Friday, December 31, 2010

Khairul Fahmi Lupa Diri ?


 "Jangan mudah lupa diri dan sentiasa berusaha untuk tingkatkan lagi potensi yang ada dalam diri untuk terus berjaya pada masa hadapan"

Itulah kata-kata nasihat dan amanat bapa Khairul Fahmi,Che Mat Hussain,58, kepada anaknya. Beliau juga menyifatkan kejayaan Khairul Fahmi dalam membantu skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki adalah berkat usaha dan disiplin yang tinggi serta semangat tidak mudah putus asa dalam dirinya. Tambahan pula, setiap kali ingin beraksi, sama ada untuk negara ataupun Malaysia, Khairul Fahmi akan menghubungi keluarganya bagi memohon restu dan meminta untuk mendoakan kejayaannya. Tidak hairanlah setiap kali beraksi,Khairul Fahmi pasti dapat memberikan yang terbaik kerana mendapat berkat ibu bapanya.

Selain itu, Che Mat akan membuat satu kenduri sebagai satu majlis sambutan besar-besaran untuk menyambut kepulangan anaknya pada 3 Januari nanti. Majlis itu akan diadakan dengan kerjasama penduduk kampung dan wakil rakyat. Terima kasih kelate.net untuk maklumat ini.

p/s : Diharapkan Khairul Fahmi tidak akan mudah lupa diri dan sentiasa bersemangat dalam membantu pasukannya memburu kejuaraan.

1 comment:

  1. harap skuad kbngsaan tak lupa diri dgn pujian...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...