TV ONLINE

Sunday, December 26, 2010

Indonesia Diancam Pindah Venue Final Kedua


Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu .

Sehubungan itu, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

"Kerana itu, saya mohon supaya penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid.

"Jadi pasti ada yang akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium supaya penyokong tetap dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong beberapa provokator sehingga penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.
Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara, mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi ini.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan dalam keadaan itu, beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.


p/s : Malaysia 3-0 Indonesia . Tahniah buat skuad Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...