TV ONLINE

Friday, December 31, 2010

Khairul Fahmi Lupa Diri ?


 "Jangan mudah lupa diri dan sentiasa berusaha untuk tingkatkan lagi potensi yang ada dalam diri untuk terus berjaya pada masa hadapan"

Itulah kata-kata nasihat dan amanat bapa Khairul Fahmi,Che Mat Hussain,58, kepada anaknya. Beliau juga menyifatkan kejayaan Khairul Fahmi dalam membantu skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki adalah berkat usaha dan disiplin yang tinggi serta semangat tidak mudah putus asa dalam dirinya. Tambahan pula, setiap kali ingin beraksi, sama ada untuk negara ataupun Malaysia, Khairul Fahmi akan menghubungi keluarganya bagi memohon restu dan meminta untuk mendoakan kejayaannya. Tidak hairanlah setiap kali beraksi,Khairul Fahmi pasti dapat memberikan yang terbaik kerana mendapat berkat ibu bapanya.

Selain itu, Che Mat akan membuat satu kenduri sebagai satu majlis sambutan besar-besaran untuk menyambut kepulangan anaknya pada 3 Januari nanti. Majlis itu akan diadakan dengan kerjasama penduduk kampung dan wakil rakyat. Terima kasih kelate.net untuk maklumat ini.

p/s : Diharapkan Khairul Fahmi tidak akan mudah lupa diri dan sentiasa bersemangat dalam membantu pasukannya memburu kejuaraan.

Kualiti Bola Sepak Malaysia Semakin Laku ?

Malaysia. Dulu, dengar je nama Malaysia, mungkin ramai yang memperlekehkan kualiti dan prestasi bola sepak negara ini. Namun, kini semakin ramai yang mengagumi kualitinya. Dengan berbekalkan status juara baru Piala AFF Suzuki, nama-nama pemain seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha serta Safee Sali telah melonjak naik dan hangat diperkatakan malah dijadikan sebagai idola bagi sesetengah orang.





Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pom sekarang dah sokong jurulatih Malaysia, K Rajagobal. Siap tabik lagi dengan Rajagobal. Bukan selalu, jarang-jarang dapat dengar berita camni. Ronney plak sudah setuju dengan tawaran Rajagobal untuk bermain di Liga Malaysia. Nampaknya, Ronney dah yakin dengan kualiti bola sepak Malaysia. Van de Sar pom dah nak bersara hujung musim ni. Khairul Fahmi Che Mat je yang bleh ganti dia. Iye la. Benteng terakhir negara ni semakin mantap dan prestasinya semakin cemerlang. Peledak gol terbanyak di Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali pom ape kurangnya. Mourinho dan Alex Ferguson berebut-rebut nak ambil Safee jadi penyerang mereka. Ternyata sepakan mantap dan kencang Safee menarik minat mereka berdua. Penjaga gol Indonesia,Markus plak cemburu dengan kehenseman En. Apex kita. Fernando Torres pula telah menyatakan persetujuan untuk bermain bersama Kelantan. Prestasi cemerlang Kelantan kebelakangan ini membuatkannya teringin untuk beraksi di Kelantan.

p/s : Sekadar gurauan tahun baru semata-mata. Tapi, ada benarnya kualiti bola sepak di negara kita memang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Diharapkan FAM dapat melancarkan strategi demi meningkatkan lagi mutu bola sepak di negara kita .

Thursday, December 30, 2010

Ferguson Kena Pecat ?

Haa..Mesti terkejut peminat-peminat Manchester United ni. Apa-apapun jangan salah faham. Sebenarnya, Ferguson yang dimaksudkan ialah Darren Ferguson, iaitu anak kepada bos Manchester United, Alex Ferguson. Nampaknya, Darren taklah sehebat bapaknya dalam mengendalikan sesebuah pasukan. Ini dia Darren Ferguson kalau-kalau ada yang nak kenal.

Darren Ferguson

Darren Ferguson adalah seorang pengurus kepada kelab Preston North End. Darren, 38 tahun, telah dipecat baru-baru ini kerana gagal mengemudi pasukannya ke tahap yang cemerlang dan meletakkan Preston di kedudukan terbawah liga, kurang 5 mata dari zon selamat. Tempatnya mungkin bakal diambil alih oleh Paul Jewell yang merupakan bekas pengurus Bradford dan Wigan.

p/s : Anak yang tidak sehebat bapaknya .

