Saturday, December 25, 2010

Menjelang Detik Final

Seperti yang sedia maklum, perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ini. Debarannya semakin dirasai apatah lagi kedua-dua pasukan masing-masing belum pernah menjulang Piala AFF Suzuki. Pastinya perlawanan ini akan berjalan dengan lancar dan penuh dengan semangat kesukanan.

K Rajagobal akan pastinya memberi segala ramuan serta 
strategi bagi menghancurkan impian Indonesia 

Kesebelasan utama skuad negara yang diketuai Safiq Rahim yang menggalas cabaran 
serta impian rakyat Malaysia untuk menjulang Piala AFF Suzuki

Benteng terakhir negara yang pastinya tidak rela gawang 
negara dibolosi

Sudah pasti sokongan padu dari penonton amat ditagih skuad kebangsaan 
bagi memberikan sokongan moral 

Dan pastinya piala ialah yang diidam-idamkan 
oleh kedua-dua pasukan


Jadi, sama-samalah kita memberi sokongan kepada skuad negara bagi memastikan impian menjulang Piala AFF Suzuki tercapai. Akhir kata, semoga berjaya buat skuad negara di perlawanan malam ini.

p/s : Inilah barisan kita ... Yang ikhlas berjuang ...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...