TV ONLINE

Friday, March 18, 2011

Suku Akhir Liga Juara-juara 2011





QuarterFinal 1 :Real Madrid FC vs Totenham Hotspurs
QuarterFinal 2 :Chelsea FC vs Manchester United FC 
QuarterFinal 3 :FC Barcelona vs Shakhtar Donets  
QuarterFinal 4 :Internazionale FC vs Schalke 04
Antara pertembungan menarik ialah Real Madrid vs Totenham & Chelsea vs Manchester United. Perlawanan timbal balik pertama akan berlangsung pada 5 & 6 April 2011 manakala perlawanan timbal balik kedua pada 12 & 13 April 2011.  
* Klik sini untuk aksi-aksi menarik sepanjang Liga Juara-juara 2011.

Thursday, March 17, 2011

Arsenal Dapatkan Adik Ryo Miyaichi

Ryo Miyaichi Senior


Ryo Miyaichi ketika ini berada di Feyenoord secara pinjaman setelah menyertai Arsenal. Di sana, Miyaichi mandapat banyak pujian dari pihak Belanda. Miyaichi dikatakan memiliki seorang adik yang terlebih dahulu bersama Feyenoord sebelum dia. Arsenal mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan adiknya itu. 

Miyaichi junior masih lagi berumur 15 tahun, umur yang cukup muda untuk dibentuk menjadi profesional. Miyaichi junior dikatakan mempunyai bakat hebat yang sama seperti abangnya,Ryo Miyaichi yang kini berumur 18 tahun. Arsenal sekarang sedang memantau Miyaichi junior di Feyenoord. 

p/s : Wenger sekarang sedang mendapatkan pemain-pemain muda untuk kelabnya . 

* Untuk informasi selanjutnya, klik sini

Keputusan Liga Europa Pusingan 16 17/03/2011


Dua kelab ternama Inggeris, Liverpool dan Manchester City masing-masing kecewa setelah tewas agregat kepada lawan masing-masing. Walaupun menang dalam perlawanan timbal balik kedua semalam, City tidak mampu untuk ke pusingan seterusnya setelah kalah dengan agregat 1-2. Liverpool pula sekadar seri 0-0 dengan Braga dalam perlawanan timbal balik kedua dan gagal dengan agregat 0-1.

* Klik sini untuk berita mengenai keputusan yang lebih lanjut .

Kelantan Ditawarkan Bonus Khas

 Sumber : wawanfaiz.com

Kelantan sekadar seri 2-2 dengan Felda United dalam saingan timbal balik pertama Piala FA baru-baru ini. Tugas berat bagi skuad Kelantan untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan timbal balik kedua bagi menyalakan harapan memburu Piala FA. Perlawanan timbal balik kedua itu dijadualkan pada hari Sabtu ini berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.



Tan Sri Anuar Musa dalam akaun facebooknya berkata beliau akan menawarkan satu bonus khas buat skuad Kelantan bagi mengalahkan pasukan Felda United dalam perlawanan Sabtu ini. Sememangnya tawaran ini sedikit sebanyak akan menaikkan semangat skuad Kelantan untuk menumpaskan lawan mereka itu.

* Anda lepasan SPM ? Mahu mencari kolej yang sesuai untuk diri anda, klik sini untuk informasi lebih lanjut.

Wednesday, March 16, 2011

Keputusan Liga Juara-juara 16/03/2011


Angel Di Maria, Marcelo dan Benzema masing-masing menyumbang satu gol buat Real Madrid untuk layak ke suku akhir Liga Juara-juara. Real Madrid layak dengan agregat 4-1. Manakala Chelsea sekadar seri dengan Copenhagen tetapi layak dengan kelebihan dua gol pada perlawanan timbal balik pertama yang lalu.

* Nak tahu negeri mana yang paling bersih kat Malaysia ni, klik sini . Mungkin negeri anda dinobatkan negeri yang paling bersih.