Malaysia Sasarkan Piala Asia 2015


Kejayaan skuad kebangsaan menjulang trofi Piala AFF Suzuki telah membuka mata semua pihak yang selama ini memandang enteng dengan kualiti sukan bola sepak di Malaysia. Jika selama ini kualiti bola sepak di negara ini sering dikritik serta dipersoalkan, skuad kebangsaan telah membuktikan kita juga mampu untuk bersaing dan berada sebaris dengan negara-negara lain dalam bola sepak.

Terbaru, pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal telah mensasarkan skuad Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun 2015 nanti. Beliau berkata,"Saya rasa inilah masanya untuk kita ke peringkat Asia". Pada awal tahun ini, Malaysia telah gagal untuk melepasi peringkat kumpulan setelah tewas 0-6 secar agregat kepada United Arab Emirates dan 2-6 kepada Uzbekistan.

Jurulatih, K Rajagobal telah bekerja keras untuk membentuk sebuah pasukan hebat seperti sekarang yang mana purata umur para pemain ialah 22 tahun. Bek tengah, Fadli Shas berumur 19 tahun manakala penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain pertahanan, Muslim Mohd, Mahali Jasuli dan Faizal Mohd, pemain tengah, Gurusamy dan penyerang, Izzaq Faris kesemuanya berumur 22 tahun. Ini bermakna, masa depan skuad negara masih cerah. Pada masa depan, Malaysia akan mempunyai para pemain yang sudah berpengalaman di pentas antarabangsa.

Wednesday, December 29, 2010

Gol Terbaik Peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki 2010


Penyokong setia pasukan Malaysia





p/s : Bangga sebab ada gak tersenarai gol terbaik dari pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha



Juara Baru Piala AFF Suzuki

Bung Karno, Malaysia vs Indonesia Final AFF Suzuki 2nd Leg

Kapten, Safiq Rahim menjulang Piala AFF Suzuki 
bersama rakan-rakan

Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak 
sepanjang kejohanan dengan mengumpul 5 gol

Kapten Indonesia, Firman Utina dinobatkan sebagai
 Pemain Terbaik Piala AFF 2010
 
Filiphina -Fair Play Award-


p/s : Kualiti bola sepak Malaysia semakin meningkat. Semoga kekalkan prestasi terbaik di tahun hadapan .

Ferdinand Sokong Indonesia


Dalam akaun twitternya, Ferdinand menunjukkan sokongannya kepada pasukan Indonesia. Pemain Manchester United ini juga mendoakan kejayaan Indonesia menjulang trofi.

"Semoga berjaya dan menang trofi itu!," kata Ferdinand.

p/s :  Apa-apa aje Ferdinand ni

Tuesday, December 28, 2010

FAM Disaman FIFA

Safee Sali - Penggempur Utama

Menjelang pertemuan kedua antara Malaysia dan Indonesia semakin dekat, pihak media Indonesia dilihat terdesak mencari isu-isu untuk provokasi keatas Malaysia. Terbaru, pihak media negara jiran itu mendakwa FAM telah disaman oleh FIFA. Bagaimanapun, Datuk Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan itu. Datuk Ahmad Shabery agak terkejut setelah mendengar berita itu.

Jumlah saman itu juga agak besar. Mungkin sangat melampau dakwaan yang ditimbulkan oleh mereka. Menurut dakwaan itu, FIFA telah menghukum denda Malaysia sebanyak AS$40 juta (RM 123 juta) dan pergantungan 4 tahun kerana kesalahan pancaran laser baru-baru ini. Isu ini telah dibangkitkan kerana mereka mahu 'menghalalkan cara' untuk Indonesia menang Piala AFF Suzuki. Ini sebab jika benar dakwaan ini, Indonesia akan diberikan kemenangan percuma kerana hukuman pergantungan 4 tahun Malaysia.

Apa-apapun,Setiausaha Agong FAM, Datuk Aizuddin telah menjelaskan dakwaan itu ternyata salah dan hanyalah provokasi Indonesia ke atas Malaysia. Katanya, jika benar tindakan diambil, ianya akan diambil oleh AFF, bukannya FIFA seperti yang didakwa. Lagipula, pertandingan ini adalah anjuran AFF.

p/s : Provokasi demi provokasi dijangka akan terus hebat dilakukan jika Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki malam ini 

Rajagobal Mengamuk


Jurulatih skuad kebangsaan,K Rajagobal mahu pihak media Indonesia segera menghentikan provokasi serta tuduhan-tuduhan yang melampau. Beliau menegaskan tiada siapa yang untung dalam hal itu serta menyifatkan kalah menang itu adalah adat pertandingan dan mahu semua pihak menerima kenyataan itu.

