Saturday, March 12, 2011

Malang Berganda Buat Arsenal


Fabio dan Rooney masing-masing telah menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan ke atas Arsenal di Old Traford semalam. Gol itu telah menghantar Manchester ke separuh akhir Piala FA sekaligus memusnahkan harapan Arsenal untuk terus mara.

Arsenal berupaya memberi asakan di sepanjang perlawanan. Samir Nasri, Robin van Persie, Marouane Chamakh, dan Thomas Rosicky, mendapat peluang, tapi gagal menewaskan Edwin van der Sar.

Johan Djourou pula telah dipastikan akan terlepas baki perlawanan musim ini. Dia mengalami kecederaan di bahu ketika berlaku perlanggaran dengan Bacary Sagna. Djourou telah jatuh dalam posisi yang salah dan setelah menjalani lima minit perawatan, diputuskan tidak dapat meneruskan perlawanan.

p/s : Dahla kalah, pemain injured plak..Kesian Wenger

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...