bakal bergerak lapan mata mengatasi City sebelum mereka memulakan aksi menentang skuad Arsene Wenger di The Emirates.


"Jika kami ketinggalan lapan mata di belakang, maka ia selesai," jelas Mancini kepada wartawan.
"Jelas kami kecewa. Kami buat beberapa


 kesalahan, saya dan pasukan. Kami juga tak bernasib baik, seperti hilang tiga atau empat pemain utama pada saat yang penting."

"Tapi apabila anda sebuah pasukan yang kuat, anda sepatutnya boleh melepasi detik-detik yang sukar. Namun bola sepak boleh berubah dalam tempoh dua atau tiga perlawanan."

"Saya ada pengalaman di Itali dengan Inter Milan ketika kami lima mata di belakang dengan lima perlawanan untuk dilalui, tapi kami masih mara untuk menang gelaran."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...