Rajagobal menyatakan yang dulu Malaysia telah kalah 5-1 kepada Indonesia dalam peringkat kumpulan. Semua pihak termasuk rakyat Malaysia menerimanya secara profesional dan tiada sebarang kecoh yang berlaku. Ini pula lain jadinya bila Indonesia tewas kepada Malaysia. Malaysia dituduh dan difitnah dengan segala macam benda hingga berlaku kecoh. Kekalahan itu menjadi satu isu yang besar dan hangat diperkatakan di Indonesia.

"Apabila Indonesia tewas 3-0 baru ini, kenapa pula ianya menjadi isu kepada anda di sini ? Saya mahu anda menjawab soalan saya".

Manchester United Gagal Kutip Mata Penuh

Dimitar Berbatov

Dimitar Berbatov sekali lagi meneruskan aksi cemerlang dengan mencipta satu gol dalam perlawanan Manchester United menentang Birmingham. Berbatov setakat ini telah mengumpul sebanyak 15 gol dalam liga. Gol pada minit ke-58 itu bagaimanapun tidak bertahan lama setelah pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan.

Namun, hasrat Manchester untuk mangutip mata penuh hancur setelah Lee Bowyer menyamakan kedudukan pada minit ke-89. Bagaimanapun, Ferguson tidak berpuas hati dan menyifatkan gol itu sepatutnya tidak dikira kerana terkena tangan Zigic.

"Ia terkena tangan, ia merupakan satu kesalahan. Sekiranya pengadil tidak nampak, apa peluang yang kamu dapat? Kami patut menang perlawanan ini, kami pasukan yang lebih baik," ujar Ferguson. 

p/s : United masih kekal sebagai satu pasukan yang belum tewas dalam liga.

Malaysia Dituduh Guna Bomoh


Kemenangan Malaysia 3-0 ke atas Indonesia tempoh hari amat membanggakan kita semua. Namun, Indonesia dilihat seperti tidak mahu menerima kenyataan yang mereka kalah dalam perlawanan akhir pertama. Lebih parah, Malaysia dituduh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.


Indonesia mendakwa pintu gol mereka telah ditaburi serbuk gatal ketika sesi latihan dan membuatkan penjaga gol mereka, Markus mengalami gatal-gatal. Memang tidak masuk akal dakwaan sedimikian dan ini menunjukkan mereka tidak bersikap professional. Indonesia mendakwa selepas merujuk bomoh di sana, Malaysia didapati menggunakan khidmat bomoh untuk mencatatkan kemenangan. Keadaan ini jelas membuktikan Indonesia menggunakan khidmat bomoh walaupun tidak bermain di tempat mereka sendiri.

Ada juga dakwaan yang mengatakan ada ahli perniagaan Malaysia meminta bantuan khidmat bomoh dari Thailand, India serta China.

p/s : Agak tidak masuk akal tuduhan di atas. 

Monday, December 27, 2010

Diintai 5 Gergasi LA Liga

Shinji Kagawa

5 gergasi LA Liga, Real Madrid, Barcelona, Valencia, Sevilla dan Atletico Madrid telah menyenaraikan nama pemain ini sebagai antara pemain yang perlu dibawa masuk ke kelab masing-masing. 

Kagawa, 21 tahun telah memulakan karier sebagai pemain bola sepak sejak di bangku sekolah lagi. Dia merupakan pemain bola sepak Jepun yang pertama mendapatkan kontrak profesional sebelum tamat sekolah lagi. Pada 23 Ogos 2010, dia membuat debutnya untuk kelab Borussia Dortmund.Dia menjaringkan 2 gol untuk kelabnya dalam Liga Europa dan gol pertama dalam liga ketika kelabnya menang 2-0 ke atas Wolfsburg.

p/s : Lagi antara pemain muda berbakat yang bakal bersinar .

Awas, Bahaya Coli Menanti

Julia Perez

Penyanyi dangdut dan aktres simbol seks ini akan turut sama turun padang bagi menyaksikan perlawanan pusingan kedua Malaysia menentang Indoneisa esok di Stadium Bung Karno. Katanya, dia akan menyediakan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok. Senjata sulit yang dikatakan itu ialah sinaran laser. Lebih menarik, sinaran laser itu unik kerana akan dipancarkan dari coli khasnya.

“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia"
Biarpun nampak seperti bergurau, akter ini sebenarnya serius dengan janjinya itu.

p/s : Tak betul la orang-orang Indon ni. -Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku -

Arsenal 'Bunuh' Chelsea

Alex Song

Perlawanan yang agak menarik ini baru saja selesai tadi. Ternyata percaturan Wenger kali ini menjadi setelah memperoleh kemenangan 3-1. Gol pertama dijaring oleh Alex Song minit-minit terakhir babak pertama. Gol kedua pula hadir pada minit ke-50 dijaringkan oleh kapten Arsenal,Fabregas. Selang 3 minit, Walcott menyudahkan untuk gol ketiga Arsenal setelah mendapat lorongan cantik dari rakan sepasukannya.