Jens Lehman Kembali Ke Arsenal



Arsenal membuat kejutan dengan mendapatkan kembali penjaga gol mereka satu ketika dahulu iaitu Jens Lehman. Penjaga gol veteran berusia 41 tahun dari Jerman didatangkan kepada Arsenal secara pinjaman untuk menyelesaikan krisis posisi penjaga gol. Tiga penjaga gol Arsenal,iaitu  Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone sedang mengalami kecederaan dan hanya seorang penjaga gol cergas yang tinggal iaitu Manuel Almunia
Pada 14 Mac 2011, akhbar Jerman melaporkan Lehman akan keluar dari persaraan yang diumumkannya sebelum ini.  Lehmann akan bersama Arsenal sehingga ke akhir musim. Lehmann membayangkan bahawa Arsenal akan menjuarai saingan Liga musim ini dan berjanji akan menampilkan aksi terbaik jika diberi peluang untuk beraksi.
p/s : Arsenal dapt keeper baru. Semoga berjaya dalam memburu piala liga musim ini .
*  Nak jimat 50% untuk beli kasut, diskaun ada di Kuala Lumpur & Selangor. Klik sini untuk informasi yang lebih lanjut .

Chelsea Dapat 'Kaka'

  Lucas Piazon

Chelsea sudah semakin dekat untuk mendapatkan pemain muda Brazil,  Lucas Piazon. 'Kaka' yang dimaksudkan bukanlah Kaka yang sebenar tetapi pemain yang juga lahir dari kelab yang sama seperti Kaka iaitu kelab Sao Paulo.

Lucas, berusia 17 tahun, juga diminati oleh Juventus dan sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool, akan melakukan medical test selepas satu pertandingan bulan ini sebelum pulang ke Brazil. Tetapi, Lucas akan menandatangani kontrak secara rasmi dengan Chelsea pada Januari akan datang.


Tuesday, March 15, 2011

Manchester United Menang Lagi


Chicharito menjaringkan dua gol untuk memastikan Manchester United menang ke atas Olympique Marseillem dalam saingan Liga Juara-juara awal pagi tadi. Gol itu hadir masing-masing pada minit ke-5 dan minit ke-75. Bagaimanapun pelawat mendapat gol saguhati menerusi Brown yang menjaringkan gol sendiri. Manchester United menang dengan agregat 2-1.

p/s : Dalam perlawanan lain, Inter Milan menang 3-2 ke atas Bayern Munich .


Kelantan Sekadar Seri Dengan Felda United

Pelawat membuka jaringan menerusi Muhd Zamri pada minit ke-31. Namun tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kapten pasukan, Piya. Kelantan kemudian mendahului 2-1 menerusi jaringan dari penyerang kebangsaan, Norshahrul . Namun pada minit ke-87, Felda United dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil. Penalti itu berjaya disempurnakan oleh Lie Kit Kong. Perlawanan tamat 2-2.

Keputusan perlawanan lain:
KL          1-2      Pahang
Perak      3-2      Terengganu
Selangor  3-1      Johor
Second leg pasukan Kelantan vs Felda United main di Stadium Sultan Muhammad IV. Tugas berat buat pasukan Kelantan bagi memastikan kemenangan untuk menyalakan kembali harapan memburu Piala FA.
p/s : Dikhabarkan pengadil berat sebelah pada perlawanan Kelantan vs Felda United. Guano kiro ?

Wenger Buru Pemain Muda Real Madrid



Pemain Real Madrid, Pablo Sarabia berusia 18 tahun ini menjadi buruan beberapa kelab termasuklah Arsenal. Wenger yang terkenal dengan polisi pemain muda dalam skuadnya akan membida pemain muda ini nanti. Real Madrid mungkin akan kehilangan pemain ini sekiranya tidak mengikatnya sebaik mungkin.
 
Pablo Sarabia menjadi buruan serius Arsenal di musim panas datang dan dikhabarkan tim scout Arsenal telah mendekati pemain ini beberapa kali.

Sedikit informasi mengenai Pablo Sarabia

Monday, March 14, 2011

Rizal Fahmi Akhirnya Ke Skuad Kebangsaan


Rizal Fahmi Rosid dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Malaysia mulai 21 Mac. Seluruh penyokong di Kelantan mengucapkan tahniah atas kejayaan ke skuad kebangsaan. Tahun lalu, nama Rizal Fahmi Rosid selalu dibayangi dengan populariti Azizi Mat Rose. Walaubagainanapun pada tahun ini bakat dan kehebatan pemain Kelantan ini telah dihidu oleh K Rajagobal dan seterusnya nama Rizal Fahmi Rosid dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Pemain ini digelar kereta kebal dan antara penampan terakhir barisan pertahanan skuad Kelantan. Rizal Fahmi juga memainkan peranan di bahagian tengah untuk membantu serangan mencipta ruang gol. Pretasinya berada di tahap terbaik dan terpilih beraksi untuk kesemua aksi Kelantan pada musim ini. Tahniah buktikan kecemerlangan dan kehebatan anda Rizal Fahmi.

p/s : Tahniah buat pemain Kelantan ini .

