Tuesday, December 21, 2010

Sasaran Utama Mourinho

Adebayor, Tevez, Chicharito

Tiga pemain ini adalah antara pemain yang mahu dibawa dibawa masuk ke Real Madrid pada Januari nanti. Kecederaan yang melanda Gonzalo Higuain telah memaksa Mourinho untuk membawa masuk pemain penyerang bagi menggantikannya.

Adebayor gagal menyesuaikan diri di Eastland dan Mourinho yakin beliau boleh mendapatkan penyerang kelahiran Togo itu secara pinjaman.  Lagi seorang pemain City yang bakal menguatkan jentera serangan Real ialah Tevez.Mourinho sedar penyerang Argentina itu ingin keluar dari Eastland dan Real yakin Valdano boleh memujuk rakan Argentina Tevez untuk berpindah ke Sepanyol dari menyertai Chelsea.Agak mengejutkan juga bahawa Chicharito juga termasuk dalam senarai Mourinho. Pemain yang memulakan aksi cemerlang di Old Trafford telah menarik minat Mourinho dan beliau membuat tawaran sebanyak 25 juta euro (£21.1m) dan menawarkan Lassana Diarra.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...