Gol saguhati pelawat pula hadir setelah bola sepakan percuma Drogba ditanduk cantik oleh Ivanovic pada minit ke-57. Wenger melakukan pertukaran mengejut dengan Djourou melakukan debutnya pertamanya setelah kemenangan 2-1 ke atas Everton pada 14 November. Van Persie pula menggantikan tempat Chamach di posisi penyerang.

p/s : Tak dapat nak tengok Nasri score malam ini

Indonesia Guna Khidmat Bomoh ?

[   sekadar hiasan   ]

Pada 29 Disember ini, Malaysia bakal turun ke Stadium Gelora Bung Karno sekali lagi untuk mengharungi 90 minit perlawanan akhir yang kedua. Pasukan Indonesia semestinya akan berjuang sehabis-habisnya untuk menyalakan harapan mereka untuk menjuarai Piala AFF Suzuki. Dan Malaysia sudah pastinya akan merantai segala pergerakan pemain lawan di atas padang untuk mempertahankan kelebihan tiga gol yang diperoleh.

Sementara itu, aksi kutuk-mengutuk antara penyokong kedua-dua negara semakin hangat. Penyokong Indonesia membangkitkan kekalahan pasukan mereka ada kaitan dengan pancaran laser dari penonton. Apa-apapun, support Malaysia. Banyak kata-kata kesat telah dikeluarkan dan memburukkan lagi hubungan dua negara ini. Ini dapat dilihat di  sini serta di sini juga.

Fakta Menarik Pemain Bola Sepak

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

p/s : Sekadar gurauan semata-mata

Sunday, December 26, 2010

Indonesia Masih Yakin


Setelah dipalit kekalahan 3-0 kepada Malaysia, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl masih yakin dengan kemampuan pasukannya. Kekalahan ini tidak membuatkannya untuk menyerah, malah akan mengemudi pasukannya untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 di Gelora Bung Karno nanti untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Alfred berkata mereka telah bermain dengan baik sepanjang pertandingan dan sekarang terancam gagal di final. Dia menyifatkan itulah bola sepak, kadang-kadang sukar tetapi tiada apa yang mustahil. 

"Untuk menang 4-0 mungkin terlalu sukar. Menang 5-1 akan lebih bagus lagi, dan masih mungkin terjadi kerana kami pernah mengalahkan Malaysia dengan skor itu. Tapi saya fikir 3-0 pun mapu, walaupun ianya agak sukar. Tambahnya lagi,"Setelah jaringan 1-0 semuanya menjadi sukar".
 
p/s : Alfred ingat Malaysia seperti dulu ke nak belasah sampai 5-1 . Benteng pertahanan negara pasti akan berusaha lebih keras untuk memastikan gawang negara tidak dibolosi nanti di Gelora Bung Karno Rabu ini.

Indonesia Diancam Pindah Venue Final Kedua


Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu .

Sehubungan itu, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

"Kerana itu, saya mohon supaya penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid.

"Jadi pasti ada yang akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium supaya penyokong tetap dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong beberapa provokator sehingga penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.
Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara, mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi ini.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan dalam keadaan itu, beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.


p/s : Malaysia 3-0 Indonesia . Tahniah buat skuad Malaysia.

Saturday, December 25, 2010

Menjelang Detik Final

Seperti yang sedia maklum, perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ini. Debarannya semakin dirasai apatah lagi kedua-dua pasukan masing-masing belum pernah menjulang Piala AFF Suzuki. Pastinya perlawanan ini akan berjalan dengan lancar dan penuh dengan semangat kesukanan.

K Rajagobal akan pastinya memberi segala ramuan serta 
strategi bagi menghancurkan impian Indonesia 

Kesebelasan utama skuad negara yang diketuai Safiq Rahim yang menggalas cabaran 
serta impian rakyat Malaysia untuk menjulang Piala AFF Suzuki

Benteng terakhir negara yang pastinya tidak rela gawang 
negara dibolosi

Sudah pasti sokongan padu dari penonton amat ditagih skuad kebangsaan 
bagi memberikan sokongan moral 

Dan pastinya piala ialah yang diidam-idamkan 
oleh kedua-dua pasukan


Jadi, sama-samalah kita memberi sokongan kepada skuad negara bagi memastikan impian menjulang Piala AFF Suzuki tercapai. Akhir kata, semoga berjaya buat skuad negara di perlawanan malam ini.

p/s : Inilah barisan kita ... Yang ikhlas berjuang ...


