TV ONLINE

Friday, December 24, 2010

Elak Pisang Berbuah Dua Kali

Khairul Fahmi

Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali dengan panggilan Apex , berkata dia sudah lupakan apa yang berlaku pada awal saingan peringkat kumpulan di mana skuad Malaysia ditewaskan 5-1 kepada Indonesia.

'Saya sudah lupakan perlawanan terdahulu kami diaibkan 5-1 di Jakarta,' kata Apex. Pemain berusia 21 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana jumlah gol yang dibolosi tempoh hari agak besar. Katanya lagi, beliau juga akan lebih berhati-hati dengan jentera serangan pasukan Indonesia sepertin Cristian Gonzales serta Oktovianus Maniani yang dilihat mampu mengucar-kacirkan benteng pertahanan negara.

p/s : Semoga Apex dapat memberikan persembahan yang profesional Ahad nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...