Media Prima Dapat Hak Penyiaran Liga Super



Media Prima melalui TV8 dan 8TV bakal menjadi penyiar utama Liga Malaysia 2011  setelah proses mendapatkan hak penyiaran semakin hampir dan dijangka keputusan ini akan dimuktamadkan awal mei 201 iaitu awal pusingan kedua Liga Super.

Siaran langsung hanya melibatkan lima pasukan teratas dan 2 siaran langsung dalam satu masa di TV9 dan 8TV. Berita ini amatlah dinantikan oleh semua penonton Media Prima dan diharapkan usaha ini dapat membantu menyokong sukan bola sepak di negara kita.

Jadual Perlawanan Piala FA


Kelantan akan bertemu Felda United pada perlawanan suku akhir pertama Piala Fa, merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab yang berjaya ke perlawanan suku akhir Piala FA yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammed ke-IV pada malam esok.

Bale Bakal Ke Barcelona



Setelah gagal musim panas yang lalu, Barcelona sedia untuk mendapatkan Gareth Bale untuk meninggalkan White Hart Lane. Gergasi Spanyol ini cuba menawarkan 40 Juta Pound untuk mendapatkan pemain sayap  Wales ini. Arsenal dan Spurs harus bersiap dengan cubaan bidaan yang besar dari Barcelona,lebih-lebih Spurs.

Maxwell, Adriano atau Eric Abidal tidak tampil cukup baik di posisi tersebut musim ini. Dan Bale tampak akan menyempurnakan posisi itu. Pep Guardiola kagum melihat pemain berusia 21 tahun ini di Liga Champions musim ini. Kecekapan dan kemampuannya memberikan umpanan yang bijak akan mengimbangi Dani Alves di sisi kanan lapangan.
Kebimbangan Barcelona mengenai kewangan mereka sudah tiada dengan adanya pemilik baru. Dan tawaran pada Bale ini dikhabarkan akan berbentuk cash.

p/s : Semakin bertambah laa pemain stars kt Nou Camp .

Sunday, March 13, 2011

Barcelona 1-1 Sevilla

Bojan Krkic

Akhirnya Barcelona diikat seri oleh Sevilla. Pedro mengalami kecederaan di kakinya dan terpaksa diganti oleh Bojan Krkic pada minit ke-14. Barcelona mendahului dengan Bojan meledakkan gol setelah mendapat umpanan cantik dari Dani Alves. Gol tuan rumah dihadiahkan oleh kapten, Jesus Navas.

p/s : Real Madrid semakin menghampiri Barcelona di LA Liga.

Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru?



Baru-baru ini,Tan Sri Anuar Musa , Datuk, Datuk Takiyuddin, YB Abdul Fatah Mahmood dan beberapa lagi delegasi KAFA telah melakukan lawatan ke stadium Wembley Takiyuddin, YB Abdul Fatah Mahmood dan beberapa lagi delegasi KAFA telah melakukan lawatan ke stadium Wembley di Kota London. Kemungkinan Kelantan akan dapat stadium baru ataupun stadium yang sedia ada dinaik tarafkan itu masih menjadi persoalan.


Harapan rakyat Kelantan adalah tidak lain untuk melihat berdiri teguhnya stadium yang megah dan serba canggih akan dibina di Kelantan. Keterujaan penyokong Kelantan dalam bola sepak Negara sudah dibuktikan melalui kehadiran ramai penaja untuk menaja pasukan ini,yang tertarik akan kehadiran penyokong Kelantan walaupun dimana perlawanan diadakan.


p/s : Info Porta Rasmi Kafa [TRW]

Saturday, March 12, 2011

Real Madrid Terus Hampiri Barcelona


Karim Benzema terus maeraih kepercayaan Mourinho. Benzema menjaringkan duo gol ketika melayan kunjungan Hercules di Santiago Bernabeu pada malam tadi, sekaligus membawa mereka mendekatkan diri pada Barcelona. Real Madrid sempat mengancam melalui Adebayor yang dibalas Hercules melalui Javier Portillo. Namun gol pertama tercipta oleh Karim Benzema.

Hercules menunjukkan  penguasaan bola yang cukup bagus namun lemah di penyudah. Gawang Iker Casillas jarang diuji. Cristiano Ronaldo sekadar menjadi penonton pada perlawanan ini.