Tahniah Buat Matyo


Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Matyo telah selamat disandingkan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu . Isteri Matyo, iaitu Siti Aisya Adam merupakan seorang pramugari dan mereka telah saling kenal-mengenali sudah 4 bulan.

Selamat Pengantin Baru buat Matyo dan isteri. Semoga dengan langsungnya persandingan ini, Matyo akan lebih bersemangat untuk mengalahkan  Indonesia dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil esok. Isteri dah cantik, main bola pun kena cantekk gak.

p/s : Terima kasih kepada The Red Warriors Network untuk info ini

Friday, December 24, 2010

Idola Gadis-Gadis Malaysia



Inilah pemain penyerang pasukan Indonesia, Irfan Bachdim yang dikatakan menjadi buah mulut dan sering diperkatakan oleh gadis-gadis di Malaysia. Mungkin ada benarnya jika Irfan Bachdim menjadi idola mereka kerana kehebatannya.

Menteri Belia dan Sukan, Datk Ahmad Shabery Cheek berkata,"Banyak gadis-gadis Melayu di sini yang sering kali menyebut-nyebut pemain-pemain Indonesia, seperti Irfan Bachdim. Kata mereka, dia seperti (Cristiano) Ronaldo, Ronaldonya ASEAN,". Tidak hairanlah jika mereka ke Stadium Bukit Jalil bukan sahaja untuk memberi sokongan moral buat Malaysia, malah untuk melihat kelibat pemain ni.

p/s : Hebat sangat kah Irfan Bachdim ini ? Apa-apapun, kita lihat sejauh mana kehebatan pemain ini pada perlawanan akhir yang pertama di Stadium Bukit Jalil.

Elak Pisang Berbuah Dua Kali

Khairul Fahmi

Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali dengan panggilan Apex , berkata dia sudah lupakan apa yang berlaku pada awal saingan peringkat kumpulan di mana skuad Malaysia ditewaskan 5-1 kepada Indonesia.

'Saya sudah lupakan perlawanan terdahulu kami diaibkan 5-1 di Jakarta,' kata Apex. Pemain berusia 21 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana jumlah gol yang dibolosi tempoh hari agak besar. Katanya lagi, beliau juga akan lebih berhati-hati dengan jentera serangan pasukan Indonesia sepertin Cristian Gonzales serta Oktovianus Maniani yang dilihat mampu mengucar-kacirkan benteng pertahanan negara.

p/s : Semoga Apex dapat memberikan persembahan yang profesional Ahad nanti.

Top 10 Goal Terbaik EPL 10/11

Banyak jaringan-jaringan cantik dilakukan oleh pemain dalam liga. Tetapi, bukan hanya pemain dari kelab hebat seperti Manchester United mahupun Arsenal yang mampu menghasilkan jaringan cantik,malah pemain dari kelab Bolton dan Blackpool juga buktikan mereka juga mampu menghasilkan jaringan sebegitu rupa.

1. Wolves vs Stoke , August 14,2010 

Gol oleh David Jones , klik sini

2. Stoke vs Totenham , August 21,2010

Gol oleh Gareth Bale , klik sini

3. Arsenal vs Bolton , September 11,2010

Gol oleh Carlos Vela , klik sini

4. Manchester United vs Liverpool , September 19,2010

Gol oleh Dimitar Berbatov , klik sini

5. Chelsea vs Arsenal , Oktober 3,2010

Gol oleh Alex , klik sini

6. Stoke vs Manchester United , Oktober 24,2010

Gol oleh Chicharito , klik sini

7. Wolves vs Bolton , November 13,2010

Gol oleh Johan Elmander , klik sini

8. Blackpool vs Wolves , November 20,2010 

Gol oleh Luke Varney 

9. Bolton vs Blackpool , November 27,2010

Gol oleh Mark Davies , klik sini  

10. Arsenal vs Fulham , December 4,2010

Gol oleh Samir Nasri , klik sini  

 

Rajagobal Tidak Terpengaruh

Cristian Gonzales
 
K Rajagobal sedikit pun tidak mahu terpengaruh dengan khabar berita penyerang import Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzales mengalami kecederaan menjelang perlawaan akhir Piala AFF Suzuki. Dikhabarkan Gonzales mengalami kecederaan pangkal paha ketika sesi latihan di Jakarta petang kelmarin. Dia sekadar menjalani latihan ringan dan secara berasingan sambil diawasi oleh fisioterapi pasukan pada sesi latihan pagi semalam. 
 
