TV ONLINE

Tuesday, April 17, 2012

Bayern Mahu Dapatkan Edin Dzeko


Bayern Munich sedang bersedia untuk menawarkan striker hambar Manchester City, Edin Dzeko jalan pulang ke Jerman.
 
Striker Bosnia itu telah bergelut untuk menemui semula prestasi konsistennya yang memikat City untuk membayar Wolfsburg £27 juta hanya 15 bulan lalu.
 
Dan keputusan Roberto Mancini memberi Carlos Tevez tempat dalam kesebelasan utamanya, dan mengenepikan Dzeko, 26, hujung minggu lalu merupakan pengesahan yang dia kini tidak diperlukan di Etihad. Laporan akhbar mendedahkan awal tahun ini yang Dzeko sedang menuju jalan keluar dari City.
 
Bayern telah memantau situasi Dzeko dan sedang berada dalam pasaran untuk pemain sasaran baru selepas menyedari yang penjaring terbanyak mereka, Mario Gomez berada dalam radar Real Madrid. Mancini telah memberitahu stafnya dia tidak percaya Dzeko sesuai dengan corak permainan hantaran pendek yang diterapkan oleh City.
 
City pasti mahu mendapatkan semula sebahagian besar dari yuran asal yang dibayar mereka untuk khidmatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...