TV ONLINE

Friday, April 29, 2011

Liverpool & Chelsea Bakal Ke Bukit Jalil Julai Ini


Chelsea dan Liverpool akan bertandang ke Bukit Jalil pada Julai nanti. Kedatangan mereka adalah untuk memenuhi jadual Siri Jelajah Asia 2011. Skuad negara dijadualkan akan menentang Chelsea dan Liverpool Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.

Katanya lagi, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja. Ini adalah kali pertama Liverpool datang ke Malaysia dan kali ke-3 untuk pasukan Chelsea. 

p/s : selamat berjaya buat skuad negara. Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...