TV ONLINE

Sunday, December 26, 2010

Indonesia Masih Yakin


Setelah dipalit kekalahan 3-0 kepada Malaysia, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl masih yakin dengan kemampuan pasukannya. Kekalahan ini tidak membuatkannya untuk menyerah, malah akan mengemudi pasukannya untuk menang sekurang-kurangnya 3-0 di Gelora Bung Karno nanti untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Alfred berkata mereka telah bermain dengan baik sepanjang pertandingan dan sekarang terancam gagal di final. Dia menyifatkan itulah bola sepak, kadang-kadang sukar tetapi tiada apa yang mustahil. 

"Untuk menang 4-0 mungkin terlalu sukar. Menang 5-1 akan lebih bagus lagi, dan masih mungkin terjadi kerana kami pernah mengalahkan Malaysia dengan skor itu. Tapi saya fikir 3-0 pun mapu, walaupun ianya agak sukar. Tambahnya lagi,"Setelah jaringan 1-0 semuanya menjadi sukar".
 
p/s : Alfred ingat Malaysia seperti dulu ke nak belasah sampai 5-1 . Benteng pertahanan negara pasti akan berusaha lebih keras untuk memastikan gawang negara tidak dibolosi nanti di Gelora Bung Karno Rabu ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...