TV ONLINE

Monday, April 2, 2012

Aguero Cedera Kerana Semburan Penahan Sakit



Pengurus Manchester City, Roberto Mancini muncul mengesahkan kecederaan misteri kaki Sergio Aguero diburukkan lagi oleh semburan penahan sakit.


Striker Argentina itu telah terlepas aksi ketika City tercicir mata penting dalam dua aksi Liga Perdana, termasuk seri 3-3 di The Ettihad menentang Sunderland pada hari Sabtu. Mancini keberatan membincangkan masalah, dengan hanya merujuknya sebagai "bodoh", tetapi mengesahkan laporan bahawa kulit pemain bertindak balas teruk kepada semburan yang 


digunakan semasa merawat pada kecederaan yang dialami semasa kemenangan baru-baru ini ke atas Chelsea.

Ketika ditanya jika semburan terlibat, Mancini, bercakap selepas aksi bertemu Sunderland, "Ya".


Mancini menghabiskan tempoh terdahulu dengan cuba meredakan situasi dan sekali lagi bertegas tidak menyalahkan isu striker itu berhubung perkara tersebut. Dia berkata, "Ia bukan salahnya, seperti yang ditulis di dalam akhbar pagi ini."

Mancini mendakwa beberapa teori yang diterbitkan tentang sebab bagaimana kecederaan mungkin berlaku adalah "tidak" benar.

Namun, apa yang dia tidak dapat nafikan, adalah pemain berusia 23 tahun itu tidak bermain banyak permainan ketika City terlepas peluang bergerak kembali ke puncak liga.

Rival, Manchester United kini mungkin akan mengatasi mereka dengan lima mata sekiranya menang ke atas Blackburn pada hari Isnin. Mancini berkata, "Kami kehilangan Aguero dan atas sebab itu saya kecewa. Saya harap dia boleh pulih untuk permainan seterusnya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...