TV ONLINE

Thursday, May 3, 2012

Wonderkid Jerman, Mario Gotze Mahu Balas Kepercayaan Joachim Leow


Mario Gotze mahu membalas kembali kepercayaan jurulatih Jerman, Joachim Low dengan memainkan peranan besar untuk skuad kebangsaan pada Euro 2012.
 
Jurulatih itu baru-baru ini menyatakan dia percaya pemain Dortmund tersebut boleh menjadi lebih daripada sekadar pengganti pada aksi musim panas ini, dan striker itu juga telah menyatakan hasrat mahubangkit dan membuat perbezaan.
 
"Sudah tentu, ia mendorong saya menjadi hebat apabila jurulatih itu meluahkannya. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membayar balik kepercayaan dengan prestasi," Gotze memberitahu Bild.
 
Gotze, 19, menghabiskan masa selama empat bulan diketepikan akibatdua kecederaan musim ini, namun kembali ke kesebelasan utama BVB pada hujung minggu, menyumbang satu gol dalam kemenangan 5-2 ke atas Kaiserslautern. Matlamatnya kini adalah untuk kembali cergas sepenuhnya dan bersaing di Poland dan Ukraine musim panas ini.
 
"Hal yang paling penting adalah kembali mendapat rentak. Oleh itu, perkara yang paling penting adalah bekerja keras dari segi penyudah dan kawalan bola," kata Gotze.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...