TV ONLINE

Tuesday, December 28, 2010

Malaysia Dituduh Guna Bomoh


Kemenangan Malaysia 3-0 ke atas Indonesia tempoh hari amat membanggakan kita semua. Namun, Indonesia dilihat seperti tidak mahu menerima kenyataan yang mereka kalah dalam perlawanan akhir pertama. Lebih parah, Malaysia dituduh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.


Indonesia mendakwa pintu gol mereka telah ditaburi serbuk gatal ketika sesi latihan dan membuatkan penjaga gol mereka, Markus mengalami gatal-gatal. Memang tidak masuk akal dakwaan sedimikian dan ini menunjukkan mereka tidak bersikap professional. Indonesia mendakwa selepas merujuk bomoh di sana, Malaysia didapati menggunakan khidmat bomoh untuk mencatatkan kemenangan. Keadaan ini jelas membuktikan Indonesia menggunakan khidmat bomoh walaupun tidak bermain di tempat mereka sendiri.

Ada juga dakwaan yang mengatakan ada ahli perniagaan Malaysia meminta bantuan khidmat bomoh dari Thailand, India serta China.

p/s : Agak tidak masuk akal tuduhan di atas. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...