Tuesday, December 28, 2010

Manchester United Gagal Kutip Mata Penuh

Dimitar Berbatov

Dimitar Berbatov sekali lagi meneruskan aksi cemerlang dengan mencipta satu gol dalam perlawanan Manchester United menentang Birmingham. Berbatov setakat ini telah mengumpul sebanyak 15 gol dalam liga. Gol pada minit ke-58 itu bagaimanapun tidak bertahan lama setelah pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan.

Namun, hasrat Manchester untuk mangutip mata penuh hancur setelah Lee Bowyer menyamakan kedudukan pada minit ke-89. Bagaimanapun, Ferguson tidak berpuas hati dan menyifatkan gol itu sepatutnya tidak dikira kerana terkena tangan Zigic.

"Ia terkena tangan, ia merupakan satu kesalahan. Sekiranya pengadil tidak nampak, apa peluang yang kamu dapat? Kami patut menang perlawanan ini, kami pasukan yang lebih baik," ujar Ferguson. 

p/s : United masih kekal sebagai satu pasukan yang belum tewas dalam liga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...