TV ONLINE

Wednesday, December 22, 2010

Glazer Mahu Jual Manchester United


"Ia bukan rahsia lagi, sampai satu masa, keluarga itu akan menjual."

Kenyataan diatas dikeluarkan oleh Pengarah bukan eksekutif Old Trafford, Mike Edelson. Kenyataan ini memberi petanda jelas Glazers bersedia untuk menjualnya setelah mereka melangsaikan £252 juta dari £752 juta hutang yang mereka bebankan kepada kelab itu.

Dikhabarkan Qatar Holdings, sebuah syarikat perniagaan keluarga diraja negara itu telah meninjau peluang untuk mengambil alih United. Keluarga diraja Qatar itu dikatakan mempunyai aset lebih kurang £40billion dan baru-baru ini telah menjadi penaja pertama jersi Barcelona dalam perjanjian berjumlah £125 juta.


p/s : Masa depan Manchester United menjadi tidak menentu sekarang .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...