TV ONLINE

Wednesday, April 18, 2012

Chelsea Berdepan Masalah Pertahanan Menjelang Pertemuan Dengan Barcelona


Bos sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berdepan dengan masalah pertahanan menjelang pertembungan dengan Barcelona selepas David Luiz mengalami kecederaan – walaupun John Terry dijangka bermain dalam separuh akhir Liga Juara-juara di Stamford Bridge hari ini.

Luiz dikeluarkan sewaktu Cheslea menang 5-1 aksi separuh akhir Piala FA ke atas Tottenham Ahad lalu, setelah mengalami masalah hamstring sewaktu cuba untuk mengejar Emmanuel Adebayor dalam pergerakan yang menyaksikan Gareth Bale merapatkan jaringan ke 2-1.

Terdapat juga keraguan tentang kecergasan Gary Cahill, yang mengalami kecederaan kaki lewat permainan. Sekurang-kurangnya Chelsea akan mempunyai Branislav Ivanovic kerana penggantungannya hanya melibatkan perlawanan peringkat domestik.


Chelsea berdepan jadual padat di antara sekarang dan penghujung musim, namun Di Matteo berasa pemainnya cukup cergas untuk menghadapi cabaran ini.

"Kami alami beberapa kecederaan, jadi ia tentang pantau pasukan esok," kata Di Matteo. "David Luiz alami kecederaan hamstring jadi kami akan pantaunya esok namun dia dilihat dalam keraguan."

"Terry harus mampu beraksi semula Rabu ini. Pemain lain kelihatan agak cergas buat masa ini. Ia sentiasa tentang untuk lihat bagaimana keadaan mereka selepas perlawanan dan pantau setiap pemain untuk perlawanan ini. Saya cuma mahu fokus terhadap perlawanan ini untuk mara ke final."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...