TV ONLINE

Tuesday, December 28, 2010

FAM Disaman FIFA

Safee Sali - Penggempur Utama

Menjelang pertemuan kedua antara Malaysia dan Indonesia semakin dekat, pihak media Indonesia dilihat terdesak mencari isu-isu untuk provokasi keatas Malaysia. Terbaru, pihak media negara jiran itu mendakwa FAM telah disaman oleh FIFA. Bagaimanapun, Datuk Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan itu. Datuk Ahmad Shabery agak terkejut setelah mendengar berita itu.

Jumlah saman itu juga agak besar. Mungkin sangat melampau dakwaan yang ditimbulkan oleh mereka. Menurut dakwaan itu, FIFA telah menghukum denda Malaysia sebanyak AS$40 juta (RM 123 juta) dan pergantungan 4 tahun kerana kesalahan pancaran laser baru-baru ini. Isu ini telah dibangkitkan kerana mereka mahu 'menghalalkan cara' untuk Indonesia menang Piala AFF Suzuki. Ini sebab jika benar dakwaan ini, Indonesia akan diberikan kemenangan percuma kerana hukuman pergantungan 4 tahun Malaysia.

Apa-apapun,Setiausaha Agong FAM, Datuk Aizuddin telah menjelaskan dakwaan itu ternyata salah dan hanyalah provokasi Indonesia ke atas Malaysia. Katanya, jika benar tindakan diambil, ianya akan diambil oleh AFF, bukannya FIFA seperti yang didakwa. Lagipula, pertandingan ini adalah anjuran AFF.

p/s : Provokasi demi provokasi dijangka akan terus hebat dilakukan jika Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki malam ini 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...