Malang Berganda Buat Arsenal


Fabio dan Rooney masing-masing telah menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan ke atas Arsenal di Old Traford semalam. Gol itu telah menghantar Manchester ke separuh akhir Piala FA sekaligus memusnahkan harapan Arsenal untuk terus mara.

Arsenal berupaya memberi asakan di sepanjang perlawanan. Samir Nasri, Robin van Persie, Marouane Chamakh, dan Thomas Rosicky, mendapat peluang, tapi gagal menewaskan Edwin van der Sar.

Johan Djourou pula telah dipastikan akan terlepas baki perlawanan musim ini. Dia mengalami kecederaan di bahu ketika berlaku perlanggaran dengan Bacary Sagna. Djourou telah jatuh dalam posisi yang salah dan setelah menjalani lima minit perawatan, diputuskan tidak dapat meneruskan perlawanan.

p/s : Dahla kalah, pemain injured plak..Kesian Wenger

Keputusan Terkini Liga Super

PAHANG 2  - KELANTAN 0
N.SEMBILAN  1 - SELANGOR 2

KEDAH  2 - TERENGGANU 1

T-TEAM  0 - PERAK 0 

FELDA  2 - PERLIS 0

SABAH lwn HARIMAU MUDA A (Ditangguhkan kerana hujan lebat)

p/s : Rekod tanpa kalah Kelantan telah lebur di tangan skuad bimbingan Dollah Salleh  : [

Friday, March 11, 2011

United Mahu Dapatkan Rodwell



Sir Alex Ferguson secara prinsip sudah bersetuju untuk mendapatkan salah satu pemain muda berbakat ini dengan harga 25 Juta Pound. Pada Januari lalu, United sudah membuat bid mereka. Tapi Everton meminta untuk kembali lagi pada musim panas. Kerana Rodwell dianggap begitu penting untuk menyelamatkan musim mereka kali ini.

Mereka juga menyatakan tawaran 15 Juta Pound yang dikeluarkan oleh United ketika itu masih jauh dari cukup. Rodwell yang baru mencapai umur 20 tahun adalah salah satu pemain muda di Liga Premier yang menjadi rebutan banyak kelab. Dan ia baru menandatangani kontrak 5 tahun terbaru dengan Everton bulan Mei lalu. Tapi Ferguson sangat ingin mendapatkannya dan ia terus meminta pemilik Manchester United, Keluarga Glazer, untuk menyediakan dana tersebut agar boleh mendapatkannya di akhir musim nanti.

Bola Rasmi Perlawanan Akhir LIga Juara-juara


 Adidas telah melancarkan  bola rasmi bagi perlawanan akhir liga juara-juara 2011 yang akan berlangsung di Stadium Wembley 28 Mei nanti. 

Dalam majlis pelancaran bola baru itu, Adidas dan UEFA menjemput tiga wakil dari kelab liga Inggeris, Arsenal, Spurs dan Chelsea yang diwakili oleh pemain-pemain mereka iaitu, Samir Nasri, Defoe dan Kalou.

Mengulas mengenai perlawanan akhir, Kalou berharap mereka dapat bertemu Arsenal pada perlawanan akhir kerana mereka sudah biasa dengan permainan Arsenal. Samir Nasri pula beliau suka kepada rekabentuk bola baru ini kerana ianya mempunyai warna merah putih dan warna tersebut merupakan warna utama The Gunners.

Thursday, March 10, 2011

Messi Mengatasi Maradona

 

Kemampuan Messi sebenarnya sudah melebihi Maradona di masa kerjayanya. Selama ini striker Barcelona, Lionel Messi, sering kali disebut sebagai titisan dari legenda Argentina, Diego Armando Maradona.Dari segi ciri permainan, baik fizikal mahupun teknikal, Messi  mirip dengan Maradona. Kedua-dua bergerak lincah di atas padang dan pandai menipu lawan. Mereka juga sama-sama berkaki kidal dan memiliki naluri menjaringkan gol yang tinggi.

Sama seperti Maradona, Messi kini sudah layak bergelar legenda kerana telah meraih gelar Ballon d’Or dua tahun berturut-turut. "Saya benar-benar fikir dia (Messi) seperti itu, ditambah lagi perkembangan persembahan belum sempurna. Saya rasa Messi akan kembali memenangkan dua penghargaan Ballon d’Or lagi," kata Francescoli.