Bagaimananapun, Rajagobal memilih untuk tidak terpengaruh dengan berita itu dan hanya mahu untuk menfokuskan persiapan skuad negara bagi menghadapi perlawanan akhir. Rajagopal yakin pasukannya berada dalam mental juara menghadapi Indonesia. Beliau sudah meminta pemain-pemainnya agar tidak terlalu tertekan dengan harapan rakyat Malaysia yang menginginkan pasukan kebangsaan menjadi juara.
 
p/s : Mungkin berita tentang Critian Gonzales cedera merupakan strategi psikologi Indonesia. Diharapkan skuad negara tidak terpengaruh dengannya. 

Malaysia Ibarat Sepanyol

Tiga Tonggak Utama Malaysia

Begitulah tanggapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Seperti Piala Dunia yang lalu, Sepanyol telah mengalami kekalahan pertama dalam saingan kumpulan,namun setelah menanganinya dengan baik, Sepanyol telah membuktikan mereka mampu untuk bergelar juara. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menilai skuad kebangsaan juga akan menjadi seperti Sepanyol jika para pemain dapat mengawal permainan dengan bijak.

“Mereka selalu menang kerana bermain di tempat dan stadium yang sama. Mereka tidak biasa bermain di luar, termasuk ketika melawan Filipina. Ini pertama kalinya mereka bermain di luar. Jadi, di sinilah letaknya kelebihan kami,” ucap Datuk Seri Ahmad.

Thursday, December 23, 2010

Rajagobal Ada Persamaan Dengan Wenger

Rajagobal / Wenger

Mungkin sekali lihat, tiada persamaan antara mereka. Yelah . Sorang kulit hitam dan sorang lagi kulit putih. Mane nk samanya. Tetapi jika dilihat dari segi ramuan dan polisi mereka, ternyata ada sedikit persamaan.

Baru-baru ini, media telah melabelkan Rajagobal sama dengan pengurus Arsenal,Wenger rentetan kejayaan pasukan Malaysia melangkah ke final. Rajagobal mengemudi pasukannya yang terdiri daripada barisan pemain-pemain muda,hal yang sama dilakukan oleh Wenger di Emirates.Dari 22 orang pemain Malaysia, hanya 3 sahaja yang berumur di atas 25 tahun. Selebihnya pasukan muda yang dibentuk sejak lama lagi. Ketiga-tiga pemain senior tersebut adalah Amri Yahyah yang kini berusia 29 tahun, Safee Sali dan Razman Roslan, dengan keduanya 26 tahun.

“Tapi, kami sedang membangunkan pasukan masa depan. Kami yakin anak-anak muda ini akan lebih bersinar lagi jika diberikan kesempatan peluang untuk bermain dan tonjolkan bakat masing-masing,” ujar K Rajagobal.

p/s : Diharapkan segala percaturan Rajagobal selama ini membuahkan hasil.

Luc Castaignos Pilih Inter Milan

Luc Castaignos

Pemain berusia 18 tahun dinilai akan menjadi lebih baik jika dilatih bersama Eto'o dan Milito. Arsenal yang terkenal dengan polisi pemain muda telah gagal untuk mendapatkan khidmat pemain ini setelah ejen Castaignos mengkhabarkan bahawa dia telah memilih untuk bersam Inter Milan.

Pemain muda yang menyertai Pasukan Bawah 19 Belanda ini telah menjaringkan 6 gol dari 14 penampilannya bersama kelab Feyenoord. Dalam perebutan untuk mendapatkan khidmat pemain ini, Arsenal dan Manchester United telah dikalahkan oleh Inter Milan.

"Dia berusia 18 tahun tetapi saya rasa dia sudah berumur 23 tahun. Dalam opini saya dia memiliki mental yang lebih kuat dari Mario Balotelli dan berlatih bersama Samuel Eto'o dan Diego Milito akan menjadi bagus untuknya,"kata agen Arie Treffers.

p/s : anda mungkin tidak kenal siapa Luc Castaignos . Tetapi bintang muda ini mampu bersinar jika bersama Inter Milan

Indonesia Beruntung

Norshahrul Idlan Talaha

Indonesia hanya beruntung. Ungkapan inilah yang disebut oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha. Beliau berkata di saingan separuh akhir, Indonesia menentang pasukan lemah iaitu Filiphina dan inilah yang membuatkan mereka nampak hebat. 

“Tujuan saya adalah memastikan kami menjaringkan sebanyak yang mungkin gol. Tiada masalah siapa yang melakukannya. Apa yang penting ialah kami menang. Saya tidak memburu gelaran penyerang terbaik atau yang lain. Bagi saya, kemenangan adalah paling utama,"kata Norshahrul,24 tahun.

p/s : perang psikologi semakin hebat !

