TV ONLINE

Saturday, April 21, 2012

Piala FA 2012 : Dua Finalis Tahun Lalu Ditentang Sengit Lawan



Kejutan pasti lebih terarah kepada perlawanan di Kuala Terengganu apabila juara tahun lalu, Terengganu dikejutkan pasukan pelawat dengan kekalahan 2-1. Sime Darby mencipta kejutan dengan menewaskan Sang Penyu 2-1 hasil jaringan Patrick Ronaldinho dan Syukor Saidin sementara Francis Doe menyumbang gol untuk Terengganu.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 1hb Mei di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Terengganu sudah pasti perlu bermain habis-habisan di tempat lawan nanti jika mahu peluang mereka ke final lebih cerah



Naib juara tahun lalu pula, Kelantan diikat seri 1-1 di Kota Bharu. Gol Kelantan hasil jaringan pemain kebangsaan, Mat Yo.  Keadaan ini lebih memihak kepada Kedah kerana mereka mempunyai kelebihan satu gol tempat lawan. Kelantan seharusnya bermain dengan lebih bagus di Alor Star jika mahu ke final.

ketiaddan kapten pasukan Kelantan pula, Piya pada separuh masa kedua nyat memberi kesan besar kepada jentera  tengah pasukan Kelantan. Tiada lagi idea-idea kreatif dan lorongan baik untuk penyerang. Diharakan kecederaan Piya tidak serius dan mampu untuk kembali beraksi pada perlawanan timbal balik nanti. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...