TV ONLINE

Saturday, April 30, 2011

KAFA Sedia Lepaskan Norshahrul


Penghijrahan Safee ke Indonesia boleh dianggap satu kejayaan apabila pasukan yang sebelum ini berada di tangga tercorot, kini melonjak ke tangga ke-10 selepas lapan perlawanan dengan bekas penyerang Selangor itu sendiri meledak lima gol.

Norshahrul menjadi tonggak utama Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini dan juara Piala Malaysia itu dilihat keberatan untuk melepaskan penyerangnya yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Kota Bharu. Namun jika Norshahrul bersungguh-sungguh mahu menyarung jersi kelab Indonesia pada musim akan datang, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan menjadi batu penghalang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...