Wednesday, December 22, 2010

Alfred Riedl Mainkan Psikologi




Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl memuji skuad kebangsaan Malaysia yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan menentang Vietnam baru-baru ini. Alfred Riedl telah memulakan perang psikologi ke atas skuad Malaysia menjelang beberapa hari pertemuan perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini. Bagaimanapun, jurulatih K Rajagobal tidak makan pujian itu dan percaya jika pemain bermain seperti yang dirancang,kita boleh menjulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya.

K Rajagobal juga telah menerapkan elemen disiplin dan semangat yang tnggi dalam diri setiap pemainnya bagi mempastikan impian Malaysia tercapai. Malaysia, yang tewas 5-1 kepada Indonesia dalam perlawan peringkat kumpulan pastinya mahu menebus kekecewaan dan berhasrat membalas dendam.

"Tiga pemain ini (Khairul Fahmi Che Mat, Amar Rohidan dan Mahalli Jasuli) memang sukar ditembusi berdasarkan aksi mereka ketika menentang Vietnam pad kedua-dua aksi separuh akhir,"kata K Rajagobal .

Glazer Mahu Jual Manchester United


"Ia bukan rahsia lagi, sampai satu masa, keluarga itu akan menjual."

Kenyataan diatas dikeluarkan oleh Pengarah bukan eksekutif Old Trafford, Mike Edelson. Kenyataan ini memberi petanda jelas Glazers bersedia untuk menjualnya setelah mereka melangsaikan £252 juta dari £752 juta hutang yang mereka bebankan kepada kelab itu.

Dikhabarkan Qatar Holdings, sebuah syarikat perniagaan keluarga diraja negara itu telah meninjau peluang untuk mengambil alih United. Keluarga diraja Qatar itu dikatakan mempunyai aset lebih kurang £40billion dan baru-baru ini telah menjadi penaja pertama jersi Barcelona dalam perjanjian berjumlah £125 juta.


p/s : Masa depan Manchester United menjadi tidak menentu sekarang .

Lazio Gagal Dapatkan Bendtner

Nicklas Bendtner

Ternyata peluang untuk kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan semakin tipis buat pemain Denmark berusia 22 tahun ini. Tambahan pula dengan kehadiran Moroune Chamakh yang berpindah dari Bordeaux Mei lalu, Bendtner semakin kecewa dengan kehidupannya di Emirates dan meminta Wenger untuk lebih banyak peluang untuk beraksi.

Namun khidmat Bendtner ditagih oleh Birmingham, Fulham dan Everton serta kelab Itali,Lazio yang ingin mendapatkannya secara pinjaman. Lazio dilihat berminat untuk meminjam Bendtner bagi baki musim ini dan berjanji akan membelinya dengan £9 juta musim panas ini. Bagaimanapun,pengurus Arsenal,Arsene Wenger telah menegaskan bahawa tiada seorang pun pemain seniornya yang akan keluar dari Emirates. Kelab itu dalam usaha untuk bersaing dalam empat kejohanan.

Kontrak Bojan Bersama Bacelona Dipanjangkan

Bojan Krkić

Barcelona telah memastikan pemain muda berbakat ini terus kekal di Nou Camp. Kontrak Bojan telah dipanjangkan hingga Jun 2015. Keputusan ini telah disambut baik olehnya dan menyifatkannya ia sebagai satu kepercayaan kelab terhadapnya. Justeru, beliau mahu memberikan persembahan yang berkualiti bagi membalas kepercayaan itu.

"Saya  kini mampu untuk terus mengembangkan kehidupan saya di kelab yang menjadi idaman saya selama ini," kata pemain berusia 20 tahun itu.

p/s : hensem gak mamat nie ...

Berbatov Diundi Pemain Terbaik Bulgaria 2010

Dimitar Berbatov

Striker pendahulu liga, Dimitar Berbatov, yang menjaringkan lima gol bagi membantu Manchester United menang ke atas Blackburn Rovers, sekali lagi telah dinobatkan selaku Pemain Terbaik Bulgaria 2010, setelah diumumkan Isnin lalu oleh Bulgaria Football Union. Berbatov,29 tahun, mempunyai rekod sebanyak 6 kali dianugerahkan Pemain Terbaik Bulgaria iaitu pada tahun 2002, 2004, 2005, 2007, 2008 dan 2009. 

p/s : Tahniah buat Berbatov. Semoga mengulangi pencapaian ini pada tahun-tahun berikutnya.

