TV ONLINE

Monday, January 31, 2011

Fernando Torres Ke Chelsea Akhirnya


Fernando Torres akan menyertai Chelsea. Jelas sekali perpindahan Torres ini adalah kerana kemerosoton skuad Liverpool dan dirinya sendiri. Torres tentunya mengharapkan yang lebih baik berlaku di Chelsea. Ironinya, perlawanan pertama Torres kemungkinan besar berdepan skuad lamanya, Liverpool.

Friday, January 28, 2011

Adakah M Karathu Mampu Julang Kelantan?


Kredit gambar kelantan Fa

Kehadiran M Karuthu menggantikan Sathianathan sudah tentu menjadi bualan penyokong Kelantan. Jika tahun lepas Sathia berjaya membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia dan tempat kedua Liga Super, peminat sudah tentunya mengharapkan lebih dari Karuthu. Atau setidak-tidaknya dia berjaya mengekalkan Piala Malaysia di bumi Kelantan.

Kemampuan M Karuthu bakal teruji apabila Kelantan bertemu Selangor esok dalam Piala Sumbangsih. All the best! Kito oghe kelate tunjuk sikap molek2. Jangan tumbok oghe, kalu oghe provoke wat dop tahu jah.

Sunday, January 16, 2011

KAFA Keluarkan Jenama Simkad & Telefon Bimbit Sendiri

Tan Sri Annuar Musa

KAFA akan mengeluarkan jenama simkad dan telefon bimbit tersendiri nanti. Perkara ini diumumkan sendiri Tan Sri Annuar Musa di laman facebooknya. Katanya tunggu 23 haribulan nanti untuk pengumumannya.

Katanya di akaun facebook :


p/s : KAFA semakin maju ke hadapan

Red Warriors Kini Punya Lagu Sendiri


Red Warriors kini telah ada lagu sendiri untuk dinyanyikan di dalam stadium. Apa-apa hal jom tgok video untuk lagu ini. Sdakk . .


p/s : Diharapkan dengan adanya lagu ini , pasukan Kelantan akan lebih ghairah dalam memburu kejuaraan.

Saturday, January 15, 2011

Gambar Sekitar Majlis Memperkenalkan Pemain Kelantan 2011

 Peminat-peminat sabar menunggu kelibat pemain Kelantan

Tan Sri Anuar Musa

 -aku pon x tahu ni sape-

Pemain baru, Nicholas Chan dari Cardiff City

 Khairul Fahmi Che Mat

 Norshahrul dengan jersi baru

p/s : kredit kepada alisabki's blog

Amar Rohidan Disepak Penyokong Indonesia


Imbau kembali Piala AFF Suzuki 2010. Pemain tengah negara, Amar Rohidan pernah mengalami pengalaman disepak oleh penyokong fanatik Indonesia. Kejadian itu berlaku ketika memasuki perkarangan hotel di Jakarta. 

Amar berkata, selain dilempar kata-kata kesat, penyokong terbabit turut melontar beberapa objek keras termasuk pemetik api terhadap skuad kebangsaan walaupun pekarangan hotel yang menjadi tempat penginapan pemain dikawal ketat anggota keselamatan negara itu.

p/s : macam-macam hal

Monday, January 10, 2011

Selangor Sudah Bersedia Jika Safee Ke Indonesia


Jurulatih Selangor K Devan berkata beliau sudah bersedia jika Safee Sali berpindah ke Indonesia. Setakat ini isu perpindahan ini masih di peringkat perbincangan. Namun bagi K Devan sekurang-kurangnya perpindahan ini boleh meningkatkan karier Safee Sali ini. Baginya sudah pasti pasukannya akan merasai kehilangan Safee jika beliau berpindah ke Indonesia

p/s: Kalau aku jadi Safee baik tak payah pergi. Standard bolasepak diorang pun lebih kurang je. :D

Saturday, January 8, 2011

Corluka Pemain Simpanan Yang Menjadi Buruan Juventus dan Livepool


 Bermain selaku defender di Spurs agak sukar untuk Corluka mendapat tempat di hati Redknap pada masa ini kerana dia lebih mempercayai Alan Hutton. Namun, keadaan bakal berubah buat pemain kelahiran Crotia ini apabila dia diintai dan diburu oleh kelab Juventus dan Liverpool. Juventus pada awalnya ingin mendapatkan khidmat Glen Johnson dari Liverpool tetapi gagal lantas mula mengalih arah ke arah Vedren Corluka ini.

Monday, January 3, 2011

Ryo Miyaichi Bintang Baru Arsenal Dari Jepun Merendah Diri


Bintang muda baru Arsenal Ryo Miyaichi dari Jepun nampaknya sudah mula dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo dan Thierry Henry. Ryo merupakan bintang yang baru dibeli dari kelab Chukyodai Chuyko tidak diturunkan untuk musim ini kerana Arsene Wenger masih yakin dengan pemain sedia ada.

Namun, pada musim depan, pemain ini sudah tentu menjadi pilihan Wenger. Namun Ryo tampak merendah diri apabila disamakan dengan Ronaldo dan Henry kerana merasakan mereka terlalu hebat. Namun Ryo tetap mengakui bahawa dia mempunyai kemampuan utk menerobos pertahanan lawan dengan mudah.

P/S. Untuk pengetahuan korang, dia ni memang laju giler dan mantap dalam menggelecek cayalah. Tak caya? Tengok ni.


Saturday, January 1, 2011

Jersi Kelantan 2011

 Jersi skuad Kelantan bagi musim 2011


Terdapat satu bintang yang melambangkan satu 
Piala Malaysia yang berjaya dikecapi

p/s : Tapi, ini bukanlah rekaan dan rupa jersi yang betul-betul muktamad. Tunggu dan lihat nanti apabila dilancarkan. Kredit kepada Alisabki's Weblog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...