TV ONLINE

Monday, April 9, 2012

Park Ji Sung Yakin Pasukan Asia Akan Menjuarai Piala Dunia Suatu Hari Nanti



Pemain tengah Manchester United Park Ji-Sung yakin bahawa suatu hari nanti salah satu negara dari Asia akan menjuari Piala Dunia. Park Ji-Sung berani menilai demikian, ia sendiri juga  mengakui bahawa saat ini masih ada jarak yang cukup jauh bagi kualiti pasukan-pasukan di Asia dengan di Eropah.

“Ketika ini, masih cukup sukar (untuk pasukan-pasukan Asia menjuarai Piala Dunia),” ujar Park Ji-Sung 

“Masih ada jarak cukup jauh antara kami dengan pasukan-pasukan kelas dunia lain, jadi kami harus lebih berusaha.”

“Tapi dalam beberapa tahun hadapan, kualiti pasukan-pasukan Asia sudah menjadi lebih baik dan kami akan menunjukan bahawa kami akan bersaing dengan mereka ”

“Jadi jika pasukan-pasukan  Asia terus berjuang keras dan terus mengembangkan bola sepak masing-masing, suatu hari nanti mereka juga akan berjaya di Piala Dunia.”


Park Ji-Sung menyertai Manchester United pada tahun 2005 dari PSV Eindhoven. Ia memulakan kariernya di Eropah pada tahun 2002 setelah meninggalkan Kyoto Sanga untuk menyertai ke kelab asal Belanda tersebut.

“Beberapa pemain gagal menunjukan kualiti terbaiknya di Eropah, namun beberapa pemain masih mampu. Saya rasa kunci terpenting bagi pemain yang berjaya adalah mental mereka yang kuat.”

“Tapi faktor nasib juga termasuk didalamnya. Kadang-kadang pemain boleh menyesuaikan diri dengan pasukan, kadang-kadang tidak. Jika kamu beruntung dan memiliki mental yang kuat, anda pasti mampu berjaya di Eropah.”

“Hal yang terpenting yang harus dilakukan agar berjaya adalah kerja keras, tapi setiap pemain juga perlukan kemampuan yang memadai untuk bermain di peringkat Eropah.

Setakat ini, pasukan Asia yang memiliki peringkat tertinggi di ranking dunia FIFA adalah Korea Selatan, iaitu di ranking ke-30.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...