TV ONLINE

Thursday, May 3, 2012

Shinji Kagawa Kini Boleh Dijual, Menarik Minat Manchester United


Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke telah mendedahkan Shinji Kagawa mungkin dijual jika harganya sesuai, selepas mengakui yang midfielder itu 'kini boleh dijual'.

Pemain berusia 23 tahun itu membantu pasukannya ke satu lagi kejayaan Bundesliga untuk kempen 2011-12, namun dilihat waktunya di Jerman bakal berakhir dengan dia dilaporkan mensasarkan perpindahan ke Manchester United, sementara Michael Zorc berkata Ahad lalu yang Kagawa enggan manandatangani lanjutan kontrak.

Kini, Watzke mendakwa yang pasukannya bersedia untuk menjual pemain itu, sekiranya syarat penjualan sesuai dengan kelab.

"Dia kini boleh dijual," kata Watzke.

"Jika sesiapa berminat, mereka boleh beritahu pemain itu atau kami."

Agen Kagawa, Thomas Kroth menambah: "Ia bukan tentang wang. Pemain itu ada pelan dalam kariernya dan beberapa sasaran. Itulah hal yang sebenarnya."

p/s : apa lagi Frerguson,? Sambar terus :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...