Satu-satunya gelaranyang belum ditaklukkan Messi adalah Piala Dunia. Ia telah mengikuti dua Piala Dunia, dan Argentina selalu berhenti di babak perempat final. Adapun Maradona telah mencatatkan namanya di buku sejarah ketika tampil hero pada Piala Dunia 1986 dan membawa "Tim Tango" juara.

Kaka Bakal Kembali Ke San Siro


Media Spanyol, El Mundo Deportivo melaporkan bahawa kedua-dua kelab, AC Milan dan Real Madrid telah bersetuju mengenai perpindahan ini. Real Madrid bersetuju menjual Kaka kembali kepada AC Milan dengan harga sekitar 20 hingga 30 juta euro.

Bagaimanapun, Adriano Galliani, wakil presiden Milan baru-baru ini telah mengeluarkan pernyataan bahawa untuk membawa Kaka kembali ke Maranelo memerlukan dana sangat besar yang tak mungkin dilakukan Milan saat ini kerana gaji Kaka begitu tinggi. Namun, ada sembilan pemain I Rossoneri yang akan berakhir kontraknya akhir musim nanti. Hal ini akan memberi ruang yang cukup bagi Galliani untuk membayar gaji Kaka.

p/s : Kaka tidak seberapa menyinar di Real Madrid. Mungkin perpindahan ini dapat membantunya untuk kembali bersinar.

Keputusan Liga Europa [ Terkini ]


p/s : Liverpool dan Manchester City masing-masing kecundang.

Rahsia Gareth Bale Lari Laju

Gareth Bale
Sekilas pandang, mungkin anda tertanya-tanya akan plaster pada paha Bale yang sentiasa berubah warnanya pada setiap perlawanan. Sebenarnya, ianya bukan untuk menutup luka tetapi salu alat terapi untuk pengubatan otot yang disebut Kinesio. Sejak diciptakan tahun 1970 oleh dokter Kenzo Kase dari Jepun, Kinesio telah dipakai atlet profesional. 

”Plaster ini sangat fleksibel dan boleh dipakai di bahagian tubuh mana pun tanpa mengbantut pergerakan. Permukaan plaster ini bersisik seperti kulit ular dan boleh mengangkat kulit serta memperbaiki sirkulasi darah,” ujar fisioterapis khusus olahraga, Alison Rose. Bale diyakini menggunakan Kinesio untuk menghindari cedera sekaligus membantu dalam lariannya yang kencang itu. Dokter Stewart Bruce-Low mengemukakan alasan lain, ”Kajian menunjukkan Kinesio boleh meningkatkan tenaga dengan cara mengurangi tenaga yang hilang pada saat otot bergerak.”

Thursday, March 3, 2011

Real Madrid Bakal Kalah Kepada Barcelona


Pasukan penuh dengan bintang,yakni pemain bintang Real Madrid sepatutnya menyalahkan diri mereka sendiri jika sedih dengan kekalahan kepada Barcelona dalam mendapatkan kejuaraan liga Sepanyol.

Pasukan Real Madrid tidak konsisten walaupun dipenuhi pemain hebat. Mourinho gagal untuk mengadunkan pemain beliau. Ada ketika mereka kelihatan sukar dikalahkan. Namun masalah untuk menjaringkan gol pula menghantui mereka.

Dengan Barcelona yang semakin menggila dalam setiap game dengan gaya permainan mereka yang konsisten ternyata Barcelona berpeluang cerah menjuarai liga. Terbaru Messi membantu Barca untuk mengalahkan Sevilla satu kosong untuk terus menjarakkan pasukan dari Real Madrid.

Keadaan makin sukar untuk Madrid, Mungkin Mourinho perlu lebih semangat untuk Liga Juara-Juara pula selepas ini,

Chelsea Yang Lemah Semangat



Chelsea seakan-akan mahu mengalah kepada Manchester United. Carlo Ancelotti mengaku bahawa pasukannya agak tidak konsisten berbanding Man U dan sering tercicir mata.

Keadaan ini menyulitkan lagi pasukan Chelsea yang tertinggal jauh di belakang Chelsea. Walaupun bernada agak sayu dan lemah, Ancelotti masih berharap dan mahu pasukannya terus berjuang.

Dan semalam Man U telah berjaya dikalahkan mereka. Naiklah semangat Chelsea buat seketika. Harap tidak seketika. Jika ingin mengejar untuk kejuaraan liga boleh, namun agak sukar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...