TV ONLINE

Tuesday, April 10, 2012

City Nafi Pemain Bergaduh di Bilik Persalinan

- gambar hiasan -

Manchester City menafikan khabar angin pergaduhan selepas perlawanan di bilik persalinan mereka setelah tewas kepada Arsenal dalam aksi Liga perdana Barclays Ahad lalu. Selepas kekalahan itu, City yang mengakhiri harapan kejuaraan mereka, dikatakan berlaku konfrontasi fizikal antara ahli-ahli skuad di Stadium Emirates.
 
Namun jurucakap kelab menolak perkara tersebut petang ini, berkata, "Itu berita sampah (rekaan)."
 
Keputusan Ahad lepas menyaksikan City lapan mata di belakang Manchester United, mendorong pengurus, Roberto Mancini mengakui harapan kejuaraan mereka 'mungkin' sudah tamat.
 
Perlawanan juga menyaksikan satu lagi krisis oleh Mario Balotelli, yang dibuang padang dalam masa kecederaan akibat kad kuning kedua selepas mengasari Alex Song dengan begitug ganas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...