Tuesday, April 24, 2012

Demi Kebaikan Bola Sepak, Barcelona Wajib Kalahkan Chelsea


Bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar mengharapkan Chelsea kalah kepada Barcelona di Nou Camp selepas taktik negatif mereka di perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-juara
.
Ketika the Blues dipuji kerana permainan bertahan oleh penyokong mereka – reaksi di sekitar Eropah agak berbeza.

Dan pemenang dua kejuaraan Liga Juara-juara, Van der Sar berharap Barca dapat mengatasi Chelsea dengan stail permainan serangan mereka malam ini.

Beliau memberitahu: ‘Demi kebaikan sukan dan bola sepak secara umum, saya harap Barcelona  menang di Nou Camp.

"Saya suka pasukan yang menyerang. Chelsea tidak melakukan apa-apa selain bertahan dengan sembilan pemain dan meletakkan ramai pemain bertahan. Namun perlawanan ini mungkin berakhir sekarang."

"Saya mengharapkan Chelsea tewas dengan jaringan yang besar. Dan ia mungkin akan berkeputusan  5-1 untuk Barca pada akhirnya."

"Chelsea hanya ada satu percubaan gol – dan mereka menjaringkannya.


sumber : wisel

3 comments:

  1. x leh nk kata apa.. bertahan tu pn sebahagian dari strategi.. tmbh2 masa berepan pasukan kuat mcm barcelona nie.. mana2 team pn msti nk bertahan. skrng nie plak diorng tgh mndahului.. lg la nk bertahan.. van der sar nie x suka nie mngkn jgk sbb dia main posisi keeper... nk bertahan ni msti lah satu tugas yg plg membencikan bg seorang keeper.. keeper mstilah suka bila pasukannya menyerang..kurang tekanan :)

    ReplyDelete
  2. haha betul tu. keeper kompem2 la busy kalau team tgh bertahan.
    Letih dan mendebarkan. xpe. ni pendapat dari keeper. mgkin player dari posisi lain ada pendapat masing2 :D

    ReplyDelete
  3. terbukti strategi bertahan nie berguna jgk bila chelsea berjaya ke separuh akhir.. satu2nya kelebihan bertahan nie ialah peluang utk serangan balas... ternyata chelsea x mngsia2kn peluang untuk serangan balas.. bukan rezeki barceloni kali nie.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...