TV ONLINE

Wednesday, March 16, 2011

Jens Lehman Kembali Ke Arsenal



Arsenal membuat kejutan dengan mendapatkan kembali penjaga gol mereka satu ketika dahulu iaitu Jens Lehman. Penjaga gol veteran berusia 41 tahun dari Jerman didatangkan kepada Arsenal secara pinjaman untuk menyelesaikan krisis posisi penjaga gol. Tiga penjaga gol Arsenal,iaitu  Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone sedang mengalami kecederaan dan hanya seorang penjaga gol cergas yang tinggal iaitu Manuel Almunia
Pada 14 Mac 2011, akhbar Jerman melaporkan Lehman akan keluar dari persaraan yang diumumkannya sebelum ini.  Lehmann akan bersama Arsenal sehingga ke akhir musim. Lehmann membayangkan bahawa Arsenal akan menjuarai saingan Liga musim ini dan berjanji akan menampilkan aksi terbaik jika diberi peluang untuk beraksi.
p/s : Arsenal dapt keeper baru. Semoga berjaya dalam memburu piala liga musim ini .
*  Nak jimat 50% untuk beli kasut, diskaun ada di Kuala Lumpur & Selangor. Klik sini untuk informasi yang lebih lanjut .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...