Monday, March 14, 2011

Rizal Fahmi Akhirnya Ke Skuad Kebangsaan


Rizal Fahmi Rosid dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Malaysia mulai 21 Mac. Seluruh penyokong di Kelantan mengucapkan tahniah atas kejayaan ke skuad kebangsaan. Tahun lalu, nama Rizal Fahmi Rosid selalu dibayangi dengan populariti Azizi Mat Rose. Walaubagainanapun pada tahun ini bakat dan kehebatan pemain Kelantan ini telah dihidu oleh K Rajagobal dan seterusnya nama Rizal Fahmi Rosid dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Pemain ini digelar kereta kebal dan antara penampan terakhir barisan pertahanan skuad Kelantan. Rizal Fahmi juga memainkan peranan di bahagian tengah untuk membantu serangan mencipta ruang gol. Pretasinya berada di tahap terbaik dan terpilih beraksi untuk kesemua aksi Kelantan pada musim ini. Tahniah buktikan kecemerlangan dan kehebatan anda Rizal Fahmi.

p/s : Tahniah buat pemain Kelantan ini .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...