Kuyt Intai 5 Teratas Dalam Liga

Dirk Kuyt masih yakin dengan kemampuan pasukannya untuk meraih mata penuh dalam baki perlawanan sepanjang musim perayaan. Bermula dengan pertembungan Blackpool,seterusnya perlawanan menentang Wolves di Anfield,Bolton pada hari Tahun Baru dan Blackburn pada 5 haribulan Januari.

Penyerang Belanda ini berkata, "Saya pasti banyak pasukan teratas akan mencicirkan mata bulan ini. Jika kami boleh mendapatkan keputusan yang baik empat perlawanan berturut-turut, siapa tahu?

Dan dia menganggap mungkin ini adalah peluang terbaik bagi mengurangkan jurang perbezaan mata dengan pandahulu liga,Manchester United. Apa-apapun semoga berjaya buat The Reds.

Yakin Menjadi Penyerang Terbaik

Marouane Chamakh

Pemain Arsenal ini yakin dengan kualiti dan kemampuan yang ada padanya. Dia,yang baru menyertai Arsenal pada May 2010  dari Bordeaux dengan perpindahan percuma,dilihat mampu untuk bersaing dengan penyerang-penyerang bertaraf dunia lain. Ini dapat dilihat melalui 17 penampilan bersama Arsenal,Chamakh telah berjaya menjaringkan sebanyak 7 gol.

"Saya tahu saya memiliki kemampuan dan dengan kerja keras, saya boleh meningkatkan penampilan saya. Saya rasa saya belum mencapai tahap mereka, tapi saya akan mampu untuk menyaingi mereka. Hal ini boleh berlaku jika saya  tetap fokus dan saya  terus bekerja keras,' kata Chamakh.

Tuesday, December 21, 2010

Chelsea Mensasarkan Luka Modric


Playmaker Spurs yang berusia 25 tahun ini telah menarik minat Carlo Ancelotti. Ancelotti telah menyenaraikan Modric sebagai sasaran utamanya untuk dibawa masuk ke Stamford Bridge bagi memperkuatkan lagi jentera bimbingannya . Bintang Croatia itu menyertai Totenham pada 2 ½ tahun lalu setelah menolak tawaran dari Newcastle. Chelsea dan Arsenal juga tidak berjaya mendapatkan khidmat pemain ini ketika itu .

Katanya,  'Saya tak mahu mengatakan apa-apa lagi kerana saya tak mahu mengecewakan rakan-rakan saya di Tottenham."

Tidak Mahu Beli Pemain Bintang

Arsene Wenger

Pengurus Arsenal ini menegaskan bahawa beliau tidak akan membeli pemain bertaraf dunia. Beliau tidak mahu merisikokan keadaan kewangan kelab itu bagi jangka masa pendek.Wenger, yang dikutuk peminat kerana enggan berbelanja besar selepas lima tahun tanpa piala, berkata, 'Kami bayar bagi apa yang kami mampu. Saya pelik kenapa orang lain hairan dengan apa yang kami lakukan.".

Apa-apapun,diharapkan dengan pemain yang sedia ada, Arsenal mampu untuk memberi cabaran bagi merebut piala pada musim ini.

Sasaran Utama Mourinho

Adebayor, Tevez, Chicharito

Tiga pemain ini adalah antara pemain yang mahu dibawa dibawa masuk ke Real Madrid pada Januari nanti. Kecederaan yang melanda Gonzalo Higuain telah memaksa Mourinho untuk membawa masuk pemain penyerang bagi menggantikannya.

Adebayor gagal menyesuaikan diri di Eastland dan Mourinho yakin beliau boleh mendapatkan penyerang kelahiran Togo itu secara pinjaman.  Lagi seorang pemain City yang bakal menguatkan jentera serangan Real ialah Tevez.Mourinho sedar penyerang Argentina itu ingin keluar dari Eastland dan Real yakin Valdano boleh memujuk rakan Argentina Tevez untuk berpindah ke Sepanyol dari menyertai Chelsea.Agak mengejutkan juga bahawa Chicharito juga termasuk dalam senarai Mourinho. Pemain yang memulakan aksi cemerlang di Old Trafford telah menarik minat Mourinho dan beliau membuat tawaran sebanyak 25 juta euro (£21.1m) dan menawarkan Lassana Diarra.

Muslim Ahmad l Menyesal Lepas 5 Gol


Ini dia Muslim Ahmad. Bintang baru yang memakai jersi 24, pemain pertahanan kental negara.(kental sangat ker? ).

Antara kata-katanya

"Secara peribadi, saya berjanji akan mempamerkan satu permainan paling baik pada kedua-dua perlawanan akhir nanti untuk mencipta sejarah menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama."

Semoga berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...